SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bolehkah UMNO survive di zaman kemerosotan sekularisme?UMNO boleh kata apa saja, bahawa dia juga sebuah parti Islam, macam PAS. Tapi hakikatnya dia hanya sebuah parti sekular. Dan untuk menjadi sebuah parti Islam, UMNO bukan dia. Paling kuat UMNO boleh buat ialah memprojekkan dirinya sebagai Islam, dengan program itu dan ini, tapi hakikatnya tetap itu lah dia, sekular. Sekular ini jenis orang yang tak suka melibatkan agama dengan politik, seperti tak suka melibatkan pahala dan dosa dengan perlakuan dan tindakan politik mereka. Mereka beranggapan apa tindakan dan keputusan mereka dalam politik tiada kesannya kepada nasib mereka pada hari Hisab nanti. Kalau dikaji dalam Islam itu, hatta masuk tandas pun ada baca dan adabnya. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besarnya, semuanya ada effectnya terhadap dosa dan pahala dan kiraan amal. Ada tukang catitnya di kiri kanan kita untuk mencatit misalnya, siapa yang kita undi, apa yang kita cakap semasa berkempen dan sebagainya. UMNO parti sekular kerana tidak menjadikan rujukan partinya kepada al-Quran dan As-Sunnah. Buatlah apa program pun bersifat Islamik, itu tidak menjadikan dirinya Islamik. Dasar parti adalah penting supaya segala tindakan dan keputusan dibuat berdasarkan rujukan tadi. Jikalau ada masalah yang timbul juga, dasar parti akan menjadi rujukan. UMNO yang sekular tiada dasar yang konkrit, yang dengan itu menjadikan dirinya bersifat pragmatik - bila majoriti rakyat cenderung ke arah kapitalis atau nasionalis, seperti dalam zaman 80-90an dahulu, ia akan menjadi parti kapitalis. Dan kini apabila majoriti rakyat mahukan Islam, berhempas-pulas dia cuba memprojekkan dirinya sebagai Islamik. Tetapi tidak semudah dia ingin dipandang Islamik berbanding dengan dipandang sebagai kapitalis, nasionalis atau selainnya. Dunia Islam kini menyaksikan kebangkitan parti dan jamaah yang mendasarkan dirinya kepada dasar Islam dan ke arah memperjuangkan tertegaknya dustur Ilahi di atas muka bumi ini. Ia merupakan janji Allah dan Allah tidak pernah mungkir janjiNya. Allah telah berjanji untuk menjadikan deen-Nya berkuasa di atas muka bumi ini sebelum datangnya Dajjal, Al-Mahdi, Nabi Isa as dan hari Kiamat. Sebuah parti Islam tahu dan sedar arah tujunya dan melihat segalanya sebagai suatu gambaran yang jauh lebih luas daripada parti-parti lain yang hanya cuba menjadikan Islam sebagai projek semata-mata. Ia akan bergerak ke arah merealisasikan janji-janji Allah itu dengan menepis samada dengan lembut atau kasar segala rintangan di sepanjang perjalanannya. Masa tidak menjadi soal dalam meniti perjalanan ini. UMNO hanya dilihat sebagai satu rintangan kecil sahaja apabila diambil kira rintangan-rintangan lain yang jauh lebih mega daripada nya selepas daripada ini. UMNO akan terkubur tidak berapa lama lagi dengan izin Allah. Malaysia akan melalui satu fasa baru dalam corak berpolitiknya selepas terkuburnya UMNO. Fasa inilah yang sebenarnya lebih mencabar minda dan iman seorang Muslim berbanding rintangan yang dicipta oleh UMNO sekarang. Muslim akan diminta untuk memilih di antara dua, kufur atau iman, pada ketika itu. Suasana dan keadaan yang akan menuntutnya berbuat demikian, bukan seseorang pemimpin atau individu. Tahap penapisan iman akan tiba. Suasana itu akan menuntut kejelasan sikap dan pendirian. Sebenarnya bunga-bunganya telah pun boleh dilihat dan dirasa pada peringkat sekarang ini. Tidak perlu diungkap lagi kerana siapa yang membaca ini tentu dapat merasakannya. Is this the day of the reckoning? Belum lagi, tetapi hanya mukaddimahnya sahaja. Sebenarnya keadaan mukaddimah ini sahaja sudah mampu meletakkan UMNO dalam keadaan yang kritikal. Ia akan meletakkan UMNO dalam keadaan koma tidak lama lagi, dan terus berhenti bernafas tidak lama selepas itu. Parti seperti UMNO tidak akan bertahan lama berada dalam 'mode' ini. UMNO tidak berdaya memikul bebannya yang tersangat berat. Sebab itulah ambo yakin UMNO boleh berkubur dengan sendiri hanya melalui kerja tangannya sendiri, dan bukan sangat oleh tangan orang luar. Ia akan diserang penyakit gabra, kalut dan tiada pendirian tetap. Too much contradictions to bear. Manusia tidak boleh hidup dalam ketenangan jikalau wujud terlalu banyak contradiction dalam dirinya - contradiction di antara pendirian hidupnya dengan amalan hariannya. Hanya mereka yang mempunyai paling banyak kejelasan dan paling sedikit contradiction dalam diri, atau partinya, yang akan kekal dan prevail. These are the ultimate winners. UMNO adalah sebaliknya - paling banyak contradicion dan paling sedikit kejelasan, dalam sikap dan amalan. Ini semua kerana UMNO adalah sebuah parti SECULAR. HC___________________________ Terbitan : 22 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |