Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Penganjur bot laju dunia - Malaysia catat rekod hatrik

UTUSAN MALAYSIA ( 28 Januari 2004 )

Penganjur bot laju dunia - Malaysia catat rekod hatrik

MALAYSIA mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama dipilih sebagai penganjur terbaik kejohanan bot laju Formula Satu (F1) dunia bagi tahun ketiga berturut-turut. Malaysia dipilih sebagai penganjur terbaik untuk tahun 2001, 2002 dan tahun lalu. Ia merupakan satu kejayaan membanggakan kerana belum ada negara lain yang pernah memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali berturut-turut.

ULASAN

Berita di atas mengesahkan betapa sikap bermegah-megah ‘ sudah berjaya ‘ ditanamkan oleh pemimpin negara ini kepada semua lapisan rakyat. Tindakan dilakukan semuanya mengarah kepada bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk tentang kemampuan yang boleh dicapai. Pada hal sikap bermegah-megah itu merupakan salah satu sifat dicela oleh agama Islam. Kerana darinya akan lahir sikap sombong dan takbur serta merendahkan kemampuan orang lain, sekali gus boleh membawa lupa kepada kekuasaan Allah s.w .Selain itu akan lupa diri tentang ‘ kekurangan ‘ yang sedia ada. Janganlah kerana terlalu ‘ gembira ‘ menyebut yang positif, terlupa hendak ‘ menyebut ‘ hal negatif yang ada dalam negara Malaysia ini !.

AGENDA DAILY ( Internet) ( 29 Januari 2004 )

MB jumpa penduduk isu bantahan tol...

Bantahan penduduk sekitar Taman Medan, Jalan Klang Lama terhadap pembinaan tol di lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran kawasan mereka mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, apabila beliau mengadakan lawatan mengejut ke tapat pembinaan tol itu, pagi semalam.Beliau kemudian diberikan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Tol berkenaan akan dkenakan sebaik sahaja jalan penghubung Jalan Klang Lama ke Subang Jaya siap. Penduduk di kawasan sekitar mendakwa pembinaan dan bayaran tol itu akan membebankan mereka dan mencadangkan diadakan jalan alternatif kepada penduduk berhampiran.

ULASAN

Nampaknya isu tentang tol di negara ini tidak akan tamat…. Sekali gus ia mengesahkan dakwaan pihak tertentu bahawa Malaysia sebuah negara yang ‘ TER- banyak ‘ tol selain mempunyai bangunan TER- tinggi di dunia !. Kerana itu pemimpin negara nampaknya tidak boleh ‘ berbangga ‘ dengan kemudahan jalan raya yang kononnya TER-baik, sekiranya ia menimbulkan kesusahan dan rungutan rakyat semata. Rakyat mahu kemudahan jalan raya disediakan kerajaan, tetapi jalan raya yang tidak membebankan mereka . Sekarang dikatakan sudah ada rakyat yang terpaksa membayar kira-kira RM 1,000 untuk bayaran tol selama setahun ! Nampak gaya ‘ bunos ‘ diberikan kerajaan kepada pekerja, cuma masuk mengalir ke dalam poket ‘ taukeh ‘ tol sajalah…..

Siri: 21 / 2004 -Diterbitkan: Lajnah Penerangan dan Teknologi Maklumat, PAS kawasan Sungai Besar





___________________________
Terbitan : 31 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)