Assalamulaikum wrh.wrt dan salam sejahtera,
Saudara-saudara pembaca sekalian,
Melalui Minda Pengarang ini[website saya sendiri boleh dilayari:
[http://webrabinra.tripod.com/], saya akan mengimbas balik kata-kata dan pandangan pemimpin pembangkang pada satu masa dulu dan kini berada dalam UMNO , perkataan-perkataan yang terbit dari mulut mereka yang terlibat. Sekarang mereka telah bertukar curak demi kepentingan diri.
Pemimpin pertama yang saya pilih ialah Dato' Seri Dr. Rais Yatim yang juga bekas Timbalan Presiden Parti SM46.
Rais Yatim yang pernah mengecam perundangan Malaysia dalam tesis PHDnya yang berjudul " Freedom Under Executif Power In Malaysai " kini berpihak pula kepada kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Rais antara tokoh terpenting yang terlibat membakar "jamabatan". Dari tahun 1987 hingga 1996, beliaulah pemimpin utama parti SM46 yang lantang mengecam UMNO dan Mahathir telah berjaya menyambung semula jambatan yang beliau bakar dulu. Tidak ada satu pun dasar UMNO pada pandangan Rais ketika itu yang betul. Semuanya salah, seperti UMNO sekarang inilah yang menyalahkan semua orang, yang betul UMNO dan pemimpinnya sahaja. Ternyata kajian Rais melalui tesisnya itu banyak bercanggah dengan tindakan beliau sekarang.
Rais seorang menteri yang pakar dalam perundangan, tetepi beliau mendiamkan diri apabila terdapat undang-undang di negara ini digunakan sesuka hati oleh pemimpin UMNO untuk menyekat kemaraan lawan seperti undang-undang ISA, OSA, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis, Akta Hasutan dan sebagainya yang tersangat mengcengkam kebebasan dan amalan demorkrasi. Ia sering digunakan dengan memberi alasan sebagai mengancam keharmonian negara. Respon Rais terhadap tindakan ini dalam perundangan Malaysia sebagai rules of law [ sebenarnya rules by law] dan hak asasi amat muram, sebaliknya beliau terus mempertahankan tindakan kerajaan itu yang didorong oleh sentimen kepentingan politik.
Saya petikkan sedutan sebahagian daripada kandungan tesis beliau yang berbunyi,: " Serangan-serangan pada masa yang sama melengkapkan pihak eksekutif dengan kuasa-kuasa yang mengerunkan ini telah menggangu mekanisma penyemak dan pengimbang [check and balance] yang begitu penting dalam satu sistem yang mendakwa dirinya demokratik dan berpandukan kedaulatan undang-undang". Seterusnya, beliau membuat kesimpulan, : " Badan Kehakiman telah kalah dalam pertarungan mengawal kuasa eksekutif yang secara terus meminda urusan dan status quo Badan Kehakiman menerusi cara yang diperlihatkan oleh kuasa eksekutif di Malaysia ini memang sesuatu yang jarang berlaku dan cara serangan ke atas Badan Kehakiman dalam tahun 1988 tidak berlaku dalam dunia demokrasi bebas ".
Pendapat Rais dalam tesisnya itu masih lagi relevan dan terus berlaku sehingga ke hari ini khususnya yang melibatkan kes Dato'Seri Anwar Ibrahim yang penuh kontroversi dan satu pertanyaan kenapa kes rayuan ikat jaminnya yang paling mudah di dunia tidak dapat diputuskan oleh 3 orang Hakim yang dilantik sehingga sekarang. Tolong jawab Dr.Rais yatim.
Isu pihak eksekutif menggunakan kuasa ini bukan setakat Badan Kehakiman sahaja, tetapi telah merebak seperti kanser ke seluruh jentera penguatkuasa undang-undang seperti Jabatan Penguam Negara, Pasokan Polis, BPR dan SPR.
Mungkin Rais tersilap sewaktu beliau menulis tesis itu,berangkali atas kesedaran itulah beliau kembali semula ke pangkuan UMNO.
Sekian dan saya akan menulis lagi mengenai pemikiran Rais dalam Laman Marhaen dan Laman tranungkite.net. Wassalam.
___________________________
Terbitan : 11 Januari 2004
Ke atas
Home