SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Selangor Kembali ke Ramatullah.Kuala Selangor, 29 Januari - Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Selangor Cikgu Norazwa bt Hj Kostor 34,kembali kerahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Km 2,Jalan Kuala Selangor – Tanjong Karang dekat sini pada kira-kira jam 3.50 petang. Dipercayai kereta yang dipandu oleh Allahyarhamah bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan .Beliau meninggal ditempat kejadian. Kejadian berlaku ketika Allahyarhamah cuba mengelakkan sebuah trailer yang secara tiba-tiba mengambil laluan beliau untuk memotong sebuah kereta yang lain. Ketika kemalangan berlaku Allahyarham difahamkan sedang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Pengkalan Permatang Kuala Selangor tempat dimana beliau mengajar, untuk mengawasi aktiviti ko-korukulum. Beliau merupakan seorang pemimpin muslimat yang amat berdidikasi dan disenangi oleh semua pihak dalam Pas dan Barisan Alternantif Kuala Selangor. Allahyarhamah memangku jawatan Ketua Muslimat Kawasan Kuala Selangor dari 2000-2001 sebelum dipilih menjadi Ketua untuk sessi 2001-2003 dan 2003-2005. Allayarhamah Norazwa meninggalkan 4 orang anak berusia diantara 7 tahun hingga empat bulan.. Suami beliau Sdr. Abd.Ghani Yaakub adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Malawati didalam Parlimen Kuala Selangor. Kepulangan Allahyarhamah kerahmatullah bukan sahaja merupakan kehilangan besar kepada Pas dan BA Kuala Selangor malah turut dirasai oleh Pas Selangor khusus Dewan Muslimat. Jenazah Allahyarhamah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Assam Jawa pada kira-kira jam 9.30 malam. Ramai pimpinan Muslimat negeri dan pimpinan muslimat kawasan-kawasan disamping ahli-ahli Pas ,keADILan dan penduduk tempatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah sehingga ketanah perkuburan. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan para mujahidah dan solehah. Al Fatihah ! Cikgu Pencen.___________________________ Terbitan : 30 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |