SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lokman Noor Adam : Perginya Wira Dari sebalik Tirai Perjuangan !!!Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan ! Berita Gempar ! Penyertaan semula Setiausaha Pemuda KeADILan , Saudara Lokman Nor Adam ke dalam UMNO sesungguh tidaklah memeranjatkan Cucu. Beliau yang baru enam bulan keluar dari Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dikatakan bukan sahaja keluar dari parti KeADILan malahan turut menjalankan kempen bagi menarik lebih ramai lagi rakan-rakan supaya menuruti jejak langkahnya. Sebagai rakan yang mengenali Lokman semenjak beliau masih di menuntut di Institut Teknologi Mara Cawangan Perak lagi, Cucu sebenarnya amatlah bersimpati dengan Lokman. Cucu tahu keputusan untuk beliau meninggalkan keADILan dan kembali menyertai UMNO sebenarnya bukanlah satu keputusan yang dibuat dengan sepenuh hati. Beliau sesungguhnya berada dalam dilema antara memilih perjuangan politik dan perjuangan hidup. Melihat kepada sikap dan gerak-geri Lokman setelah dibebaskan dari ISA, Cucu sudah dapat membayangkan yang keputusan ini akan diambil oleh beliau suatu hari nanti. Perjuangan politik sememangnya harus diteruskan demi menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan melakukan perubahan atau reformasi. Kata-kata inilah yang sering bermain dibenak fikiran beliau kerika mula-mula dibebaskan dari tahanan ISA. Cucu sempat bersama Lokman ketika beliau datang ke Kuantan baru-baru ini, dimana ketika bersama Lokman sempat mengeluarkan kenyataan yang beliau sendiri bosan dengan keadaan hidupnya hari ini. Sudahlah selama dua tahun berada dalam tahanan ISA, bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya. Ini kerana, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian. Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama. Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi . Lokman terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal. Walaupun beliau sayangkan perjuangan ! Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagian anak-anak serta keluarga . Apalah gunanya perjuangan , kalau masa depan diri sendiri tidak tentu hala tujunya. Perjuangan harus diteruskan..tetapi masa depan keluarga juga harus diutamanakan. Apa yang berlaku kepada Lokman sebenarnya turut dialami oleh sebahagian besar pejuang keADILan yang lain. Cuma apa yang membezakan Lokman dengan mereka ialah, mereka masih menggunakan slogan "Lawan Tetap Lawan" . Slogan keramat inilah yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa era "Reformasi" dulu, dan slogan inilah yang menjadi senjata sebahagian besar pejuang keADILan bagi meneruskan cita-cita untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman di bumi Malaysia ini. Susulan daripada penyertaan semula Lokman ke dalam UMNO, Cucu amatlah berharap agar pucuk pimpinan keADILan dapat memantau akan perkara ini. Cucu difahamkan lebih ramai lagi pemimpin keADILan akan mengikut jejak Lokman selepas ini. Justeru itu, pucuk pimpinan keADILan perlulah lebih berhati-hati dalam menangani perkara ini. Sesungguhnya fenomena ini sering berlaku ketika menjelang pilihanraya umum. Apa yang pasti, sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung Cucu khuatir orang ramai terutamanya pengundi atas pagar akan hilang keyakinan untuk menyokong keADILan . Bukankah ini akan merugikan parti sebenarnya ? Cucu tidak mahu fikirkan berapa banyak imbuhan wang yang Lokman terima bila mengisytiharkan dirinya menyertai semula UMNO ? Itu hak Lokman, dan Cucu percata memang habuan itu akan Lokman terima. Cucu difahamkan pihak-pihak SB sebenarnya sedang mencari orang-orang seperti Lokman untuk "dibrainwash" agar kembali menyertai UMNO. Cucu tak fikir usaha ini dijalankan tanpa ada "WANG". Imbuhan wang lah yang biasanya akan menyebabkan sesorang itu akhirnya tewas ketika beliau dalam keadaan terdesak dan amat memerlukan . Alasan ini jelas sekali kerana, Lokman adalah bekas orang kuat Pemuda UMNO dan berjuang dalam keadilan selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat. dan beliau merupakan seorang pejuang yang kental dan berhati waja. Sebab itulah ketika ditahan dibawah ISA , beliau cekal melawan segala dugaan yang mendatang..dan tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus berjuang dalam keADILan. Sedangkan pada masa itu pihak SB setiap hari menekannya dengan pelbagai ujian. Kenapa ketika itu Lokman tidak saja kembali ke pangkuan UMNO. Mungkin ketika itu beliau akan terus dibebaskan dan tidak berada dalam ISA hingga dua tahun lamanya. Lihat saja apa yang berlaku kepada Zahid Hamidi, belum apa-apa dah umumkan yang beliau setia dengan UMNO. Akhirnya masih diberi kepercayaan untuk terus menjadi pemimpin dalam UMNO dan menikmati kemewahan UMNO. Paling menyedihkan, Cucu ada mendengar berita beberapa bahagian keADILan di seluruh negara termasuk di negeri Pahang ini sedang melobi untuk mencalonkan Lokman sebagai Calon Kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum akan datang . Mujurlah Lokman keluar dari keADILan sebelum namanya dicalonkan. Kalau tidak apakah yang akan terjadi kepada keADILan agaknya . Sayang seribu kali sayang !!! Lokman tidak selicik Zahid Hamidi , beliau sanggup menanggung segala onak dan ranjau yang berduri, dan sanggup berada dalam kerangga besi di Kem Kemunting atas nama perjuangan, tetapi akhirnya tertunduk dan terkulai layu. Apakah keputusan Lokman itu ada kaitannyer dengan penolakkan rayuan ikat jamin Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ini ? Tahniah diucapkan kepada Lokman kerana sudi berjuang dalam keADILan selama ini. Semangat wira yang beliau tunjukkan haruslah diteruskan oleh generasi akan datang .. semoga hikayat Lokman akan terus kita kenangi "Lokman : Perginya Wira Dari Sebalik Tirai Perjuangan !!! " Apa yang penting , Cucu senantiasa mendoakan agar Lokman akan berjaya dengan keputusan yang beliau lakukan ini. Ingatlah !!! Anwar terus terpenjara !!! Betapa sedihnya hati DSAI bila menerima berita ini. Marilah kita sama-sama jadikan kes Lokman ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus berjuang bagi menegakkan keadilan di bumi tercinta ini ."Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara . Salam Perjuangan, CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cmk_pahang@yahoo.co.uk ___________________________ Terbitan : 29 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |