Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Benarkan ikat jamin pada Anwar Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saudara pengarang

Seperti yang kita maklum bahawa kes rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih lagi tertangguh dan yang terbaru kita dengar dari Harakahdaily melaporkan kenyataan peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, yang mengadakan lawatan ke Penjara Sungai Buloh, bahawa kesakitan tulang belakang yang dialami oleh Anwar amat ketara apabila beliau terpaksa dipapah untuk bergerak.

Kita sebagai rakyat Malaysia sangat simpati tentang nasib salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang malang ini. Memang ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu diambil perhatian bukan saja terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu tapi semua rakyat Malaysia yang lain yang perlu pembelaan.

Kita minta PM baru kita jangan biarkan kes-kes macam ini tertangguh sekian lama nanti orang ramai akan terus hilang kepercayaan terhadap kehakiman di negara ini. Kita sebagai rakyat Malaysia ingin melihat keadilan di Malaysia cerah semula setelah sekian lama tercemar oleh kes-kes yang melibatkan hal-hal politik.

Sanggupkah Pak Lah sebagai seorang pemimpin (PM) yang mempunyai pengetahuan agama berhadapan Allah di padang mashar nanti untuk menjawab semua soalan-soalan di atas apa yang dilakukannya terhadap rakyatnya nanti. Bukan saja Pak Lah bahkan hakim-hakim dan semua rakyat malaysia yang menyokong dan termasuk kita semua yang pasti akan disoal tentang apa yang pernah kita lakukan diatas muka bumi ini nanti.

Jadi adalah menjadi satu kewajiban kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencegah kezaliman ini berterusan berlaku terhadap sesiapa saja yang tertindas dan dizalimi. Kita minta kes Anwar patut disegerakan dan berilah peluang pada beliau untuk diperiksa oleh doktor peribadi atau mendapat rawatan lanjut di hospital, menjalani pembedahan di luar negara dan seterusnya diberi ikat jamin. Berilah peluang terakhir terhadap beliau untuk diadili dengan sewajarnya memandangkan kesihatan beliau semakin tenat. "Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tidak berguna lagi. Jangan Kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tidak kelihatan."

Semoga perkara tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan. Tindakan segera dan perhatian sewajarnya sangat dihargai oleh semua rakyat Malaysia yang perihatin. Sekian harap maklum.

Dari Rakyat Perihatin.





___________________________
Terbitan : 5 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)