Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

FOMCA : Tarif Kereta Harus Galak Kecekapan Pengeluaran

Pengumuman perubahan dalam struktur tarif kenderaan tidak menampakkan sebarang usaha oleh pihak kerajaan untuk menyediakan sektor industri motor nasional ke arah bersedia bersaing untuk bersaing dengan kenderaan yang diimport.

Tindakan pihak Kementerian Kewangan secara tergesa-gesa mengumumkan perubahan ini juga memberi suatu gambaran bahawa pihak-pihak bertanggunngjawab ke atas perlaksanaan turut keliru perubahan dan impaknya. Ini bermakna tindakan ini sekadar mengejar suatu date-line "hujung bulan" tahun diumunkan oleh kerajaan sebelum ini.

Laporan-laponan media hari menggambarkan bahawa implikasi sebenar perubahan struktur tarif akan mengakibatkan kenaikan pada harga kenderaan adala suatu yang tidak wajar berlaku kerana

1. Keadaan ini tidak memberi sebarang kesan kepada industri kenderaan motor nasional untuk berubah untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dalam jangka pendek yang sudahpun amat terlewat.

2. Membebankan pengguna dengan barangan yang tidak memberi mutu yang sepadan dengan nilai harganya.

3. Membazirkan sumber negara dengan menyokong suatu pengurusan yang terus memelihara sisten pembekalan yang tidak bertanggungjawab.

Dengan ini FOMCA mencadangkan pihak Kementerian Kewangan kaji semula struktur tarif supaya dari sekarang lagi pihak pengurusan industri kenderaan bermotor tempatan mula mengorak langkah ke arah meningkatkan mutu pengeluaran dan penurunan kos dengan faedah dinikmati sepenuhnya oleh rakyat keseluruhannya.

Dalam keadaan sekarang hanya dijangkaan kenderaan mewah akan turun harga tidak memberi faedah menyeluruh kepada pengguna yang sekian lama menyokong usaha kerajaan Malaysia memasuki industri berat.

Muhammad Sha'ani b. Abdullah
Timbalan Presiden
FOMCA





___________________________
Terbitan : 7 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)