Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

4 Negeri BN terpaksa berhutang bayar gaji kakitangan mereka

KUALA LUMPUR: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail mengesahkan empat negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam daripada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Negeri-negeri berkenaan ialah Johor, Sabah, Pahang dan Perlis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Amar Nik Abdullah (PAS - Pengkalan Chepa) mengenai perkara itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, 4 November lalu.

Sebelum itu, beliau turut mengesahkan hutang kerajaan-kerajaan negeri sehingga 31 Julai 2003 adalah sebanyak RM11,596 juta.

Manakala dalam soal jawab yang sama, Abdul Fatah Harun (PAS - Rantau Panjang) mengemukakan soalan tambahan meminta supaya dinyatakan pecahan negeri yang mempunyai hutang dan tunggakan tertinggi dengan kerajaan Pusat berdasarkan jumlah yang disebutkan.

Hashim berkata, tujuh negeri paling banyak tunggakan hutang dengan kerajaan Pusat adalah Kedah sebanyak RM1,557 juta, Sarawak (RM1463.1 juta), Negeri Sembilan (RM1312.3 juta), Pahang (RM1284.4 juta) dan Selangor (RM1056.8 juta)

Sementara itu, kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan pula, hanya menduduki tempat terbawah dalam senarai negeri paling banyak berhutang dengan kerajaan Pusat iaitu masing-masing sebanyak RM871.2 juta dan RM720.2 juta.





___________________________
Terbitan : 30 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)