Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Biar betul, Biar betul-betul!!!

Kini Pemimpin umno telah mempergunakan imej Islam untuk menipu rakyat menjelang pilihanraya bagi melengkapkan apa yang diperkatakan mereka yang kononnya PAS mempergunakan imej Islam bagi kepentingan politik sebelum ini. Strategi umno adalah apa saja... selagi umno boleh berkuasa dan terus berkuasa termasuk menipu pengundi. Pengundi-pengundi yang suka ditipu pasti akan undi umno... termasuk badut-badut PAS yang masuk umno dari Terengganu atau dari mana-mana negeri. Yang peliknya, bila mereka keluar saja PAS... umno kalah disitu dan juga PAS dapat Terengganu dan juga mana-mana negeri yang badut PAS meluru-luru masuk umno... kerana mudah ditipu dan digula-gula dek umno dengan...

Untuk entah keberapa kali juga Perlembagaan Malaysia di pinda. Terbaru kita dengar Umno meminda perlembagaan Negara yang membolehkan undang-undangnya membunuh para perogol dan pembunuh. Semua pembesar Umno dan 'pahlawan' mereka sebenarnya telah letih dan longlai untuk mencari punca dan sebab-sebab makin bertambahnya gejala moral dan so sial di Malaysia ini. Padahal sebab-sebab tersebut boleh dijawab dan dibahaskan dengan mudah oleh para pelajar SAR dan Maahad peringkat rendah saja!.

Umno telah membunuh para pengedar dadah, tetapi penagih dadah masih bertambah dari masa ke semasa dan merupakan 'bom jangka' yang amat merbahaya. Umno sebenarnya melahirkan 'pejuang berani mati' dengan cara tersendiri.... Yang tak berani dipinda oleh Umno ialah fasa-fasa yang menghalang kepada pelaksanaan Hukum Islam. Ini Umno tak berani pinda sejak merdeka lagi. Mereka kekal akur dengan fasa-fasa tinggalan 'mahaguru' mereka yang menjajah Melaya dulu.

Benarlah kata orang, Negara Islam hanya akan terbentuk sekiranya Pemimpinya jatuh kepada orang beriman atau Iman jatuh ke dalam hati para pemimpinnya. Sekarang ini tidaksatupun dari kedua-dua syarat tersebut jatuh ke Melaysia!

Bagi pihak umno mereka menyuruh untuk bandingkan kata-kata daripada dua Pemimpin Parti PAS seperti berikut:

Kata TG Hj Abd. Hadi Awang Dalam Amanat Perdana Pilihanraya pada januari 2003:

“Justeru kerana negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan Syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Federal”

Dan kata-kata ini pula:

“Pendek kata, Umno perlu buktikan yang dia mahu melaksanakan Islam. Dia bukan proksi Yahudi. Dia perlu pinda Perlembagaan dan meletakkan Al-Quran dan Hadis di atas.” (Datuk Nik Aziz Nik Mat dipetik dari Harakahdaily.net, 5 Januari 2003)

Sebenarnya kenyataan dari kedua-dua pemimpin PAS itu jika dibaca betul-betul tak bercanggah pun!!! ianya merujuk pada situasi yang sama.

TG HJ Abd. Hadi melihat ianya pada tahap keupayaan PAS dalam cuba menegakkan negara islam yang berlandaskan pada hukum syarak. Dalam setiap kali pilihanraya, PAS telah menjelaskan akan matlamat negara islam mereka dan pada setiap kali itulah sokongan rakyat makin jelas kelihatan. Di situlah TG Hj Abd. Hadi kini mengeluarkan satu perencanaan bagaimana ianya boleh direalisasikan untuk jangka waktu ini... melaksanakannya diperingkat negeri dahulu agar mudah diperkenalkan dan dinilai rakyat dan bagi peringkat persekatuan ianya didasarkan pada tahap sekarang. Dengan berbuat sebegini bukanlah PAS menggugurkan terus matlamatnya tetapi sebagai langkah bijak ke arah langkah seterusnya.

TG Nik Aziz pula memperkatakan mengenai umno yang mempunyai kuasa(berbeza TG Hj Abd. Hadi memperkatakan mengenai PAS yang mencari kuasa). Sebagai pihak yang berkuasa(umno) mereka wajib melaksanakan suruhan agama itu kerana itu perbandingan kepada Yahudi yang jelas menolak islam dibuat.

Moral pada tajuk nie...geng-geng umno yang tak faham-faham atau cuba belit-belit, dikatanya pemimpin PAS berbeza pandangan dan pegangan. Depa ni bab paste sekerat sekerat... memang dah jadi tradisi... macam kat TV jugak... depa belajaq dari TV... dari zam agaknya... kalau depa bagi sumber penuh...bole la kita sama sama tengok...sama sama ulas...sama sama kritik...apa nak takut... tapi nak buat cam na....dah tebiat depa cam tuh...begitulah mereka dalam usaha mereka membodoh-bodohkan pembaca.

Mungkin strategi yang diguna itu sesuai di rtm atau di laman web mereka tetapi apabila dibawa untuk dinilai diforum-forum ...ianya hanya memalukan diri mereka sendiri sahaja. Jangan kita lupa bagaimana mereka tergamak pi fitnah hudud, mencipta songsangan kefahaman rakyat dari kenyataan TG Nik Aziz berkenaan tuhan samseng, mecarut,isu barua dan lain-lain. Semuanya kerana strategi mengambil separuh-separuh ucapan pemimpinpemimpin PAS ini, tapi kita tahu ianya takkan lama dapat bertahan. Lihatlah sekarang isu yang berdiri atas faktor fitnah yang dibelit-belit itu akan lenyap jua. Mungkin pembaca yang lain boleh nilaikan komen-komen mereka untuk sekadar hiburan sah.

Sebagai melengkapkan siri ini, kita imbas kembali kata-kata dan tindakan umno mengenai pandangan, pegangan dan perbuatan mereka terhadap apa yang diperkatakan mereka.

Dipetik dari Berita Harian 18-Jan-2004:
'Selamat Tinggal Pas' beri kekuatan baru

BACHOK: Majlis 'Selamat Tinggal Pas' yang pertama kali diadakan di negeri ini untuk ahli Pas yang keluar parti itu dan menyertai Umno, mampu menjadi pencetus dan semangat baru kepada perjuangan Umno untuk menumbangkan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penaja Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata beliau yakin ia dapat dijadikan kenyataan berikutan program anjuran Umno bahagian itu malam kelmarin, di Sekolah Menengah (SM) Datuk Perdana, Kampung Tanggok, dekat sini, mendapat sambutan dengan 2,900 ahli Pas keluar beramai-ramai menyertai Umno bahagian ini.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20040118223057/Article/

Dipetik dari Berita Harian 28-Okt-2003:
Larangan program politik di pekarangan sekolah

KERAJAAN tidak pernah membenarkan mana-mana program politik diadakan di kawasan sekolah bagi mengelak pelajar terdedah atau terbabit dalam kegiatan parti politik.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir berkata pelajar dilarang terbabit dalam mana-mana kegiatan parti politik kerana ia bertentangan dengan peraturan sekolah. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20031028001153/Article/

KOMEN:

Pemimpin umno buat program politik di sekolah sedangkan pemimpin umno juga yang melarang buat program politik di sekolah! Adakah pemimpin umno cakap tak serupa bikin, atau pemimpin umno ni jenis yang mudah lupa (baru 3 bulan keluar dalam akhbar)??? atau laporan ini salah atau kita ambil sekerat-sekarat sahaja???





___________________________
Terbitan : 31 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)