SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Artikel: TablighAssalamu alaikum, Merujuk kepada artikel "Jangan dok kutuk jer, tengok diri sendiri dulu... Merujuk kepada artikal Tabligh bahaya kepada PAS", saya ingin memberikan sedikit pandangan yang mungkin boleh difikirkan bersama. Sebagai asas perbincangan, berdasarkan apa yang saya perhati dan faham, jemaah tabligh adalah satu kumpulan yang memisahkan agama dari politik. Ia berasal dari benua India di mana penjajah negara hindi tersebut iaitu British telah membenarkan aktiviti tabligh dijalankan kerana ia tidak menyentuh politik. Pada pandangan saya, ini adalah bertepatan dengan akidah penjajah British tersebut iaitu pemisahan agama mereka dari urusan pentadbiran negara. Isu pemisahan ini telah diulas beberapa kali oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi dalam ceramah ceramah mereka. Persoalan 1: mengapa ahli jemaah tabligh bersetuju dengan idea pemisahan agama dari politik? Mereka setuju tentang perkara perkara kecil seperti 'cara memasuki bilik air mengikut Islam' tapi tak ingin berbicara tentang 'cara mentadbir negara mengikut Islam', sebagai satu contoh. Persoalan 2: adakah ahli jemaah sudah rasa mencukupi dengan mengajak orang kafir ke arah Islam dan menunaikan sembahyang di surau? Adakah mereka sedar bahawa mentadbir negara mengikut Islam adalah satu perkara wajib? (inilah perjuangan Pas, sebagai sebuah parti politik). Ingatlah kembali kesah syaitan menjadi kafir kerana hanya enggan sujud hormat kepada nabi Adam a.s. Manusia juga boleh menjadi kafir jika enggan mentadbir negara mengikut Islam. Dari sudut ini, saya tak nampak usaha jemaah tabligh untuk mentadbir negara ke arah Islam. Kalau ada, mana dia? Sila buktikan. Tuan pengarang artikel itu telah merujuk kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pada pandangan saya, jangan hanya merujuk sahaja - eloklah bersama sama beliau untuk menegakkan Islam di Malaysia, contohnya pihak jemaah tabligh memerintah negeri Johor dan melaksanakan Islam di sana. Merujuk kepada penerangan saudara pengarang artikel itu berkaitan dengan usaha jemaah tabligh untuk mengislam orang kafir: a- Berapa ramai orang kafir telah masuk Islam kerana usaha anda? danb- Berapa ramai ramai orang Islam telah 'terjadi' kafir kerana kelalaian anda mengajak mereka mentadbir negara Islam secara Islam? Setakat yang saya tahu 'tabligh' hanyalah satu perkataan Arab yang bermakna 'menyampaikan'. Sesudah menyampaikan ajaran Islam kepada orang kafir, sebagaimana yang ditulis oleh tuan dalam artikel tersebut, marilah bersama sama mengamalkan pula ajaran ajaran tersebut - seperti dengan melaksanakan hukum hudud, qisas, takzir dan lain-lain. Sekian. Ibnu Ibrahim ___________________________ Terbitan : 31 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |