Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

NAJIB TPM TAK AKAN BERTAHAN

Tahniah Najib, akhirnya pucuk yang dicita datang juga ulamnya. Jawatan yang diidamkan akhirnya telah jatuh ke genggaman. Akhirnya TPM berjaya disandang dan terloponglah nama-nama lain yang mengidam sama untuk menjadi orang nombor dua Negara.

Lama ke jadi TPM ? Lihatlah dan tunggu lah pilihanraya nanti. Jika diukur daripada majoriti pilihanraya yang lepas, nampak gaya nya kecut telor juga. Apa tidaknya, kemenangan dengan majority yang tipis dan dikatakan dengan bantuan undi pos, telah memenangkan beliau di Parlimennya. Itu pun timbul kehairanan di kalangan penduduk Pahang dan Pekan khasnya kerana DUN dikuasai PAS tetapi Parlimen jatuh ke tangan Najib. Macamana jadi gitu ??

Takkan jadi TPM beberapa bulan je kot sebelum pilihanraya, lepas pilihanraya, fikirkan apakah nasib nak jadi. Sebab itulah, hasil daripada persempadanan semula kawasan pelihanraya telah memihak kepada Najib. Bukan memihak kepada Najib dan merugikan PAS, tetapi strategi mengalihkan kem tentera Bt 12 Jaya Gading telah berjaya dilaksanakan untuk berada di bawah Parlimen beliau. Dan yang menjadi mangsanya adalah rakan dia sendiri didalam Umno yang sebelum ini selesa dengan kesetiaan karat biru kem tentera di Jaya Gading iaitulah Siti Zahrah. Siti Zahrah dah mula pening sampaikan sanggup turun padan rasmi majlis bersunat yang sepatutnya org lelakilah rasmikan – Bersunat.

Ketika sambutan majlis hari raya di Jaya Gading tempohari yang diraikan oleh Najib, pun Siti Zahrah hadir dalam keadaan hiba kerana itulah kawasan karat biru kem tentera yang telah menjadi nostalgia kepada beliau untuk pilihanraya yang mendatang.

Tak cukup ambik kem tentera, bukak lagi penempatan di kawasan hutan dan import golongan veteran untuk duduk di situ dengan dijanjikan kawasan menanam padi. Tanam padi apekbende nya tengah-tengah hutan tu. Padi huma ke ?

Inilah UMNO, low mentality party yang tak kira sapa hatta kawan sendiri pun di tibai, dimakan, di ganyang. Sebuah parti yang benggong yang tak akan menjamin kebahagian dunia mahupun akhirat. MAMPOS UMNO

iRAW



___________________________
Terbitan : 8 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)