Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dr Khir buat kenyataan matikan spekulasi ditukar ke Pusat

BERITA-BERITA AGENDA DAILY ( Internet )

Dr Khir buat kenyataan matikan spekulasi ditukar ke Pusat

KUALA LUMPUR,Isnin 19 Jan - Khabar angin mengatakan Selangor akan dapat Menteri Besar baru sudah lama bertiup kencang.Beberapa nama disebut-sebut akan mengantikan tempat Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Antaranya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Shafie Salleh yang juga ahli parlimen Kuala Langat dan Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Noh Omar.

ULASAN

Sebenarnya desas-desus tersebut ‘ dimulakan ’ oleh orang-orang UMNO sendiri. Mereka merasakan Khir Toyo perlu berundur dari jadi MB Selangor memandangkan terlampau banyak kes rasuah yang dimajukan kepada BPR. Mereka tahu, sekiranya Khir Toyo masih kekal maka akan jadi ‘ gelap ‘ UMNO untuk memenangi DUN Sungai Panjang semula, sekali gus akan menggugat kestabilan politik UMNO di Selangor.

Sebab itu, mereka pun mencari-cari siapa pemimpin UMNO yang agak ‘ bersih ‘ dan layak menggantikan Khir Toyo. Mereka nampak Dr Shafie agak bersih , kerana dia pernah menjawat Pengarah JAIS. Sementara Noh Omar pula kes rasuahnya ‘ kurang sikit ‘ dan sekarang berada di Jabatan Perdana Menteri yang banyak memegang hal berkaitan agama seperti Tabung Haji. Kesimpulan: Apabila kepimpinan seseorang itu sudah dipertikaikan orang lain, maknanya pemimpin itu sudah ‘ tercalar ‘ wibawanya dan patut diganti dengan orang lain. Jangan jadi bahan ‘ kitar semula ‘ untuk diletakkan ke tempat lain……...

_____________________________________

Anak syarikat kena beri sebab kenapa jentera sita hilang

OLEH AHMAD ROZIZAN

SHAH ALAM, Sabtu 17 Jan - Kerajaan Selangor akan mendapatkan penjelasan daripada Perbadanan Nasional Sdn Bhd (PNSB) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengenai kehilangan jengkaut yang dirampas dalam Ops Mesin, Khamis lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu, kehilangan jengkaut tersebut mungkin dilakukan kumpulan pakar kerana komponen tertentu bagi menghidupkan suis kenderaan itu sudah dikeluarkan.

ULASAN

Nampaknya isu pencuri pasir di Selangor sudah ‘ bertukar ‘ kepada isu kehilangan jengkaut pula sekarang !. Inilah bokti kelemahan tindakan pemimpin UMNO ke atas masalah yang timbul . Mereka buat tindakan kepada satu isu, tetapi timbul pula masalah lain yang tidakpun ‘ diundang ‘. Orang tua-tua pernah mengatakan apabila keruh air di hulu sungai, maka akan keruh juga air di kualanya. Maknanya kalau cara bertindak dari awal sudah salah, maka akan salah pula hingga ke akhirnya.

Sepatutnya, apabila timbul masalah yang menjejaskan kepentingan rakyat ( tak kira siapa yang memberitahu- walaupun oleh BA / PAS ), tindakan segera dan telus perlu diambil. Para doktor juga mengakui ‘ mencegah ‘ lebih baik dari ‘ mengubat ‘ . Yang jelas sekarang, pemimpin UMNO berjaya ‘ menukar ‘ isu curi pasir kepada isu curi jentolak. Tapi bagi orang yang ‘ cerdik ‘ mereka tahu segala tipu muslihat itu. Cuma bagi ‘ para pengampu ‘ saja yang masih ‘ tersengeh-sengeh ‘ dan bersetuju……

Siri: 15 / 2004 -Diterbitkan: Lajnah Penerangan dan Teknologi Maklumat, PAS kawasan Sungai Besar



___________________________
Terbitan : 24 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)