SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ayuh Gerakkan Semboyan PerjuanganAyuh Gerakkan Semboyan Perjuangan Dari apa yang berlaku dalam negara kita kini maka dengan kuasa Allah hukum yang telah diturunkan'Nya telah diperkatakan semula hari ke hari. Sana sini rakyat negara ini tidak kira apa bangsa dan kaumnya mengutuk akan perbuatan sebilangan 'binatang' yang menjadi syaitan bertopengkan manusia. Dari situ juga mereka telah mencadangkan berbagai2 cara untuk menghukum 'binatang-binatang' ini dan yang paling banyak diperkatakan adalah menghukum akan golongan ini di khalayak ramai. Sedarkah akan pejuang2 Islam bahawa apa yang diperkatakan itu adalah Hukum Hudud. Jadi dari sini bolehlah kita menyampaikan lagi akan keindahan hukum Allah swt kepada golongan2 yang masih buta dan kelam akan mata hati mereka akan keindahan hukum Allah swt ini. Beritahulah kepada golongan2 yang masih kelam ini walau dengan apa cara sekali pun. Antaranya yang dapat disampaikan dengan jelas nya ialah kita naikkan sepanduk atau baner yang besar dan kita gantungkan untuk menyampaikan pada masyarakat dengan jelas dan padat. Naikkanlah akan kain sepanduk itu diserata tempat dan diserata kawasan supaya penyampaian itu dapat disampaikan dengan sejelas-jelasnya pada semua masyarakat dan biarkanlah mereka berfikir sendiri akan keindahan hukum Allah swt ini. Disini ada beberapa slogan atau perkataan yang difikirkan sesuai untuk sepanduk tapi bolehlah difikirkan yang lainnya. "HUDUD ITU INDAH.. JADI HAYATILAH NESCAYA KITA MENDAPAT RAHMAT'NYA" "LAKSANAKANLAH HUKUM ALLAH NESCAYA KEGAWATAN MASYARAKAT DAPAT DIHAPUSKAN...." "Inilah yang kami perjuangankan, tegakkan hukum Allah pasti mendapat kepuasan dunia dan akhirat..." "tegakkan hudud, PASti memberi keADILan pada semua" Akhirkata ayuh kita gerakkan semboyan perjuangan peperangan sudah bermula lawan tetap lawan....Allah'Huakbar.... Guaqstation' guaqstation@al-islam.com ' ___________________________ Terbitan : 23 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |