SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bila Tirai Dilabuh VI - Warkah Buat SemuaNota : Artikel ini hanyalah satu bentuk ulasan dan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak cuba untuk mempengaruhi atau menyerang mana-mana individu. Artikel ini juga mungkin mempunyai perkataan-perkataan, frasa, klausa atau pola-pola yang mungkin menyinggung perasaan, tidak sesuai dan mengelirukan bagi sesetengah kumpulan. Artikel ini tidak bermaksud menghina atau memburuk mana-mana pihak, kumpulan, golongan mahupun kerajaan Malaysia. Ianya lebih kepada pendapat dan teguran yang diharap dapat menjana minda dan memberi alternatif di dalam mencari jalan mengatasi kebejatan akhlak masyarakat Malaysia masa kini. Harap maklum. Assalammualaikum wbk. Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya [Surah Al-Imran: ayat 185] Dengan izin moderator budiman. Negara Malaysia kini terisi dengan komuniti di dalamnya yang ramai antagonist dari protagonistnya, pupus dan jahaman langsung gen-gen dan DNA-DNA keimanan, akal, peradaban, kemanusian, kebaikan dan zarah-zarah keinsafan di dalam tubuh badan mereka. Kekuatan akal suci dan budi tidak ada lagi tempatnya di dalam tubuh-tubuh manusia ini. Yang ada cuma jisim-jisim dalam tubuh badan mereka yang dimajoriti oleh atom-atom rohani mutat lagi cacat, lalu melahirkan tunas-tunas generasi baru suku sakat iblis yakni genarasi yang hilang pegangan agamanya, rosak akhlaknya dan rapuh sifat kemanusiaannya. Apabila sifat-sifat kerohanian sebegini telah rosak, maka turut rosaklah ruh keimanan di dalamnya. Ini berlaku disebabkan haiwan-haiwan yang bertubuhkan manusia ini terlebih cerna makanan yang tidak berbismillah yang diertikan dengan banyak memakan sumber yang haram dari yang halal (macam haiwan, mana mungkin kenal halal dan haram), lantas meresapi tubuh badan sehingga bilangan molekul zat-zat negatif bercambah segar dan bugar lalu menyebabkan DNA-DNA tidak boleh diperkaya dengan zarah-zarah madani hingga mengakibatkan sitogenetik yang tidak sempurna sahsiah diri dan imannya serta budi dan daya rabbani yang beradab, berakal dan bernyawa serta sewajibnya berakarkan agama, kerana telah ditelan oleh gen-gen pleiotrofi dan ekspresiviti (genetic mutation; mutant) yang mana, akhirnya menghasilkan manusia abiotik, mati akal, jumud, terkacuk dengan sifat-sifat kebinatangan yang cacat cela, terencat dan terbantut dari sudut kekisi perimbangan akhlak dan perilakunya (tetapi tetap sihat dari fizikalnya!). Atau untuk menyedapkan sesetengah pihak, mungkin nilai-nilai biotik murni di dalam tubuh golongan manusia tadi telah dimutasikan menjadi makhluk abiotik kacukan sifat haiwan oleh Mason Eckhart dari Genomex! Alahai..... Jika peradaban golongan ini telah meluncur laju dengan unsur-unsur mazmumah, tercela, keji dan banyak pula sumber bekalan cas-cas negatifnya, tanya diri anda sendiri; "Apa perlu aku beragamakan Islam yang bertauhidkan Allah swt. dan pesuruhNya Muhammad ibni Abdullah saw? Apa perlu aku berohkan dengan nur Islam jika aku tidak lagi berpegang dengan kebenaran Al-Quran dan hadis Rasullullah saw?" Jangan merosakkan makna pengisian Islam itu sendiri jika perangai kita (golongan songsang tadi) seerti dan sebangsa dengan sifat-sifat mungkar golongan jin yang kafir lagi kufar. Amat jelas dan nyata masih ada di kalangan kita yang konon tinggal di negara bermajoritikan Islam masih tidak berjaya menguyah hadam dan menyerap maksud iktikad rukun agama itu sendiri yakni Islam, Iman dan Ihsan (3I). Pada saya, golongan haiwan bertubuhkan manusia ini tadi jika sudah tiba ajalnya nanti, tidak perlu ditajhizkan bangkainya. Tanam sahaja golongan mungkar ini sebagaimana kita menanam bunga di kebun-kebun ataupun di laman-laman rumah. Tidak perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan bersama-sama umat Islam yang lain. Masa hidup kalau perangai dan sifat pun tercela, bertuhankan iblis dan nafsu semata serta fasiq, apa perlu lagi kita mentawilkannya sebagai Islam lagi? Bersesuaian dengan firman Allah swt. di dalam surah Al-Imran ayat 32: [32] Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir Firman Allah swt. lagi di dalam surah Al-Maaidah ayat 44: [44] Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir Di dalam Sahih Muslim bilangan 324 yang bermaksud: Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih" Orang yang kafir, murtad dan orang yang ingkar memang senantiasa ada dan wujud memenuhi ruang alam; baik yang pejal, cecair dan gas di sekelilingnya. Malahan yang lebih malang lagi, apa yang berlaku kini adalah ramai di kalangan orang-orang sebegini adalah terdiri daripada umat Islam itu sendiri. Bila ini berlaku, maka terlontar jauhlah diri daripada nur Tauhid Allah swt. lalu tersembam dan tersungkur ke bawah dari mencapai hakikat Allah swt. itu Esa dan Muhammad ibni Abdullah saw. itu adalah pesuruhNya. Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada tali Allah swt. dan pesuruhNya Muhammad ibni Abdullah saw., kita wajib menegakkan kebenaran betapa perlunya memisahkan antara yang hak dengan yang batil, antara mereka yang Islam dengan mereka yang TELAH JATUH kafir dan antara yang makruf dengan yang munkar agar dikemudian hari kita dan keturunan kita tidak lagi menjadi umat yang terkeliru dengan hukum-hukum yang telah Allah swt. firmankan dan Muhammad ibni Abdullah saw. telah pertunjukkan sebagaimana kita sendiri telah terkeliru menafsirkan kononnya (di sebelah Malaysia sahaja, alahai.....) kalau Melayu itu Islam atau masuk Islam mesti jadi Melayu. Benda-benda remeh sebegini kalau sudah terkeliru, hai.....entahlah. Nota:(1) Kafir pada istilah adalah orang yang ingkar dan tidak percaya kepada Allah swt. dan RasulNya, yakni orang yang bukan Islam (kafir) (2) Murtad pula bermaksud orang Islam yang keluar daripada landasan Islam dan menolak petunjuk dan hidayah serta suruhan daripada Allah swt. (3) Ingkar pula ialah orang Islam yang enggan dan tidak mahu menurut syariat Islam (4) Dari segi syarak kufur adalah perbuatannya (5) Musyrik adalah orang yang menyekutukan Allah swt. dengan yang lain atau dengan sesuatu (6) Syirik adalah suatu bentuk perbuatan yang menduakan atau mempersekutukan Allah swt. dengan yang lain atau dengan sesuatu. Lahir-lahir jadi keturunan Melayu tidak semestinya automatik kita ini penganut agama Islam yang tulen jika tidak mengamalkan apa yang dituntut dan apa yang disyariatkan di dalam Islam itu sendiri. Isilah agama anutan sebagai Islam di dalam borang rasmi seperti surat kelahiran, surat mohon kerja, surat lesen atau surat bank, tetapi kalau perangai umpama dajal, hmm..... tidak perlulah rasanya golongan haiwan bertubuhkan manusia itu tadi menulis apa-apa. Kosongkan sahaja ruangan agama di dalam mana-mana borang rasmi tersebut. Buat malu agama Allah swt. dan Muhammad ibni Abdullah saw. serta umatNya yang lain sahaja kerana kalau dibuat statistik jenayah rogol, jenayah perdagangan atau apa-apa jenis statistik jenayah, rujuk punya rujuk, orang Melayu Islam juga yang paling suka buat derma kepada tabung sumbangan jenayah dan mendominasikan pula hampir kesemua perilaku jenayah. Kalau dibiar kosong, maka mungkin susut juga statistik orang Melayu Islam yang terbabit di dalam pelbagai jenayah di Malaysia. Biarkan kosong sekosongnya ruangan agama di dalam mana-mana borang rasmi agar walaupun nama yang tertera mungkin nama orang Melayu, sekurang-kurangnya kita maklum bahawa agama golongan songsang itu tadi bukanlah ISLAM! Bukan tujuan saya untuk kembali menulis kalau sekadar niat hendak memperlekehkan sesiapa di sini apatah lagi untuk cuba mengocak ketenangan fikrah manusia yang memang pantang dicabar, disanggah dan dilawan sehingga boleh terhidu bau-bau pergeseran. Ilmu saya masih cukup rendah dan dhaif, ilmu yang hanya dikutip melalui titipan-titipan ceramah, mimbar masjid dan pengalaman. Kalau terlanjur ayat, terlebih kata, harap dimaafkan dan tegurlah dengan sebaik-baik teguran kerana sifat lemah-lembut adalah kunci bagi kejayaan di dalam menyampaikan sesuatu ilmu dan dakwah. Manakala perkataan yang kasar lagi kesat menyebabkan tidak ada siapa yang mahu mendekati kepada kita malahan akan menjauhkannya lagi. Komuniti perosak dan songsang sebeginilah yang semenjak azali lagi sifat semulajadinya memang gemar dan suka benda-benda yang keji, kotor, dosa dan kekejaman. Perogol wanita dan kanak-kanak, penggila seks, pengamal seks bebas, pengganggu seksual, membaca, menonton dan membuat aksi-aksi lucah, pelumba haram dan bersikap kurang ajar di jalan raya, gangsterisme berkumpulan seperti death metal, black metal, hardcore dan punk, vandalisme, melepak, dadah, berjudi hatta melakukan jenayah rompakan, samun dan membunuh adalah antara stigma atau jenama yang berjaya dihasilkan dan cukup popular di kalangan makhluk separa manusia binatangan ini. Ini semua sudah menjadi lebih sudu dari kuah dan cukup membuktikan betapa perilaku komuniti Malaysia kini sudah terlebih lajakkannya daripada garisan maksimum sifat murni manusia berakal dan beriman dengan sifat manusia yang jahil lagi songsang amalannya laksana iblis laknatullah yang maha sesat. Bagus betullah korang punya syiar dan syariat! Komuniti perosak dan songsang ini lahir dari susur galur yang suka meringan-ringankan ajaran dan kehendak agama Islam, memperlekehkan hukum-hakam yang termaktub di dalam rukun-rukun Islam dan lebih malang lagi, tidak mengamalkan dan mensyariatkan langsung tuntutan dan falsafah di dalam Islam itu sendiri seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya lagi. Perkara pokok pun tidak dapat dilaksanakan, bagaimana pula yang lain? Sumber pemakanan dan rezeki yang halal lagi suci bersih membentuk rohani, akhlak dan akal anak-anak menjadi mulia dan penuh dengan sifat-sifat mahmudah seperti amanah, jujur, pintar, beramal soleh, berdisiplin dan ikhlas. Manakala sumber yang haram lagi kotor membentuk hati dan akhlak anak-anak menjadi keras hatinya, degil, sering membantah-bantah, tercela sifatnya, bodoh, sombong, riak, gemar melakukan dosa dan berbagai-bagai lagi sifat mazmumah. Sesungguhnya ibu dan bapa yang bertanggungjawab dan penyayang mana mungkin membenarkan sezarah rezeki yang haram atau bersumberkan yang subhah sekalipun tersuap di dalam kerongkong anak-anak mereka. Manakala ibu dan bapa yang dangkal pula, terus-terusan mempersetankan apa yang hak bagi anak-anak mereka. Bagi mereka, asal anak-anak dapat makan dan tembolok penuh terisi - sudah, habis cerita. Halal atau haram, itu belakang punya cerita. Ibu dan bapa sebegini tidak sedar dan tidak peka bahawasanya mereka inilah yang secara tidak langsung menyemai benih-benih sifat keji di dalam jiwa anak-anak. Kasihanilah anak-anak anda. Janganlah kerana anda mengalami trauma hasilan didikan orang tua mereka dahulu yang mungkin kejam dan berperikebinatangan dan kurang mendapat didikan agama, maka anak-anak anda pun anda ajak sekali menjadi seperti anda. Berilah peluang kepada anak-anak. Janganlah anda membenci anak-anak anda sebagaimana anda membenci orang tua anda dahulu. Fikirkanlah nilai-nilai positif yang mungkin masih menyala di dalam tubuh anda. Berikan didikan agama seawal dan sebaik mungkin kepada anak-anak. Cuba lihat dan renungkan tatkala kita mendengar cerita-cerita lisan atau menonton visual berbentuk dokudrama, infotainment, dokumentari atau yang seerti dengannya seperti National Geographic Explorer. Mak bapak kera pun menangis dan melawan apabila melihat anak-anak mereka diserang dan ditembak oleh pemburu-buru haram. Inikan pula kita yang Allah swt. ciptakan yang punya akal dan punya minda! Lewat ini kita kerap didendangkan dengan pelbagai bentuk irama berita-berita salahlaku di kalangan penjawat awam peringkat tinggi. Polis yang diamanahkan untuk memelihara undang-undang, mencegah jenayah, mengekalkan keamanan dan keselamatan awam kini turut sama serta memeriahkan kem-kem penjenayah. Jenayah rogol, memeras ugut dan merompak adalah antara beberapa sektor baru yang kini cuba diterokai oleh segelintir anggota dan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab. Kita mengharapkan pasukan keselamatan ini yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang telah dimaktubkan dan diperuntukan di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, memelihara amanah tersebut tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menganiaya orang lain. Tidak jauh dari tingkat yang sama, terdapat juga berita mengenai seorang wakil rakyat dari parti pemerintah yang ditahan ketika menerima wang sogokan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki di sebuah restoran di tengah tanahair. Inilah natijahnya apabila amanah dijadikan suatu sumber yang berteraskan keuntungan! Wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat seharusnya mempunyai tahap kejujuran, keikhlasan dan amanah yang amat tinggi pada diri dia sendiri khususnya dan juga kepada rakyat di bawahnya. Wakil rakyat yang diberi amanah dan kuasanya mestilah seiring dengan tahap ketinggian kejujurannya. Kejujuran sepantasnya dapat mendisiplinkan diri setiap mereka yang menjadi wakil rakyat hatta pemimpin sekalipun. Menjaga intergriti moral seperti kejujuran, ketelusan, akauntabiliti dan amanah selayaknya dijadikan modal dan diberi keutamaan oleh pihak kerajaan atau sesiapa jua sekalipun di dalam membentuk dan mencari wakil-wakil pemimpin yang boleh berkhidmat untuk rakyat, masyarakat, agama dan Negara dan bukan untuk berkhidmat untuk poket diri sendiri dan anak bini semata! Komitment tinggi kepada intergriti moral, tugasan dan profesionalisme akan dapat dijadikan kayu pengukur dan kompas di dalam menyukat dan mencari hala tuju tahap ketinggian wakil-wakil pemimpin yang berkualiti, berinovatif, berinisiatif, proaktif, produktif, berwibawa, kuat imannya yakni tidak lemah dengan pelbagai dugaan fizikal harta benda dunia, dipercayai dan bertanggungjawab atas apa jua yang telah diamanahkan kepada mereka oleh kita sebagai rakyat untuk mereka laksanakan dan tunaikan. Cakap mulut mesti seiring dengan tindakan! Ini semua perlu dijalankan demi menjaga kehormatan martabat dan kredibilti wakil-wakil pemimpin dan pasukan keselamatan itu sendiri di mata rakyat khususnya dan masyarakat luar amnya. Di akhir zaman ini, kita akan lihat semakin ramai umat Islam yang semakin bangkrup moralnya dan yang semakin tandus akal pemikirannya. Diberi amanah, ianya khianat. Mereka yang hak lagi benar, dinafikan haknya serta tidak diberi peluang langsung untuk bersuara. Yang berpeluang bersuara hanyalah golongan ala Ruwaibidhah yang sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat mereka sendiri! Tidak ada gunanya bercakap tanpa pelaksanaan. Tidak akan terisi perutnya dan tidak akan basahnya rohani jika bercakap dan berjanji itu dan ini, berkokok riuh sekampung bak ayam; tetapi kosong semata. Ubat yang paling mustajab - pratikalnya! Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk. ___________________________ Terbitan : 31 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |