Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

LAGI ISU AFTA MENGENAI AUTOMOTIF

LAGI ISU AFTA

Assalamualaikum,

Buat semua rakan-rakan reformis yang saya hormati,

Untuk makluman semua, Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan AFTA pada tahun 2003 dan didalam perjanjian tersebut Malaysia setuju untuk menggenakan duti import sebanyak 5 - 10 % sahaja.Tetapi,Malaysia telah melanjutkan perlaksanaan nya ke 2005 dengan alasan Malaysia belum bersedia (tujuan nya untuk membantu kereta nasional).Malaysia dikenakan penalti kerana menunda tarikh perlaksanaan AFTA ke 2005 dengan membayar sejumlah wang kepada Thailand(beberapa ratus juta ringgit-rujuk The EDGE tahun 2000(maaf edisinya tak pasti).

Mengikut perjanjian AFTA, cuma cukai jualan dan duti import sahaja yang dikenakan tetapi Malaysia cuba memasukkan duti eksais(Duti eksais / domestic hanyalah untuk produk dalaman sahaja) dimana kalau dikira, kita telah membayar sebanyak 3 jenis cukai untuk sebuah kereta !!!!!!!! Kalau dikaji, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dikalangan Asean tetapi tidak mampu untuk melaksanakan AFTA kerana industri kereta diMalaysia telah didominasi oleh kroni-kroni BN, maka jika dilaksanakan juga maka pendapatan mereka akan terjejas( pendapatan dari setiap AP yang dijual dan penetapan harga kereta import yang sangat tinggi).

Untuk makluman semua,negara miskin seperti Filipina, Indonesia, Thailand telah melaksanakannya semenjak tahun 2000 lagi dengan menurunkan secara berperingkat duti import sehingga 5 - 10 % sahaja dimana Malaysia baru - baru ini telah mengumumkan penurunan kepada 25% sahaja..!! Harga kereta di Thailand contohnya Toyota Altis 1.6 cuma RM 57,000 harga atas jalan(OTR) dan Honda Civic 1.7 cuma RM68,000 OTR.Sebelum kereta Proton terbit dibumi Malaysia, harga kereta agak rendah tetapi selepas Mahathir melaksanakan industri ini, maka sebaliknya berlaku dan ini seolah olah cuba untuk menekan rakyat supaya menggunakan kereta buatan tempatan sahaja.

Memandangkan projek kereta nasional adalah impian Mahathir, sudah tentu beliau berkepentingan dalam projek ini dan saya syorkan BPR dapat melakukan sesuatu.Kalau kita teliti harga kereta impot sebagai contoh, Toyota Harrier berharga RM270,000 semasa mula-mula dibawa masuk dahulu tetapi sekarang harganya disekitar RM 150-170K mengikut CC, ini menunjukkan harga kereta import tiada 'price reference' dan pengimpot boleh meletakkan harga sesuka hati mereka dan ini sangat mengecewakan pengguna.Sebagai contoh,Kia Carnival yang dijual pada RM165K pada mula-mula dibawa masuk, tiba-tiba Naza Motor boleh diskaun sebanyak RM40K, logik keee !!! .Sekarang harganya RM98K sahaja kononnya local assemble.Kalau dikaji, berapa harga sebenarnya sesebuah kereta import???.Untuk makluman semua, sebuah kereta 1,000cc kebawah berharga USD1,500 sebuah, harga keluar dari kilang, Kia Spectra cuma USD 3- 4,000 sahaja.!!!

Saya harap BA dapat membawa isu ini semasa pilihanraya dan mengotakan janji dengan menghapuskan duti eksais untuk kereta import dan menurunkan duti import selaras dengan perjanjian AFTA.

Sila sebarkan berita ini untuk seluruh rakyat MALAYSIA.

Sekian,

Rakyat Malaysia Celik





___________________________
Terbitan : 28 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)