Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tantawi sokong Perancis larang tudung; Abdullah Badawi bagaimana?

Oleh NA ZAKARIA
Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM

Harakah Daily ( Internet )

PADA 30 Disember 2003 yang lalu, Sheikh Al-Azhar, Mohammed Sayed Tantawi, mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Perancis mengharamkan tudung kepada pelajar Islam di sekolah kerajaan negara itu yang pastinya mengundang kekeliruan di kalangan cendekiawan, ulamak, serta masyarakat di negara kita berkenaan krebiliti serta pendirian sebenar beliau selaku ulamak yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Sebelum ini, kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah mengambil pendirian beliau yang mengatakan Malaysia merupakan negara Islam dan hal ini sering diungkit oleh pimpinan kerajaan Malaysia sebagai bukti Malaysia sememangnya sebuah negara Islam kerana mendapat pengiktirafan Sheikh Al-Azhar itu.

Berkenaan isu pemakaian tudung ini, seorang ulamak yang dihormati dunia, Dr. Yusof Al-Qaradhawi, berpendapat bahawa tindakan kerajaan Perancis mengharamkan pemakaian tudung adalah salah satu unsur penindasan serta diskriminasi terhadap masyarakat Islam secara keseluruhannya. Ia bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights) yang memberi kebebasan kepada setiap individu untuk mengamalkan tuntutan agama masing-masing termasuk dalam isu pemakaian tudung kerana ia tuntutan ajaran Islam terhadap para wanita Muslim. Jika dibandingkan antara kedua-dua pandangan tersebut, nyata wujudnya perbezaan pendapat serta pendirian ketara antara kedua-dua tokoh ulama terbabit.

ULASAN

Begitulah halnya dengan pemimpin Malaysia yang suka pakai ‘ isytihar ‘ saja. Oleh sebab tiada bukti kukuh tentang dakwaan negara ini sebagai sebuah negara Islam, terpaksa mereka cuba ‘ mengimport ‘ ulamak dari luar yang tidak ada wibawa bagi mengesahkan pengisytiharan itu. Sudah-sudahnya ulamak yang dijadikan sebagai ‘ tongkat ‘ menguatkan pengisytiharan , rupa-rupanya seorang yang bertentangan pendapat dengan ulamak sudah diiktiraf seluruh dunia Islam !.

Di tanah air kita ini tidak kurang wujud ulamak yang ‘ sewaktu ‘ dengan Tantawi itu. Mereka dijadikan oleh pemimpin negara untuk mengeluarkan berbagai ‘ fatwa ‘ bagi mengesahkan tindakan pemerintah . Contoh, bila bekas PM membentangkan baget negara di parlimen lewat waktu Asar , ada ulamak pemerintah buat fatwa bahawa bekas PM itu sudah buat jamak takdim, diqias kepada harus jamak takdim solat Maghrib dan Isyak kerana hujan. ( Begitu pulak fatwanya ! ). Kalau di kampung-kampung lagi ramai ‘ ustaz ‘ buat fatwa sendiri . Berjuang dalam PAS sebagai kerja sia-sia. Tak dapat pahala . Baik berjuang dalam UMNO, dah tentu dapat hasil ! ( Entahlah, apa nak jadi dengan mereka ni…… )

Insya Allah , para ‘ ustaz ‘ yang bagi fatwa-fatwa macam Tantawi itu juga akan ditolak oleh masyarakat tempatan apabila tiba masanya nanti .

........................................
Siri: 03/ 2004 -Diterbitkan: Lajnah Penerangan dan Teknologi Maklumat, PAS kawasan Sungai Besar





___________________________
Terbitan : 11 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)