SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Baru ura-ura , sudah sebuk !…OLEH: KANG SEMAR Baru setakat ura-ura hendak mengadakan muzakarah antara pemimpin UMNO dan PAS , sudah ramai para ‘ tukang kempen ’ UMNO bercakap di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan awam seolah-olah ianya ‘tetap’ akan berlaku dan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Malah ada yang membuat andaian awal, kalau muzakarah tidak dapat diadakan kelak , ianya adalah disebabkan ada grombolan ‘ batu api ‘ di kalangan orang PAS yang cuba menggagalkannya !. Selain itu sudah ada segelintir mereka yang berada di peringkat akar umbi serta ‘baru belajar ‘ jadi pemimpin cawangan , meminta supaya parti PAS dibubarkan dan bergabung terus dengan UMNO. Alasannya, kerana undi Melayu akan tergugat jika MCA berjaya membuat gabungan dengan parti Cina lainnya . Hujjah mereka lagi, PAS bukan parti yang kuat, kerana itu baiklah PAS sahaja yang mengalah dan bergabung dengan parti kerajaan UMNO/BN !. Namun bagi kebanyakan penyokong PAS isu muzakarah tersebut hanya sebagai suatu ‘ mainan ‘ UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum yang diadakan tidak lama lagi ( Cuma tarikhnya sahaja masih rahasia ! ) . Mereka memberikan pendapat, suatu ketika dahulu perkara yang sama sudahpun dihebohkan di seluruh negara. Maklumat terakhir ternyata UMNO yang menarik diri dan membatalkannya. Kerana itu isu muzakarah dan bergabung, hanyalah ‘ tayangan filem lama ‘ oleh UMNO yang ditukar tajuk dan ditayangkan dalam ‘ pawagam ‘ lain . Umum mengetahui semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu ditonjolkan oleh para pemimpin UMNO untuk diulas dan diadun semula oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lainnya, supaya isu yang ‘ sebenar ‘ tenggelam dan tidak diambil perhatian. Sebagai contoh, di Selangor isu sebenar ialah isu pencuri pasir, tapi apa yang berlaku beberapa hari kemudian isu tersebut ‘ bertukar’ kepada isu siasatan dan tangkapan pencuri jengkaut pasir pula !. Ingatlah, suatu ketika hebuh isu tentang salah laku polis termasuk berita dalam barek polis ada barang curi dilakukan oleh anak-anak mereka, tetapi beberapa hari berikutnya isu itu ‘ditenggelamkan ‘ oleh isu lain tentang perogol kanak-kanak patut dihukum sebat di khalayak ramai dan ramai jutawan tidak membayar cukai pendapatan hingga jutaan ringgit !. Kerana itu, ahli dan penyokong PAS seluruh negara jangan ‘ berharap ‘ sangat muzakarah itu akan diadakan. Jadi atau tidak jadi muzakarah, UMNO tetap tidak akan mengalah dalam tindakannya. Kerana mereka berpandukan keputusan hukum kepada ‘ perlembagaan negara ‘ dan bukan kepada ‘ ajaran kitab Al Quran ‘. Apa yang jelas sekarang, ura-ura hendak mengadakan muzakarah itu sudah diambil kesempatan oleh UMNO untuk mereka cuba ‘ menaikkan ‘ imej PM sekarang. Konon beliau seorang berturunan ulamak dan sedia berbincang dalam soal-soal agama atau akidah. Tapi, kalau gagal diadakan, mereka akan katakan ia disebabkan faktor luaran datang dari kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri…... UMNO memang berhasrat benar supaya PM sekarang diletakkan setaraf dengan Nik Aziz dan Hadi Awang yang dihormati oleh orang PAS sebagai ulamak. Kerana itu akhbar dan TV mereka sebuk mencanang peristiwa PM menjadi iman solat taraweh suatu ketika dulu . Dan di dalam akhbar kebelakangan ini , sudah ada pihak yang meletakkan gambar PM berada bersebelahan pemimpin PAS , sebagai isyarat mereka semua sudah sama taraf dari segi keilmuan agamanya ( konon ! ). Hakikatnya, kalaulah begitu mudah pihak penyokong UMNO meletakkan PM setaraf dengan ulamak PAS dengan meletakkan gambar bersebelahan, kenapa pendapat dari pemimpin PAS mereka bangkang dan putarbelit kebenarannya sehingga rakyat jadi keliru. Dan kenapa perlu mereka membawa kes ke mahkamah tentang isu hudud kerajaan PAS yang ‘ sudah terang lagi bersuluh ‘ ianya diambil dari hukum Islam dan Al Quran ?. Percayalah, semakin hampir tarikh pilihanraya, semakin banyak kenyataan dan ‘arahan’ pemimpin UMNO yang seolah-olah ‘ lembut ‘ serta lebih mirip kepada Islam. Mereka mengharapkan supaya ahli PAS di peringkat akar umbi boleh dipedaya dan dibeli seterusnya akan berpaling tadah menyokong UMNO , selain usaha menarik balik sokongan orang UMNO yang telah hidup serasi dengan PAS sejak pilihanraya tahun 1999 dahulu.. .___________________________ Terbitan : 26 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |