SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Cerita disebalik lantikan Najib: Sumber Kerajaanby Pak Lah Menurut sumber yang hadir malam tersebut Abdullah hadir ketika Mahathir , Najib dan hampir semua jemputan telah duduk. sebaik sahaja Abdullah sampai Mahathir telah membawa beliau dan Najib naik ke bilik bacaan. Selepas 20 minit Mahathir, Abdullah dan Najib turun semula untuk mengambil tempat Najib kelihatan begitu ceria manakala kesugulan Abdullah jelas diwajahnya. Abdullah yang berucap dahulu malam itu seperti biasa meminta semua bekerja bersamanya. Ucapan Mahathir selepas itu dimulakan dengan ucapan tahniah kepada Najib kerana dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua terkejut tetapi beberapa menteri dan pegawai kerajaan yang sememangnya kem Najib / Mahathir bangun untuk memberikan tepukan tahniah. Selepas majlis tersebut Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan embargo iaitu melarang berita perlantikan Najib itu disiarkan sehingga pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri sendiri. Esoknya 7 Januari 2004 Abdullah terpaksa memanggil mesyuarat khas kabinet dengan kemudian mengumumkan Najib sebagai timbalan perdana menteri. Selepas itu Abdullah telah dipaksa oleh Najib dan beberapa menteri untuk mengadakan mensyuarat kabinet khas sekali lagi tengahari itu tetapi kali ini Najib diberi peranan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dalam mesyuarat tengahri itu Najib telah membacakan perutusan Mahathir yang mahukan rombakan kabinet dibuat. Perustusan itu menamakan terus lantikan dalam rombakan tersebut. Abdullah terpaksa meminta pandangan semua dan secara undian majoriti menteri kabinet setuju dengan rombakan yang dibuat oleh Mahatahir itu. Akhirnya setelah pagi abdullah dipaksa menamakan Najib sebagai timbalan dan petangnya dia terpaksa mengumumkan rombakan kabinet.___________________________ Terbitan : 14 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |