Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cabaran kepada Dato' Deris Jusoh, 14 hari, jika tidak sah tak ada .....

16 Januari 2004, jam 8.00 malam saya menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun. Percakapannya cukup ringkas, "Penting ! Jumpa saya di kedai makan Pataya jam 9.45 malam ini."

Lebih kurang pukul 9.45 malam, balik daripada surau saya dengan menaiki motorsikal ke kedai makan Pattaya. Rupanya ada bersama dengan sdr SU, sdr Ketua Lajnah IT yang merupakan penasihat kepada Laman Tranung Kite.

Sebaik sahaja saya duduk, belum lagi saya sempat membuat pesanan minuman, sdr SU telah menghulurkan satu salinan surat. Saya mengambil lalu memerhatikan surat berkenaan dengan teliti. Saya sebenar tak berapa boleh membaca di tempat yang kurang terang kerana saya memakai cermin mata. Kebiasaan bagi saya tak memakainya jika sya ke surau atau masjid.

"Buat apa sahaja dan pastikan disiarkan dengan secepat mungkin", satu bentuk arahan oleh sdr SU kepada saya.

"Macam mana bentuk penyiarannya?" saya bertanya dengan maksud saya nak siar secara lembut atau kasar.

"Tak kisah buatlah asalkan tercapai maksudnya" tambah sdr SU kepada saya.

Katanya lagi, "Sila hubungi YB Ust Saiful, dia pun dapat surat yang sama"

Saya, sdr SU dan sdr Ketua Lajnah berbincangan sambil menjamu selera. Dalam perbincangan saya mengetahui secara menyeluruh apa sebenarnya berkaitan surat berkenaan.

Bersama ini saya sertakan salinan scanner surat berkenaan, sila klik untuk besarkannya.

klik untuk besarkannya            klik untuk besarkannya

Sebenarnya pada 30 Januari 2002 yakni hampir 2 tahun lalu, Dato' Deris Jusoh melalui penguamnya Adnan & Wee telah menyaman Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun atas sebab Tranung Kite, laman kendalian DPPKD telah menyiarkan satu artikal bertajuk "Dato Deris Jusoh larikan Wang Ehsan 30 juta diburu BPR".

Artikal ini telah kami siarkan pada 14 Oktober 2001, apabila Dato Deris Jusoh telah mengelapkan wang sebanyak 30 juta dan wujud krisis di antara beliau dengan Dato Yusof Noor. Semua orang tahu Dato Deris Jusoh melarikan diri ke luar negara dengan alasan kononnya hendak menyambung pelajaran.

Rakyat Terengganu juga tahu bagaimana Dato' Yusof Noor terpaksa mengalah dengan memberi laluan kepada beliau atas desakan kepimpinan atasan UMNO.

Pihak kami dengan beraninya menyiarkan tentang penyelewengan wang 30 juta itu kerana kami ada bukti yang cukup. Kami bukan seperti laman-laman pro Khir Toyo yang berselindung disebalik tabir. Laman kami mempunyai pejabat, alamat dan no telefon yang jelas. Ini bermakna kami bertanggung jawab dengan apa yang kami siarkan.

Diakhir surat saman berkenaan, ada memberikan ugutan kepada kami dalam tempoh 14 hari. Sila baca petikannya.

Pihak Tranung Kite telah menunggu saman berkenaan, supaya mudah kami mengemukan bukti di mahkamah, sampai hari ini belum ada apa-apa tindakan daripada manusia yang bernama Dato' Deris Jusoh.

Beberapa hari lagi 30 Januari 2004, ini bermakna genaplah 2 tahun penungguan kami daripada manusia yang pandai bercakap di media massa sahaja.

Sebenarnya bukan DPPKD sahaja yang menerima surat saman, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, kebetulan pada masa itu adalah Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun juga menerima surat saman yang sama.

Saya sempat berjumpa YB Ust Saiful di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai dalam satu pertemuan taklimat pilihan raya. Saya bertanyakan perihal surat saman ini. YB Ustaz Saiful menjawab dengan sinis "Layan Deris Jusoh cakap tak betul tu!."

Petikan surat saman di atas telah membuktikan kepada kami semua, Rakyat Terengganu bahawa Dato' Deris Jusoh adalah seorang yang tamak kuasa, tidak bermoral dan tidak ada maruah diri.

Jangan nak bermain provokasi, dalam soal saman menyaman. kononnya dengan menghantar surat saman akan menutup penyelewengan yang dibuat.

Memperbodohkan ahli UMNO bolehlah tapi jangan ingat semua rakyat Terengganu semuanya bodoh belaka. Apa yang dibuat oleh peguam Dato Deris Jusoh selama dua tahun ini, makan gaji buta ke? Saya ingin bertanya kepada Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga terlibat dengan kepartian UMNO, berapa sen yang anda dapat dengan menjadi barua kepada Dato Deris Jusoh?

Tranung Kite mencabar Dato Deris Jusoh supaya menyelesaikan samannya terhadap Tranung Kite barulah boleh bercakap untuk nak saman MB Terengganu, YAB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Jangan bercakap bergegar-gegar, tapi ekor berluman tahi.

Biarlah ada maruah diri. Inikah yang dikatakan nak ganti MB Terengganu. Saya cukup malu. Malu sekiranya ada orang berkata MB Terengganu UMNO 'tak ada batu'.

Laman ini dikunjungi oleh hampir 20% ahli UMNO, jika ada mana-mana yang terbaca sila maklumkan kepada kepimpinan anda, tunjukkan maruah diri dan pihak kami menunggu saman daripada Dato Deris Jusoh selama 14 hari daripada artikal ini diterbitkan. Jika tidak sahlah pemipin kamu tak ada......

Maaf sekiranya bahasa saya cukup kasar, tapi rasa sesuai dengan manusia yang 'merompak' wang rakyat.

Cucu Bavoo
mailto:monelbavoo@hotmail.com
Webmaster V4,
Tranung Kite




___________________________
Terbitan : 19 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)