SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Imam Mahdi dan Ummah OnlineDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian alam. Salam dan sejahtera kepada Rasul junjungan, Muhammad SAW. Saya tertarik dengan ulasan yang di berikan oleh UMMAHONLINE mengenai isu imam mahdi dan juga comment mereka untuk Ustz Hadi. Saya berbicara bukan atas landasan PAS tapi saya rasa bertanggung jawab membetulkan apa yang telah di debatkan. Sebab saya tak pernah fanatik kat politik pun. Pertama, saya sokong ajaran Ustaz Hadi bahawa Al-Mahdi tidak akan datang dari puak Shiah atas beberapa sebab kerana mazhab Shiah adalah salah satu Mazhab yang termasuk dalam Mazhab yang salah. 1) Mazhab Shiah banyak menghina Para Sahabat seperti Abu Bakar RA dan Uthman RA. Malah, puak Shiah perpendat Abu Bakar menggunakan Aishah untuk 'seduce'(memberahi) Rasullullah SAW sebagai wanita lacuran; Astaghfirullah. Mereka juga mengutuk Hafsah RA, Isteri Rasullullah dan juga banyak sahabat2 yang lain. Malah di dalam solat mereka, banyak ditokok tambah dengan memuji2 Ali RA dan menghina-hinakan keluarga Abu Bakar RA dan keluarga Umar dan Uthman RA. Sedangkan Nabi SAW, melarang kita mencela sahabat2nya (Bukhari). Dan Ini adalah asas kepercayaan dan Ibadah mereka (tak kira mana mazhab Shiah pun). 2) Mazhab Shiah menolak segala Hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Walhal, barang siapa yang menolah hadith Nabi SAW adalah terkeluar dari Aqidah Islam. 3) Ada juga puak Shiah yang mengaku Ali RA. sebagai Nabi dan lebih teruk lagi ada yang menganggapya sebagai Tuhan. 4) Ada juga yang mengatakan malaikat Jibril AS melakukan kesilapan menurunkan wahyu. Mereka berpendapat Wahyu2 tersebut sepatutnya di turunkan kepada Ali RA. 5) Ada juga Puak Shiah berpendapat bahawa, salah satu jalan untuk masuk ke Syurga adalah dgn membunuh Mazhab Sunnah. Banyak lagi yang kesesatan yang boleh saya tulis, tapi saya fikir ini sudah memadai. Adakah Al-Mahdi akan turun dan mencerca Isteri2 Nabi? sedangkan Ali RA begitu sayang pada Aishah sebagai Ummul Mukminin dan adakan beliau akan turun dan menghina Abu Bakar RA; iaitu manusia yang terbaik selepas para Nabi AS. (Bukhari)? Adakah Al-Mahdi akan turun dan menangis teresak-esak dan membentak-bentak atas kematian Ali RA seperti mana yang di praktikkan oleh Alim2 Shiah? Padahal, Al-Mahdi akan turun dan mempraktikkan Sunnah Rasullallah SAW. Kesesatan Meraka adalah jelas dan tak perlu di pertikaikan lagi. Kedua, Kenapa perlu di perkecilkan Ustaz Hadi dan membanding-bandingkan dia dgn Ulama2 lain. Perbuatan sebegini adalah lebih kebudak-budakkan. Anda melakukan Ghiba(mengumpat) dan ini amat di tegah oleh Syarak. sekiranya Ustaz Hadi ada buat silap dan tegur secara baik,dan bukan dengan memalukannya (walaupun saya tak nampak silapnya). Jangan terlalu dibanggakan Dr. Qadarawi, kerana beliau sendiri pun banyak membuat kesilapan. Di sini, saya ingin mengatakan bahawa fatwa yang di keluarkan oleh Dr Qadarawi harus di teliti terlebih dahulu. Kita seharusnya membuat rujukan setiap Fatwa daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Di dalam bukunya Halal wa Haram, Dr Qadarawi mengharuskan memakan binatang yang di sembelih oleh orang Marjusi(penyembah matahari). Akibatnya, ramai orang melayu kita makan daging dan ayam kat mana2 mereka suka kat USA ni (KFC, Mc Donald, Papa John etc), tanpa rasa segan silu. Mereka berkata, "kalau Ayam orang Marjusi pun boleh makan, apa lagi ayam orang Kristian (Nasrani)", sedangkan bilangan Ahlil Kitab adalah amat sedikit berbanding dengan Athiests(tanpa Agama). Ulama apa yang mengharuskan Muzik? Sedangkan Nabi SAW bersabda bahawa akan datang bala dari Allah apabila terjadinya 15 perkara, dan salah satunya apabila Alatan Music menjadi Halal ( Sunan At Tirmidhi). Beliau sendiri menggemar Khadija (penyanyi Mesir) sedangkan suara perempuan adalah aurah. Adakah Ulama ini di kira hebat sekiranya mengharuskan umat Islam berganding bahu dgn orang Kafir untuk memusnahkan Taliban? Adakah salah sekiranya mereka ingin melaksana hukum Allah di Afghanistan? Ketiga, Sekiranya anda jujur ingin berdakwah, maka asaskanlah Fatwa anda dari Al-Qur'an dan Sunnah dan bukan semata-mata ini adalah kata2 Ulama yang anda sanyangi. Walau apa pun yang kita buat, dan sekiranya kita terjumpa bukti kesesatanyanya (melalui Al-Qur'an dan Sunnah) maka, kita harus tinggalkannya. Kita tidak perlu berlembut(kononnya ikut zaman) kerana Ayat Allah adalah Paling gagah dan Paling utama. Kita tak perlu malu untuk menegakkan kebenaran. Jangan dikisahkan apa orang nak kata, apa yang penting kita jalankan amanah Allah. INGAT! kita berdakwah adalah untuk kepentingan diri kita sendiri dan bukan untuk kepentingan Islam, kerana Allah telah menjanjikan kemenangan pada Islam sama ada kita tolong atau tidak. Allah Maha berkuasa, Allah boleh jadikan semua orang beriman kalau Dia mahu dan sebalikya. So, daripada condemn Ustaz Hadi, mungkin ada faedahnya kalau kita Condemn Bush ke Blair ke etc. Last but not least, saya tak ingin berdebat. Sama ada anda balas e-mail ini atau tidak, saya tak kisah pun. Awak tak perlu rasa tercabar or ape2. Sebab Muslim yang baik harus akur dengan yang Haq.Tapi INGAT! jangan biarkan tindakan kita merosakkan orang lain kerana kita akan di pertanggung jawabkan kelak. Semoga Allah merahmati awak dan saya. P/s= Abu Hurairah pernah berkata, Orang Mukmin seperti orang yang berjalan di jalan yang berduri, kita kena berhati-hati melangkah agar tidak terpijak duri dan boleh membinasakan diri. From US with love,Hezir Effez Al-Clevelandi ___________________________ Terbitan : 8 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |