SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kuota bukan Melayu di MRSM naik DARI 10 KE 30 %Kuota bukan Melayu di MRSM naik KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kuota pengambilan pelajar bukan bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan depan dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis. Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja. ``Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis anugerah premis perniagaan Mara peringkat kebangsaan kali kedua, di sini hari ini. Sebelum ini, beliau pernah membuat kenyataan 10 peratus pelajar MRSM diisi dengan pelajar bukan bumiputera bermula tahun ini. Bagaimanapun, Pemuda MCA dan MIC kemudiannya meminta supaya satu kumpulan pelajar bukan bumiputera yang besar ditempatkan pada satu-satu MRSM. Sementara itu, Nazri memberitahu setakat ini sambutan pelajar bukan bumiputera untuk belajar di MRSM begitu menggalakkan dan yakin kuota itu dapat dipenuhi. ``Kuota ini mesti dipenuhi dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan kuota itu tidak dapat diisi oleh pelajar bukan bumiputera,'' tegasnya. Difahamkan, jumlah permohonan pelajar untuk memasuki tingkatan satu di 17 buah MRSM pada tahun ini ialah seramai 16,000 orang termasuk 300 permohonan daripada pelajar bukan bumiputera. Bagaimanapun, hanya 2,600 ditawarkan belajar di MRSM itu dengan jumlah pelajar bukan bumiputera seramai 260 orang. Bagi tingkatan empat pula, seramai 20,000 permohonan diterima termasuk 600 pelajar bukan bumiputera sedangkan tempat yang ditawarkan ialah 6,700 orang termasuk 400 kepada pelajar bukan bumiputera. Pendaftaran pelajar baru ke MRSM telah ditetapkan pada 23 Februari ini.___________________________ Terbitan : 7 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |