Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

NASIONALIS MELAYU DALAM KELINGLUNGAN!

Oleh: Mandalaputra

Jenayah rogol, bunuh dan pukul sudah masuk ke dalam rumah tangga Umno. Di Kedah, orang kuatnya dipukul mat-mat rempit, di Kelang anak dan pengasuh anak orang kuat cawangan dibunuh oleh orang yang dikenali dan di Johor merakam satu lagi rekod orang kuat Umno dilanda petaka jenayah. Anak perempuan berusia 10 tahun di rogol dan dibunuh! Siri jenayah yang lain pun cukup mengerikan seperti Kes Canny Ong, Norrita dan pelajar perempuan di Sabah. Semuanya sama: rogol dan bunuh!

Lihat, apabila jenayah negeri itu bersiri, semua merasa geram dan dendam. Seakan-akan gempita besar lalu mereka menyuarakan agar hukuman (undang-undang) perlu diubah supaya hukuman lebih berat dan dasyat. Matlamatnya satu, menggerunkan pelaku jenayah rogol dan balasan setimpal dengan kekejaman. Ertinya di sini, undang-undang negara sudah mandul dan usang, tak mampu membendung jenayah!

Aduhai orang Islam, khasnya pendukung dan penyokong Umno bukalah kitab Allah untuk mengatasi masalah jenayah ini. Bukankah Umno parti Islam ketiga besar di dunia dan Malaysia Negara Islam contoh dunia moden. Mengapa para nasionalis ini linglung (bingung amat) sedangkan mereka sudah istihar sebagai pejuang Islam!

Soal undang-undang Islam (Syariah), itu bukan hak Pas. Semua yang mengaku beriman kepada Allah percaya penyelesaian oleh Allah adalah terbaik dan muktamad. Apakah kerana Pas sudah mendahului mahu melaksanakan Syariah untuk membendung jenayah, maka soal keimanan manusia Islam dalam Umno perlu dipinggirkan. Orang Uno pun mahu menguatkan iman kepada Allah. Lagi pun kalau Umno melaksanakan syariah sekarang, memang dalam situasi yang cukup wajar kerana kadar jenayah yang sangat mengerikan. Umno kena buktikan kepada MCA-Gerakan bahawa desakan mengeraskan hukuman itu adalah lebih baik dengan mengambil hukum syariah.

Ustaz Nakhaie, TS Abd Hamid Othman, Datuk Zainal Abidin Kadir, Datuk Bdgr Jen (b) Abd Hamid Zainal Abidin dan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan adalah ulama-ulama yang aula menerangkan keberkesanan syariah dalam membanteras jenayah di Negara Islam Malaysia. Bawa mereka berhadapan dengan jutaan ahli MCA-Gerakan, insya Allah dengan keikhlasan ulama-ulama itu, bukan Islam yang setia kepada Umno tidak akan menentang hasrat kerajaan. Soal besarnya ialah membanteras jenayah, semua orang yang baik tentu setuju.

Penulis yakin jika Umno serius hendak melaksanakan Syariah, imej dan kredibiliti parti akan kembali pulih. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pas akan bungkus tikar kerana tidak ada modal politik lagi untuk melawan Umno. Natijahnya kuasa Umno dan Melayu akan semakin teguh dengan sokongan padu majoriti besar umat Melayu. Negara pun lebih aman, jenayah kurang. Barulah ada bukti kepada MCA-Gerakan dan DAP bahawa Islam yang mereka ragui sekarang sudah menjadi penyelamat. Ha, tunggu apa lagi sahabat-sahabat dalam Umno?





___________________________
Terbitan : 29 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)