SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KE MANA UMNO HENDAK MENGHERET PAS?ASSALAMUALAIKUM WBT; Rasa terbacul kalaulah PAS menerima pinangan UMNO kali ini. Bukan sekali dua telah di kelentong dan di tipu oleh UMNO, tetapi serjarah berulang kembali yang akibatnya berlakulah perpecahan di dalam PAS itu sendiri. Lihatlah zaman Dato' Asri di mana lahirnya Parti Berjasa. UMNO sendiri telah mengundang musibah dengan Semangat 46 dan Parti KeAdilan yang sudah tentunya mempunyai kisah se pahit pahitnya. Tidak pernah mungkin sesiapapun akan dapat melupai lukanya. Apa akan terjadi kepada Pakatan dalam BA kalau PAS menerima pujukan UMNO ini? Alternatifnya orang yang tidak bersetuju dengan jerat UMNO ini akan lari masuk KeAdilan atau kekal dalam PAS yang berjenama lain. Muzakarah memang tidak salah tetapi atas perkara apa? Penyatuan Melayu? Pembohong! UMNO itu sendiri yang membikinkan filem filem dalam perpecahan Melayu. Tidak serikkah kita dengan lidah biawak PAS? Sebaliknya PAS hendaklah berada di dalam landasan yang betul dengan bertambahnya sokongan padu daripada intlektual. Keyakinan untuk membangun dan membina bersama PAS hendaklah menjadi teras perjuangan bagi menggantikan UMNO yang telah papa setelah menjahanamkan bangsa Melayu. Bukan sahaja kepad ketelusan dalam hala tuju, tetapi hendaklah melahirkan jenerasi yang berani menegakkan kebenaran Allah SWT dan sebagai alternatif untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu yang kian pupus! Tidakkah pening kepala kita bila mana melihat se orang teman berkumunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan anaknya yang baru berumur 1 tahun 2 minggu? Tentunya pening suami isteri adalah pemuda dan wanita PAS tetapi terbawa bawa dengan ke egoan UMNO, sampai dengan anak yang baru merah menyala pun telah di asuh dengan Bahasa Inggeris! Di mana namanya bangsa Melayu. Sebaliknya kita telah jadi orang putih buntut hitam! Inilah kerja UMNO yang telah melaknatkan bangsa Melayunya sendiri! Agamanya sendiri! Biarpun Tg Hj Hadi Awang sanggup berkompromi dengan UMNO, bagi saya di dalam dasar perjuangan saya tetap teguh di atas landasan sebenar walaupun pun bertukar jenama! Untuk mengadai maruah kepada UMNO namun tidak sama sekali kerana kita tahu UMNO hanya untuk melantak perutnya sendiri. Umpama anjing tersepit di pagar UMNO mengharapkan pertolongan dari lain untuk dia terus berkuasa. Ini bukan suatu kekecewaan tetapi kalau PAS menerima lamaran ini PAS telah menjual segalanya yang ada untuk sebuah masa depan yang tidak menentu. Bukan kita takut dengan perubahan, PAS itu sendiri boleh membuiatkan perubahan. Malah kita tidak tahu apakah tindakan selanjutnya di sebalik sandiwara UMNO ini kalau PAS menolak? Mungkin semuanya di tangkap dan di ISA kan lagi atau di mansohkan saja seperti mana ura uranya untuk membasmikan pemakaian yang ada kaitan dengan perkataan Islam. Apakah kita selama ini tidak pernah sedar? Apapun saya tetap dengan hak Allah dan tidak akan tunduk walau se un pun demi UMNO pelax! wassalam r.rahman.pg___________________________ Terbitan : 23 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |