SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Serupa Saja……Taklah Terlalu Agung MahathirMasa terus berlalu. Hari demi hari. Malah sekarang telah menjangkau bulan demi bulan beredar. Malaysia masih kekal seadanya. Tanpa sebarang bala bencana besar menimpa. Dan kalaulah ditanyakan kepada orang ramai “Apa bezanya pada pandangan anda suasana kehidupan seharian kita zaman PM Mahathir dan zazman PM Pak Lah ?” Pada sesiapa saja kita tanya maka jawapannya sudah pasti kehidupan sebiasa mungkin. Sama saja zaman Mahathir atau Pak Lah. Itulah jawapan daripada mulut siapa saja. Cina , India mahupun Melayu jawapannya sama hanya “te lor”nya saja berbeza. Jadi apakah yang diagung-agungkan sangat Mahathir pada masa pemerintahan beliau dahulu. Sehinggakan ada manusia warga Malaysia yang terlalu mengagungkan beliau. Seperti kalau tak ada Mahathir, Malaysia ini akan hancur sehancur-hancurnya. Mahathirlah pencetus idea, Mahathir pewira bangsa, Mahathirlah pemimpin dunia ketiga dan Mahathirlah segala-segalanya. Kini pentadbiran Pak Lah berjalan sebagaimana pentadbiran Mahathir. Masyarakat aman seaman zaman Mahathir. Perpaduan berlangsung seperti perpaduan zaman Mahathir. Begitu juga ISA masih seperti ISA zaman Mahathir. Anwar masih berkeadaan seperti keadaan beliau semasa zaman Mahathir. Oleh itu ramailah yang telah membuat kesimpulan bahawa Pak Lah dan Mahathir sama saja. Tidak ada perubahan yang boleh dikatakan sesuatu perubahan di bawah pentadbiran Pak Lah. Semuanya adalah penerusan dan kesimbungan. Kalau zaman Mahathir begitulah keadaannya maka begitulah juga zaman Pak Lah. Mungkin ada juga kebenaran bahawa Pak Lah hanya boneka Mahathir. Sejauh mana kebenarannya tak dapatlah dibuktikan kecuali Pak Lah membawa pembaharuan yang semua orang nampak lagi tahu apakah ruang-ruang yang harus dilakukan terhadap pentadbiran di Malaysia negara yang kita semua cintai ini. Tidak ada rakyat Malaysia yang tak tahu apa yang harus dilakukan di Malaysia. Semua rakyat Malaysia tahu termasuklah Pak Lah. Tapi kemampuan dan kesungguhan.Menjadi kesimpulan yang besar juga bahawa pertukaran pemimpin tidaklah semestinya membawa bencana besar yang boleh dijadikan ketakutan rakyat. Sesuatu yang biasa dan boleh lagi harus dilakukan pada ketika masa yang tertentu. Jika berlaku perubahan pertukaran parti pemerintah perkara sama akan berlaku. Kehidupan akan berlangsung seperti biasa. Seperti perubahan pentadbiran Pak Lah dan Mahathir. Cina akan dengan kehiduapan kecinaannya. India dengan keindiannya. Melayu dengan kemelayuannya. Tidak ada perubahan yang drastik. Tidak ada kebinasaan mahupun kemusnahan. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan dengan perubahan parti memerintah. Terbukti perubahan tampuk pemerintahan negara daripada Mahathir kepada Pak Lah tidak membawa perubahan besar begitu jugalah perubahan parti yang mentadbir negara. Hanya apa yang sebenarnya berlaku adalah kita dipermainkan dengan dengan doktrin-doktrin yang sengaja menakut-nakutkan kita. Apa lagi bagi kepercayaan yang beriman semuanya dalam kekuasaan Allah. ___________________________ Terbitan : 30 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |