SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Setelah 3 hari membiarkan diri saya diaibkan dan periuk nasi saya ditabur pasirKenyataan Sdr Lokman Noor Bin Adam berhubung dengan isu pemecatannya dalam Mesyuarat MPT 28 Januari, 2004 Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa pada pagi 26hb Januari lalu, saya telah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini yang bertanyakan kepada saya punca saya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pemuda. Saya telah memaklumkan kepada beliau bahawa saya tidak pernah meletakkan jawatan. Malangnya menurut wartawan itu, Sdr Ezam telah memaklumkan kepada beliau bahawa dia (Sdr Ezam) telah menerima surat perletakan jawatan saya dan menerima perletakan jawatan saya itu. Saya telah mencadangkan kepada wartawan tersebut supaya meminta Sdr Ezam membuktikan surat tersebut wujud. Di sebelah petang pada hari yang sama pula, Sdr Ezam telah mengeluarkan kenyataan dalam Harakahdaily bahawa beliau memecat saya daripada jawatan Setiausaha Pemuda kerana saya telah menyertai UMNO semula. Lebih menyedihkan, saya pula dituduh telah mencuba mempengaruhi dan memujuk teman-teman pimpinan pemuda yang lain untuk menyertai UMNO bersama saya. Malah dalam kenyataannya itu, Sdr Ezam menegaskan bahawa tawaran saya itu telah ditolak oleh pimpinan pemuda terbabit dan beliau menyeru ahli pemuda agar tidak melayan kerenah dan tawaran pemimpin tidak bermoral seperti saya. Pada 27hb Januari pula, Sdr Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan kepada The Star bahawa beliau telah menerima laporan rasmi daripada Sdr Ezam memaklumkan bahawa 3 Ketua Pemuda Negeri iaitu, Ketua Pemuda Kedah, Perak dan Selangor telah melaporkan kepada Sdr Ezam bahawa saya telah memujuk mereka untuk menyertai UMNO dan menerima tawaran UMNO. Pada hari yang sama, Sdr Ezam turut menambah tuduhan beliau keatas saya melalui kenyataannya kepada News Straits Times bahawa saya dipecat kerana menjanjikan ganjaran kewangan kepada mereka yang sanggup bersama saya menyertai UMNO. Beliau juga turut menegaskan bahawa tindakan beliau telah dibuat selepas meneliti laporan terhadap saya sepanjang beberapa minggu yang lalu. Menurut beliau lagi, setelah siasatan dilaksanakan, beliau mendapati bahawa tuduhan terhadap saya adalah benar. Pada hari yang sama pula, Sdr Ezam melalui Malaysiakini telah mempertingkatkan serangan ke atas saya dengan pelbagai bentuk serangan yang jelas menggambarkan bahawa beliau tidak menganggap saya sebagai sahabat lagi. Maka setelah 3 hari membiarkan diri saya diaibkan dan periuk nasi saya ditabur pasir. Dengan berat hati saya terpaksa menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan keatas saya. (Dengan menjunjung Al Quran) BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah menyertai UMNO semenjak dipecat daripada UMNO pada 6 Oktober 1998 serta tidak pernah memujuk atau menawarkan sesiapa untuk menyertai UMNO bersama saya. Saya juga tidak pernah menyerahkan sebarang surat perletakan saya kepada Sdr Ezam dan saya juga tidak pernah menerima sebarang surat atau sms berhubung pemecatan saya. Saya mengaku pernah tidak menjawab mengangkat panggilannya hanya sekali pada 21 Januari lalu, 5 hari sebelum pemecatan saya dihebahkan. Keengganan saya untuk mengangkat panggilan beliau adalah kerana ketika itu saya amat marah di atas tindakannya yang mengkhianati persahabatan kami. Segala kenyataan dan tindakan Sdr Ezam yang kurang matang ini sebenarnya berpunca daripada teguran yang telah saya buat terhadap beliau berhubung isu kebajikan aktivis pemuda, khususnya mereka yang telah berkhidmat sepenuh masa untuk parti dan penyelewengan dana yang disumbangkan kepada pemuda. Masalah Kebajikan 1.Ramai diantara mereka yang bergiat sepenuh masa untuk pemuda tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sehinggakan mereka tidak mampu untuk keluar berceramah, melaksanakan program dan memberikan komitmen penuh kepada parti. 2.Tabung pemuda hampir kosong kerana tidak pernah diisi dan dengan berbekalkan RM 2,000 sebulan saya diminta menjalankan tugas sebagai Setiausaha Pemuda, Setiausaha Kerja Pemuda, Kerani Pemuda dispatch Pemuda dan pemandu peribadi beliau. Dana ini hanya membolahkan saya menjelaskan bil telefon sebanyak RM 500 sebulan dan bakinya untuk mengurusan pejabat, petrol dan tol. 3.Tidak mewujudkan “Petty Cash” mengakibatkan semua jenis pembayaran seperti deposit untuk menempah poster, dewan dan sebagainya tidak dapat dibuat. Masalah Penyelewengan Dana Sikap Sdr Ezam yang tidak mengambil berat soal kebajikankami ini, sedangkan saya tahu bahawa beliau dan saudara Azmin menerima banyak sumbangan kewangan dari rakyat Malaysia dan warga asing menyebabkan saya membangkitkan tentang cara hidupnya yang agak mewah dan penyelewengan beberapa sumbangan berikut:- 1.Bagaimana dalam tempoh beberapa bulan selepas dibebaskan, Sdr Ezam boleh mendirikan sebuah banglo yang berharga lebih setengan juta tanpa membuat pinjaman perumahan. Memang betul bahawa tanah itu bukan namanya tetapi ianya diperolehi oleh beliau atas nama bapanya semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan saya tahu Ketua UMNO Bahagian mana yang membantu beliau memperoleh tanah tersebut. Apa yang penting ialah bagaimana kebajikan kami dan mengutamakan pembayaran premium tanah tersebut yang bernilai dua ratus ribu lebih serta pembinaan rumah yang memakan belanja sekitar RM 350,000. Ini belum lagi saya menyebut tentang selori perabut jati yang diimport dari Jepara dan TV Plasma barunya. Apa yang jelas, dakwaan beliau bahawa duit tersebut datang daripada hasil penjualan rumahnya di Kelana Jaya adalah pembohongan belaka kerana ianya masih belum dijual hingga kini. 2.Ketika saya menceritakan nasib teman-teman Pemuda ini juga beliau masih meneruskan cara hidup mewahnya dengan menempah sebuah kereta Honda Accord yang bernilai RM 140,000 dan seperti biasa, beliau mengatakan ianya milik isterinya dan isterinya mampu membayarnya kerana bergaji besar. 3.Saya juga mengakui bahawa saya telah mempertikaikan pelbagai penyelewengan dana yang dibuat oleh Sdr Ezam seperti berikut:- a) Contoh penyelewengan Besar – Dana sebanyak RM 1 juta (USD 250,000) yang diterima oleh beliau daripada Presiden Filipina, Joseph Estrada pada tahun 1999 dan dibawa masuk melalui Tambak Johor. (saksi: Zulfikfi Cha, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha). Apa sudah jadi dengan dana ini. b) Contoh penyelewengan Sederhana – Sumbangan Sdr Fakhrul Azman Abu Bakar sebanyak RM 300,000 kepada Pemuda KeADILan pada tahun 2000. Wang ini tidak dimasukkan atau digunakan untuk aktiviti pemuda. Menurut Sdr Zahid, RM 100,000 Sdr Ezam simpan dalam peti besi beliau dan RM 200,000 dikhabarkan telah diserahkan kepada Presiden Parti. Presiden Parti telah menafikan penerimaan dana ini kepada YB Rahman Yusof. c) Contoh penyelewengan Kecil – Setelah jenuh memohon kepada Sdr Ezam untuk menyediakan sebuah komputer bagi urusan pemuda keadilan pada tahun 2001, saya telah meminta bantuan Sdr Rahman Osman dan Sdr Azmin. Alhamdullillah Sdr Rahman telah menyumbangkan sebuah computer. Malangnya Sdr Azmin yang telah saya temui beberapa hari selepas itu telah mengakui bahawa komputer yang disumbangkan oleh Sdr Rahman itu adalah sumbangannya. Rupa-rupanya, Sdr Azmin telah menyalurkan dana untuk komputer tersebut kepada Sdr Ezam. Kemana perginya dana ini? Pelbagai penyelewengan lain seperti tindakannya mengarahkan Pemuda Kelantan dan Terengganu mengecam PAS turut lakukan sehingga saya mula meluat mendengar ucapannya yang berkobar-kobar membicarakan soal rasuah dan salahguna kuasa. Apa yang menyebabkan saya panas hati adalah apabila beliau menyatakan kepada saya apabila beliau mencadangkan kepada Sdr Azmin supaya dana RM 3 juta yang baru diperoleh Sdr Azmin tidak digunakan untuk membantu calon pilihanraya umum akan datang. Ini menyebabkan saya mula menegur sikapnya yang mementingkan diri sendiri dan melalaikan kebajikan teman-teman seperjuanagn yang lain. Kalaupun teguran saya ini salah, sepatutnya beliau mengemukakan perkara ini kepada Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan Pemuda, bukan mengeluarkan kenyataan media memecat saya atau berbohong bahawa saya telah meletakkan jawatan. Tindakan beliau menghebohkan pemecatan saya ini telah menjejaskan kredibiliti dan masa depan saya dan sekaligus meletakkan saya dalam posisi yang sukar. Pelbagai panggilan telefon dan sms telah saya terima. Ramai yang meminta penjelasan saya, tetapi ramai juga yang menerima tuduhan Sdr Ezam ini secara bulat-bulat dan mula menyumpah saya. Imej saya di kalangan penyokong dan ahli parti komponen Barisan Alternatif telah jelas musnah sebelum saya sempat membela diri. Bagi saya, nasib yang saya terima ini tidak ubah seperti nasib yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika pemimpin parti ini mula bertindak dengan tidak mengikut prosedur dan memecat sesiapa sahaja yang menegur mereka, maka terimalah hakikatnya bahawa parti ini lebih teruk daripada UMNO. Jika dulu kita mengatakan bahawa Mahathir itu UMNO dan IMNO itu Mahathir, kini jelas bahawa Ezam itu KeADILan dan KeADILan itu Ezam. Siapa juga yang menegur salahlaku beliau akan dikuburkan riwayat politiknya. Saya sedar bahawa harapan saya untuk kembali aktif bersama Barisan Alternatif sememangnya malap. Namun sebagai insan yang masih mahu melihat Dato’ Seri Anwar Ibrahim bebas, saya berharap sesedara rakan MPT dapat memastikan perkara-perkara berikut dapat dilaksanakan demi menjaga keutuhan parti:- a) Jangan biarkan seseorang itu terlalu berkuasa sehingga dia menguasai keputusan parti. b) Jangan abaikan kebajikan aktivis reformasi dan aktivis parti yang berkhidmat sepenuh masa dengan gerakan reformasi dan parti, kerana segala tugas perlaksanaan program banyak dibebankan diatas bahu mereka. c) Bantuan minima untuk Ibu Pejabat, Sekreatariat Pemuda, Sekreatariat Wanita, setiap Perhubungan Negeri dan Bahagian perlu diusahakan bagi membolehkan jentera parti berfungsi. d) Semua sumbangan kepada parti perlu dimasukkan kedalam akaun parti dan bukan disimpan oleh mana-mana individu. Jika dana parti diagihkan secara saksama untuk tujuan parti, InsyaAllah kita akan dapat melihat satu kebangkitan secara seimbang dan bukan kemenangan di satu dua tempat yang memperolehi lambakan dana sahaja. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca penjelasan saya. Semoga Allah merestui perjuangan kalian. Yang Ikhlas,LOKMAN NOOR HAJI ADAM ___________________________ Terbitan : 29 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |