Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gelombang Biru Makin Bergerlora Siapa Yang tersungkur

oleh : muhaiminiskandar_03@yahoo.com

Assalamualaikum ... pembaca yang budiman

Ekoran daripada pendedahan yang berterusan keatas kepincangan Umno Terengganu , Saya telah banyak menerima e mail mencabar saya untuk tampil kedepan sebagai anak jantan & jangan berselindung disebalik tabir.saya nak tegaskan disini.. saya akan tampil apabila tiba masa dan saat yang sesuai bagi membongkar segala penyelewangan.

mereka yang telah panas punggung akibat daripada pendedahan mesyuarat umno bahagian besut telah menubuh satu jawatankuasa khusus bagi menyiasat siapa yang menjadi dalang sehingga terbongkarnya maklumat berkenaan.maklumat yang begitu penting untuk menjadi kayu pengukur pengaruh deris jusoh telah memakan diri sendiri.sehinggakan pak lah sendiri terpaksa campur tangan keatas isu berkenaan...

ketika sambutan perasmian Seketariat Rakan Muda Tanah Rancangan yang diadakan di Felda kerteh 4 baru - baru telah menimbulkan dan memunculkan kepada rakyat terengganu betapa rakus dan sombongnya deris jusoh memainkan peranan sehingga tercicir nama yusof nor daripada salah seorang pemberi ucapan pada majlis berkenaan walaupun diketahui yusof nor adalah tuan rumah kerana jawatan beliau sebagai pengerusi Felda.majlis berkenaan adalah dibawah tajaan kementerian belia dan sukan bersama Puncak Niaga Sdn.Bhd dimana pengerusinya adalah Rozali Ismail.sudah diketahui umum hubungan yang tidak mesra antara Felda dan Puncak Niaga ekoran daripada kegagalan Puncak Niaga memenangi tender untuk projek pembangunan felda jaya.begitu juga dengan shimamudin yang sebelum ini begitu lantang mengkritik felda kerana tidak menjaga kebajikan generasi kedua felda.rozali ismail telah menubuhkan Wawasan Generasi Felda yang didalam nya adalah gabungan persatuan @ NGO yg ada difelda.disitu ada Dr Shamsul Anuar , Exco Pemuda Umno dan Abdullah Abu Bakar.gabungan inilah sebenarnya telah menjadi duri dalam daging kepada felda.deris jusoh yang telah dapat menghidu kepincangan ini telah menikam secara perempuan yusof nor dari belakang untuk memalukan beliau.

begitu juga hubungan tidak mesra yusof nor dengan fadhill yunus CEO kumpulan felda telah menyebabkan wisma felda dikuala lumpur menjadi wisma darul iman ke 2.agenda politik telah diserapkan secara berterusan untuk memenangi hati peneroka felda dengan berbagai imbuhan dan ganjaran.dalam satu mesyuarat dikuala lumpur yang tidak dihadiri oleh yusof nor , fadhill yunus telah membuat kenyataan mengatakan felda telah dipolitikkan , saya tidak akan pernah untuk mengikut telunjuk mereka yang menganiaya peneroka felda.

kedua - dua mereka sama terbilang dan sama terbuang.ismail said telah menunjukkan kejantanannya apabila tidak lagi menjemput deris jusoh dalam programnya sebagai protes diatas kebiadapan beliau ingin memalu dan menyingkirkan yusof nor.mereka ada strategi bagi memastikan yusof nor adalah menteri besar terengganu jikalau mimpi laila mereka menjadi kenyataan.dengan menghantar Haji Abdul rahman Yassin , tokoh terbuang disetiu bertanding di Dun Batu Rakit dan ismail said menarik diri diharapkan akan mendapat tempat yang selamat dari gangguan deris jusoh.dan Haji Rahman juga akan menarik diri disaat akhir sebagai isyarat bahawa orang paling layak untuk bertanding disitu adalah yusof nor dan memandangkan haji rahman adalah anak jati disitu dan mempunyai pengaruh bagi mereka tiada masalah untuk menang disitu.itulah mimpi disiang hari mereka bertiga.

sebab itu haji rahman telah dihantar awal-awal lagi oleh yusof nor ke pejabat perhubungan memandangkan hubungan adik beradik siam dengan deris jusoh.sewaktu penderhakaan deris jusoh dahulu haji rahman jadi mangsa dan sekarang ini mungkin deris jusoh pula jadi mangsa ... kini yusof nor tersepit antara deris jusoh dan puncak niaga.gabungan mereka inilah akan memainkan peranan bagi memastikan politik yusof nor terkubur sedalam-dalamnya.





___________________________
Terbitan : 14 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)