Kita terus disajikan dengan berita sensasi. Wartawan seronok membawa kita dari satu isu ke satu isu. Tanpa disedari telah berapa banyak isu yang sudah dibentangkan kepada kita. Semuanya diberi liputan berhari-hari sehingga kita tak sabar menanti pagi untuk menikmati liputan seterusnya. Jika ada akhbar yang memberi liputan menghalusi sesuatu isu itu sudah itu ia mendapat langganan melebihi akhbar-akhbar lain.
Dua kes terkini hangat dikupas. Tapi akhirnya isu ini sudah sampai pada kitaran penghujungnya iaitu kesimpulan dan tindakan susulan. Dan terdengarlah kesimpulan 1. salah saringan penjenayah ………2. Penjenayah dari kelantan.
Maka ke hulu ke hilirlah wartawan mencari tindakan susulan pula. Maka berkatalah ramai antara mereka hukuman sebat di khalayak ramai ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mangsa, akan diperkenalkan berikutan meningkatnya kes rogol dan bunuh sejak akhir-akhir ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan supaya undang-undang baru itu dapat menangani jenayah berkenaan.
Dan seperti biasa semuanya akan dikaitkan dengan PM. Ini telah dijadikan syarat untuk bercakap pada orang-orang mereka. Bagi mereka kesempurnaan hanya akan terserlah apabila dikaitkan dengan PM. Ini warisan zaman PM yang dulu. Maka Rais pun mengaitkan dengan PM dengan ayat sebegini : Katanya, cadangan baru itu selaras dengan keprihatinan dan perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah terbabit. “Saya mengambil kira amaran dan perasaan Perdana Menteri yang khusus menjurus dalam hal ini dan kita akan memberi sepenuh kerjasama untuk meningkatkan aspek perundangan. (dipetik
daripada berita harian online)
Maka berita ini pun akan tamat liputan meluasnya dan sensasi akhbar akan ke hal-hal lain pula. Kalau ada pun liputannya akan bergerak ke ruangan yang lebih kecil dan mula masuk ke bahagian dalam akhbar tidak lagi di muka depan. Orang Malaysia memang kurang membaca kalau membaca pun muka depan dan yang muka-muka dalam tu cuma tajuk-tajuk saja.
Salah saringan penjenayah ……… adakah penjenayah harus terus dicap sebagai penjenayah. Hanya sebagai contoh Saidina Omar AlKhatab R.A. harus terus disaring sebagai penjenayah hanya kerana beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri. Dan Saidina Omar tidak kena hukuman atas kesalahannya itu tetapi Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W. sudah cukup untuk membaiki diri sehingga dilantik menjadi salah seorang Khalifah ArRasyidin. Salah saringan penjenayah atau hukuman yang telah dikenakan ke atas penjenayah itu tidak mampu menyedarkan / mengembalikan / menambahbaikan diri penjenayah. Atau dalam perkataan yang mudah hukuman tak berkat sebab bukan dari Allah macam itulah jadinya.
Atau pun semua ini adalah dari Allah yang cuba mengingatkan kita tentang kebiadapan kita mempertikaikan hudud Allah. Kita hendak menghakimi hukum Allah di mahkamah manusia di putra jaya sebelum Allah menghakimi kita di mahkamah Nya di masyhar. Maka Allah yang maha berkuasa menunjukkan perancang sebenarnya adalah hakNya. Manusia merancang menghalang hudud. Allah maha perancang secara tak kita sedari mengkehendaki banyak berlakunya kesalahan jenayah yang termasuk bab hudud dan terkena pula pada anak seorang ahli UMNO. Mungkin kita terlupa dulu pun seorang orang UMNO yang lebih kuat dari yang anaknya kena bunuh, liwat dan rogol juga orang UMNO anaknya kena bunuh di rumah pengasuh.
Cadangan merotan di khalayak ramai ini makin menghampiri perundangan Islam. Tapi adakah itu (menghampiri) mencukupi dan dapat menarik sifat ArRahman Allah S.W.T. mencurah rasa kasih sayang dan keamanan kepada sesama kita. Adakah Allah S.W.T. hendak menunjukkan lagi kebodohan kita yang akan mencuba melaksanakan pelbagai tindakan perubahan samada dari segi perundangan, pendidikan dan sebagai tetapi terus menolak kekuasaan Allah. Kita sangka kita kuat, bijaksana, mampu melakukan penambahbaikan sistem masyarakat tetapi kita sebenarnya tak mampu. Hanya sebagai analogi, anak Nabi Noh juga merasakan perkara yang sama. Beliau rasa mampu, mempunyai kekuatan untuk berenang sampai ke puncak bukit tinggi. Anak Nabi Noh lupa semua dalam perancangan dan kekuasaan Allah. Air banjir, bukit tinggi malah diri dia (anak Nabi Noh) adalah dalam kekuasaan Allah. Janganlah kita jadi mudah lupa akan kisah-kisah lalu……
Dulu mereka juga mengatakan hukuman di khalayak ramai ini menjatuhkan maruah manusia dan tidak bertamadun kini mereka pula yang mencadangkan hukuman tersebut. Dan apa yang mereka katakan dahulu tu (menjatuhkan maruah manusia dan tidak bertamadun) kita sama-sama lupakan.
Teringat saya ketika satu ketika dalam kehidupan Datuk Dr Rais Yatim yang satu ketika itu beliau bukan Dr tetapi hanya Timbalan Presiden S46 yang sedang berusaha mendapatkan kedoktorannya menulis bermacam-macam tentang perundangan Malaysia. Dan itupun diminta kita melupakannya.
Begitulah kita dibawa oleh wartawan dan pemimpin-pemimpin kita.
Oleh : Tiang Seri Masjid Lama
___________________________
Terbitan : 23 Januari 2004
Ke atas
Home