Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu-isu menarik 2004

Assalamualaikum,

Isu-isu menarik:

1. Ekonomi 2004. Meningkat atau menurun?
2. El Nino akan muncul kembali?
3. Election 2004. Bagaimana tindakan BA?
4. Isu DSAI.
5. Isu Lebuhraya Pantai Timur

Isu 1

Adakah ekonomi semakin pulih? Apabila saya meneliti semua data, terutama daripada USA, nampak gayanya ekonomi masih belum pulih. Sebenarnya semua orang tertipu, ekonomi Amerika meningkat dengan ketaranya adalah kerana berperang, di Iraq of course. Jobs creation, sikit, but GDP (or economic activity) meningkat dengan banyaknya. Bila gov spend duit untuk bom, jet, helikopter dll yang mahal-mahal, inilah yang kita nampak. Sebenarnya, ekonomi Amerika sudahpun tepu, lebih kurang macam Jepun. Interest rate sungguh rendah sekali, sebab tu banyak orang beli rumah. Tapi real economic activities, that generate real wealth, tidak mencukupi.

Sekali lagi saya ulangi, untuk meningkatkan ekonomi dunia, negara-negara di Afrika, Iraq dan Iran dll dan tempat yang mundur lain mestilah dimajukan, dibantu supaya boleh maju bersama-sama. Ataupun another big technological breakthrough, boleh juga meningkatkan ekonomi dunia.

Oleh itu saya tidak berpendapat ekonomi yang sedang meningkat sekarang ini akan berkekalan untuk jangka panjang. Perhaps by next year, akan turun kembali.

Ringgit peg? Malaysia should abolish the peg. There is no question about it. Jika ringgit sudah diapungkan lama dulu, sekarang ini satu dollar sama dengan 3.25 sen kot.

Pasal industri kereta Malaysia, saya cadangkan kita jual Proton dan Perodua 100% kepada orang lain contohnya Toyota dan Mitsubishi. Abolish tax, dan horay, semua orang happy. Kadar kematian di jalan raya akan menurun dengan banyaknya dengan kereta-kereta yang lebih berkualiti. Selagi ini tidak dibuat, boikot!! Let them listen. Buy second hand car jika terpaksa membeli kereta. Hasil usaha kita, harga kereta sudah pasti akan turun, Proton akan bungkus!

Aku meluat tengok iklan Proton yang perasan tu. Apesal tak include sekali statistik berapa banyak manusia yang mati dek kereta Proton? Mengikut congakan saya, Proton bring negative value to the Malaysian Economy. Konon contribute ntah berapa billion konon. Kalau kita include sekali future income loss daripada orang-orang yang mati dek Proton, memang sah negative value.

So kesimpulannya ekonomi Amerika tak berapa bagus sebenarnya. Malaysia walaubagaimanapun tiada masalah. Selagi banyak minyak, getah, sawit dll Malaysia ok saja.

Isu 2

Adakah El Nino akan muncul kembali? Biasanya El Nino happen lebih kurang every 7 years or so (up to 35 years).

Last sekali El Nino tahun 1997-98. Semua orang ingat, jerebu dan kemarau. 1997 + 7 = 2004. Walaupun tanda-tandanya belum ada, kita patut berwaspada dan bersedia. Rahmat Allah, boleh ditarikNya bila-bila sahaja.

Isu 3

Nampak gayanya pilihanraya sudah cukup hampir. Kat sini ni boleh nampak dah bilik gerakan BN semuanya sudah siap. Duit tidak menjadi masalah sebenarnya, MGG Pillai dan lain-lain sudah silap. Ada ramai orang yang sudi membantu BN, dan apalah masalahnya nak dapat donation, janji aja project itu dan ini lepas pilihanraya, banyaklah orang akan donate. Sebenarnya BN tengah preparing dengan cukup hebat sekali, Dolah bedui mesti menguatkan cengkamannya sekuat yang boleh, sebab dia ni kan al maklumlah masih baru lagi.

Persoalannya sekarang ialah BA. BN takutkan BA. Malangnya BA ni tidak bersedia. Sekali lagi kita berharap supaya BA akan mengeluarkan manifestonya sekarang, ON COMMON GROUND. Tiada cara lain. Mengapa BA tidak mengambil peluang ini? Kita mesti serang mereka all out!

Isu 4

Sungguh malang sekali, DSAI tidak juga dibebaskan. Ianya sudah dijangka. Kita mesti membebaskan beliau. Hanya satu saja caranya, undilah BA.

Isu 5

Kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, cadangan saya mudah saja, dan kosnya cukup-cukup murah. Apa komplen semua orang tentang memandu di kedua-dua negeri ini? Bila jumpa lori, susah nak potong. Lagi satu ialah bila sampai ke bandar, tiada jalan lintas tanpa perlu masuk bandar.

Sebenarnya lagi sekali Samy belu tipu anda semua. Traffic density dari Terengganu ke Kelantan dan sebaliknya tidaklah padat. Tidak perlu buat lebuhraya. Samy cuma fikir pasal tol. Itu saja.

Cadangan saya;

1. Buat tempat memotong setiap beberapa kilometer. Terutama tempat yang mendaki dan tempat yang double lines. Ini akan cut short waktu memandu by 40%! (ini kajian saya). Kosnya, cukup murah. Tambah second lane tidak susah kerana semua jalan-jalan tersebut are 'double lane' ready.

2. Jalan pintas bandar. Tak payahlah kita nak bersesak lalu sesuatu bandar, dengan traffic lights mereka yang banyak tu. Kosnya juga tidak terlalu mahal. Kebanyakan jalan sudah ada, cuma upgrade sikit saja.

Mudahkan? Jangan sekali-kali buat jalan raya bertol. BN akan hentam habis-habis nanti.

Wassalam

Engineer Terengganu





___________________________
Terbitan : 27 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)