SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun BN RASUAH RAKYAT TERENGGANAkhbar harian semalam (10 Januari 2004) melaporkan bahawa, Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Idris Jusoh berjanji sekiranya BN berjaya mengambil semula Kerajaan Negeri Terengganu selepas pilihanraya akan datang beliau akan melaksanakan projek pembesaran lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bukan setakat itu sahaja, janji beliau lagi akan menjadikan lapangan terbang tersebut sebagai Terminal Haji bagi Pantai Timur. Beginilah mentaliti UMNO, samada pemimpinnya atau penyokongnya.. Ini bukan satu janji biasa ini adalah salah satu unsur rasuah. Mereka berjanji sesuatu dengan syarat tertentu. Sekiranya UMNO ikhlas berjuang demi rakyat kenapa perlu tunggu sehingga memerintah negeri baru hendak dilaksanakan? Bukankah lapangan terbang itu hak kerajaan pusat begitu juga urusan haji? Bukankah UMNO/BN adalah pemerintah diperingkat pusat? Begitu juga janji untuk membina lebuh raya. Semua ini adalah cubaan memberi rasuah kepada rakyat demi survival politik karut-marut golongan tertentu. Saya ingin bertanya kepada Idris Jusoh, kenapa benda-benda yang dijanjikan ini tidak dilaksanakan sebelum tahun 1999 dulu? Bukannya sehari-dua BN memerintah malah berpuluh tahun. Jangankan hendak dibesarkan lapangan terbang, hendak baiki ekonomi rakyat pun tidak mampu. Saya ingin bertanya lagi kalau sewaktu Terengganu kaya hasil wang royalti pun UMNO tidak mampu untuk memajukan Terengganu walhal pula setelah tiada lagi hasil tersebut.? Apakah sekiranya setelah UMNO memerintah Terengganu semula maka wang ehsan @ dana khas akan kembali menjadi royalti? Sebagai anak Terengganu yang dilahirkan dan dibesarkan di Besut, satu daerah dengan Idris Jusoh saya sepatutnya gembira kalau BN memerintah kerana bakal Menteri Besarnya adalah orang Besut. Tetapi apa gunanya mendapat Menteri Besar seperti Idris Jusoh dari parti seperti UMNO? Habuan dunia belum pasti namun akhirat sudah tergadai. Belum memerintah lagi sudah berbuat dosa rasuah. Beginikah ciri pemimpin Islam belum apa-apa lagi sudah mengajak rakyat berbuat dosa. Berkenaan janji Idris Jusoh utnuk membina dua MRSM di Terengganu adalah satu pembohongan yang nyata. Mana mungkin selepas UMNO menutup dua buah MRSM di Terengganu tiba-tiba mahu membinanya semula. Bukankah itu pembohongan yang nyata? Saya cabar Idris Jusoh dan UMNO khususnya, kembalikan wang royalti hak rakyat Terengganu dan kita sama-sama lihat bagaimana Kerajaan PAS menguruskannya. Begitu juga penipuan dan kekeliruan yang cuba diwujudkan oleh kumpulan Idris Jusoh dalam majlis yang dinamakan “Selamat Tinggal PAS”. Pertamanya pengisytiharan keluar parti PAS oleh orang-orang UMNO merupakan satu penipuan yang nyata. Ustaz Latif yang sememangnya pernah menjadi ahli dan pemimpin PAS, namun telah lama dipecat kerana menyeleweng telah berulang kali di “recycle” oleh UMNO untuk memegang watak utama melakonkan penyerahan borang masuk UMNO. Kalau kita masih ingat pelakon yang sama jugalah yang memainkan watak utama sewaktu kempen PEMILU 1999 di mana Ustaz Latif mewar-warkan penubuhan PAS BARU. Habis pilihanraya habislah watak Ustaz Latif. Kini musim pilihanraya datang lagi maka sekali lagi Ustaz Latif dikitar semula. Sebagai bahan kitar semula, Ustaz Latif tidaklah bermutu tinggi. Malah kenyataan Ustaz Latif bahawa PAS gagal melaksanakan agenda Islam di Terengganu menunjukkan Ustaz Latif bagaikan seekor katak dibawah tempurung. Ustaz Latif juga mendakwa Kerajaan PAS gagal membawa pembangunan kepada Negeri Terengganu. Saya tidak faham apakah menghapusakan judi dan mengurangkan premis arak itu bukan satu kejayaan kepada Islam? Bukankah pewartaan Undang-Undang Islam (Hudud, Qisas & Takzir) bukan satu kejayaan Islam? Bukankah memperbaiki taraf ekonomi rakyat dari nombor dua termiskin kepada nombor tiga bukan satu kejayaan? Pada saya ianya satu kejayaan kepada ISLAM kerana kerajaan yang mendakwa Islam sebelum ini gagal untuk melakukannya walaupun selepas berpuluh tahun memerintah negeri. Ini adalah satu kejayaan besar Kerajaan PAS terhadap Islam dan umatnya. Dalam masa kurang lima tahun perkara ini berjaya dilaksanakan. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun namun beliau gagal menghapuskan arak dan judi malah makin menjadi-jadi. Sehingga beliau bersara, tidak ada satu baris pun Hukum AlQuran berjaya diwartakan. Sekiranya soal pembangunan yang dimaksudkan oleh Ustaz Latif ialah pembangunan material, saya akui memang agak kurang. Tetapi Ustaz Latif sepatutnya berfikiran waras, cuba bayangkan tiba-tiba peruntukkan Yayasan Salam dipotong 70% apakah Ustaz Latif boleh mentadbir seperti peruntukkan 100%? Cuba Ustaz Latif fikir zaman Wan Mokhtar dulu, duit melimpah ruah tetapi apakah pembangunan material yang ada di Terengganu? Apakah Terengganu dimasukkan ke dalam senarai negeri terkaya di Malaysia? Tidak, malah rakyat Terengganu ada dalam senarai kedua termiskin di Malaysia? Apakah Ustaz Latif mahu melihat rakyat Terengganu kembali ketahap itu semula? Lainlah kalau Ustaz Latif tidak peduli hal rakyat janji poket sendiri penuh berisi. Bagi Ustaz Latif peranan beliau sebagai bahan kitar semula berbaloi kerana sebagai “menghargai jasa” beliau kepada UMNO maka beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Salam Negeri Terengganu. Nasihat saya kepada rakyat Terengganu, kita telah dilihatkan oleh ALLAH dua kerajaan yang memerintah Terengganu. Kerajaan pertama Allah kurniakah hasil minyak beratus juta. Tetapi tidak ada keberkatan. Rakyat negeri terus miskin. Islam terus terpinggir. Judi dan arak bertaburan dimerata-rata. Maksiat ditepi-tepi jalan. Hukum Allah jauh api dari panggang untuk dilaksanakan. Akhirnya Allah lingkupkan kerajaan pertama. Kerajaan kedua, Allah tarik balik segala kemewahan namun Allah memberikan keberkatan. Arak dan judi diharamkan serta-merta. Tol dihapuskan, cukai pintu dihapuskan, jenayah setiap tahun makin menurun, keputusan peperiksaan setiap tahun meningkat, kedudukan rakyat semakin meningkat dari tangga kedua termiskin kepada tangga ketiga kurang dari tiga tahun, syarikat-syarikat kerajaan negeri yang sebelum ini rugi kini setiap tahun membuat keuntungan malah menjadi syarikat paling cergas di BSKL, kutipan zakat meningkat begitu juga pendapatan dari hasil balak, rasuah tidak lagi kedengaran dalam pentadbiran kerajaan walaupun sering dituduh rasuah akhirnya terbukti palsu. Walaupun negeri kita tidak ada bangunan seperti KLCC bukan bermakna negeri kita tidak membangun. Bangunan tinggi hutangnya juga tinggi maksiatnya lebih tinggi. Walaupun negeri kita didakwa miskin tetapi kakitangan kerajaan negeri kita tetap dibayar gaji tanpa perlu membuat pinjaman kerajaan Pusat. Idris Jusoh mendapat lebih 38 juta tanpa sebarang jawatan dalam dewan negeri, bayangkan berapa ratus juta lagi yang akan disapu apabila berjaya menjawat jawatan Menteri Besar. Tatkala beliau melaungkan slogan rakyat Terengganu miskin beliau bertambah kaya. Ingatlah pembangunan bukan hanya kepada bangunan. Pembangunan akhlak dan aqidah adalah yang lebih penting. Dua puluh tiga tahun Rasulullah S.A.W menjadi pemimpin, bukan pembangunan material yang dipentingkan. Salah satu sebab umat Islam tidak maju adalah kerana terlalu cintakan dunia. Jadi marilah kita sama-sama kekalkan pemerintahan yang ada. Kita boleh menegur mana-mana kepincangan sekiranya ada. Kita tidak perlu takutkan ISA kerana kerajaan Negeri kita adalah kerajaan untuk rakyat bukan Boss kepada rakyat. Idris Jusoh cuba merasuah rakyat kerana sekarang kuasa ditangan rakyat. Tetapi apabila kuasa ditangan puak-puak UMNO maka jadilah rakyat sebagai hamba abdi dan hidup dalam ketakutan. Yakinlah kerajaan sekarang adalah jauh lebih baik dari kerajaan UMNO dahulu. Jangan lupa kerajan sekaranh hanya baru berusia lebih 4 tahun tetapi mampu melaksanakan apa yang tidak mampu dibuat oleh kerajaan BN/UMNO selama 40 tahun. Selamat Jalan UMNO/BN dulu, kini dan selamanya. Allahuakbar! Fadzli Hussin___________________________ Terbitan : 13 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |