SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dilema RinggitSedikit masa dulu saya ada mengutarakan pendapat saya tentang kemerosotan mata wang ringgit ini berbandingkan dengan mata wang lain lain.Rata rata laporan ekonomi dan kewangan masakini menunjuk kan mata wang dollar Amerika sedang susut nilai hingga kan ke paras terendah 30 peratus kurang daripada nilai mata wang Euro dan 17 peratus mata wang Yen.Bagaimana pula dengan mata wang Ringgit? Dolar Amerika sudah lama di akui sebagai matawang dagangan dunia.Dimana mana kita pergi kalau selalu melancung orang meminta dolar Amerika dulu sebelum di tanya mata wang lain.Kalaulah dolar Amerika yang begitu gagah dan terlaris di dunia di perlukan olih pedagang pedagang antarabangsa bolih mengalami kesusutan nilai begitu ketara takkanlah ringgit tidak mengalami apa apa kesusutan nilai.Mata wang ringgit yang diikat pada dolar Amerika di tahap mati RM3.80 sudah tentu mengalami keadaan yang lebih buruk lagi berbanding dengan mata wang asing yang lain seperti Yen, Sterling,Euro dan lain lain lagi. Bahang kemerosotan nilai ringgit ini bolih di rasai dengan hangat sekali kalau kita perhatikan harga barangan yang di import dari Jepun dan Eropah.Tahap harga sekarang di pasaran kalau dibandingkan dengan tahap harga setahun dahulu sangat berbeza, mahal sangat.Tak payah saya memberi contoh sebab orang ramai dengan mudahnya bolih buat semakan sendiri di pasaran. Pukulrata dalam setahun harga barangan melambung sampai 30 peratus sedangkan gaji pekerja meningkat tak sampai pun 10 peratus.Hasilnya semakin lama bekerja semakin kecil penghasilannya.Sungguh pelik teori ekonomi di zaman moden ini. Pada hemat saya sangat mudah kerajaan Malaysia hari ini hendak mengurangkan beban rakyat jelata.LEPAS KAN SAJA MATA WANG RINGGIT INI DARI PADA DI TENTUKAN OLIH DOLAR AMERIKA DI TAHAP KADAR SEKARANG RM3.80. DALAM KEADAAN SEMASA NILAI DOLLAR ITU SANGAT LEMAH MUNGKIN RINGGIT BOLIH DI APUNGKAN DI TAHAP YANG BARU IAITU RM 3.0 , ATAU RM 3.20. (RM2.80????). Sebenarnya tidak ada masaalah mengira turun naik mata wang asing ini didalam perhitungan impot expot.Hanya peniaga dan pedagang Malaysia sahaja yang mengatakan susah nak di kira untuk "forecasting".sedangkan di Indonersia, Thailand, hatta Vietnam pun mata wang mereka tidak pernah di ikat mati pada dolar Amerika dan naik turun pertukaran mata wang mereka ini tidak pernah memberi masaalah kepada mereka hingga ke hari ini.Hanya korporat Malaysia sahaja yang berfikiran agak lembab hingga tidak bolih mengira pertukaran matawang asing.Dan sekarang kita lihatmatawangThaiBhat meningkatnilailebih baikdaripadaringgit daripadaBt.48/USD1ketahapBT.39.01/USD1,Rupiah pun begitu juga daripada Rp 15000/USD1 ketahap sekarang Rp8350/USD1 Dengan berbuat demikian beberapa perkara strategik bolih di uruskan seperti harga kereta proton sudah tentu akan menjadi murah sebab enjin proton dan beberapa komponen pokok didalam kereta Proton itu masih di impot darei Jepun.Tak usah nak bergantung sangat dengan perjanjian AFTA itu kalau kita tak upaya patuhi.Banyak bahan mentah yang di impot seperti gula,minyak ,bahan kimia,bahan binaan dan lain lain barangan yang menjadi keperluan di Malaysia bolih dikawal harganya jikalau nilai mata wang ringgit itu di perbetulkan. Kerajaan kenalah mengambil langjkah yang berani dan segera sebelum Malaysia terjerumus kedalam keadaan INFLASI yang parah.Ambillah contoh mata wang Singapura.Rata rata rakyat Singapura dapat menikmati kos sara hidup yang murah dengan menyeberangi tambak Johor dan membeli belah keperluan di Malaysia. Langkah mengenakan cukai setiap kali kerajaan hendak mengawal dan memantau ekonomi negara bukanlah cara yang bijak. Kerajaan yang bijak dan berhemah ialah kerajaan yang berani bertindak untuk rakyatnya dan tidak bergantung sangat kepada system percukain. Penhijrah___________________________ Terbitan : 17 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |