SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Imam Mahdi: Jawapan FirasinarBeberapa e-mail yang memberi respon mengenai kritikan saya terhadap isi kuliah Jumaat yang di sampaikan oleh Ustaz Hadi telah pun saya baca dan amatinya berkali–kali. Namun setelah membaca respon daripada mereka yang mungkin penyanjung nombor satu Ustaz Hadi, seseolah-olah mereka ini seperti orang-orang yang tidak terdidik. Terima kasih saya ucapkan pada webmaster tranung kite kerana cuba menyampaikan artikel penulis kepada Ustaz Hadi. Untuk pengetahuan semua, saya tidaklah berniat untuk memperlekeh atau menyerang kredibiliti dan peribadi beliau sebagai ulama. Cumanya niat saya adalah ingin memberi pendapat tentang pemimpin umat yang di tunggu-tunggu yakni Imam Mahdi. Salahkah jika saya mempertikaikan pendapat Ustaz Hadi dan mengusulkan pendapat saya tentang ghaib atau tidak Imam Mahdi itu dengan berdasarkan hadis Nabi dan firman Allah. Bukankah Al Quran dan Hadis adalah pegangan yang tidak akan membuat kita tersesat. Hujah dan persoalan-persoalan yang saya timbulkan kepada Ustaz Hadi pastinya boleh dijawab dengan baik jika seseorang itu berlapang dada dan tidak berprasangka yang bukan-bukan. Pada pendapat saya jika itulah jawapan-jawapan responder berikan bagi pihak Ustaz Hadi, ianya amat memalukan dan tanpa tidak di sedari kredibiliti beliau sebagai ulama telah hilang atau ghaib entah ke mana. Firman Allah (…nasihat-menasihat supaya menaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menaati kesabaran) Surah Al Ashr 103:3. Ingatlah bahawa kita ini sebagai manusia selalu tidak lepas dari kesilapan bahkan sebahagian ulama berpendapat Nabi pun melakukan kesilapan malah ditegur oleh Allah. Dan wajarkah seorang yang bergelar ulama atau pemimpin yang warak seperti Ustaz Hadi tidak ingin menjawab satu persoalan yang menjuruskan bab akidah hanya di sebabkan tidak tahu identiti sebenar penulis. Dan berfikirlah kenapa sebagai umat Islam kita sering berprasangka buruk terhadap saudara seagama yang tidak sama pendapat tetapi boleh berprasangka baik terhadap orang yang tidak seagama dan nyata tidak sama pendapat. Firman Allah: Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkan pengajaran. Lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya. Ada pun orang yang merasa dirinya serba cukup maka kamu melayaninya. Surah Abasa 80:1-5 Dalam Surah Abasa itu menceritakan bahawa Allah menegur tindak-tanduk Nabi yang bermasam muka dan berpaling bila seorang buta bernama Ummi Maktum datang untuk menanyakan beberapa persoalan. Ketika itu Nabi sedang melayani beberapa pembesar-pembesar atau bangsawan-bangsawan. Sebahagian pendapat ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah bahawa ayat ini menceritakan Nabi buat kesilapan dan Allah menegur tindak tanduknya. Timbul persoalan dalam fikiran saya siapa Ustaz Hadi Awang hendak di bandingkan dengan Rasulullah SAW? Tiba-tiba muncul pula perkhabaran daripada Angela Al-Kelantani (Kristian Kelantan ke???) bahawa Ustaz Hadi, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Harun Din telah beberapa kali bermimpi berjumpa Nabi. Perkara ini mengingatkan saya pada seseorang yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan Malaysia apabila menyatakan pada umum bahawa dia dapat berjumpa Nabi secara nyata (yakazah). Beliau sekarang sedang di beri hukuman tahanan terhad di bawah I.S.A di Labuan oleh kerajaan yang memerintah yakni Umno & Barisan Kebusukan yang semua orang tahu seteru kepada Parti Pas & Barisan Kegagalan. Siapa tidak tahu apabila dia telah mengaku dirinya ialah Pemuda Bani Tamin yang kononnya akan menyerah panji-panji hitam kepada Al Mahdi (itu dalam kepercayaan kumpulan Al Arqamlah/ nama beliau ialah Ashaari Muhammad). Apakah Ustaz Hadi ingin mengikut jejak langkah Ustaz Ashaari memandangkan beliau pun dulu ahli Pas merangkap ketua pemuda Pas Selangor. Mungkin fikrah Ustaz Hadi berkenaan Imam Mahdi sama dengan fikrah pemimpin ajaran sesat itu. Atau pun dakwaan yang Ustaz Hadi bermimpi bertemu dengan Nabi itu adalah rekaan semata-mata daripada pengikut Ustaz Hadi yang taksub dengan kepimpinan beliau wallahualam…untuk mempertimbangkan seseorang itu biarlah berdasarkan keimanannya bukan dengan mimpi-mimpinya. Kenapa penulis mengatakan hadis yang bermaksud Al Mahdi itu dari keturunan Syaidina Hasan bersifat prejudis adalah kerana adanya hadis lain yang begitu jelas dan lengkap menyatakan nasab dari Syaidina Husin yang melahirkan Imam Mahdi, Hadis itu di sokong dengan satu hadis Nabi yang berbunyi dari Jabir Bin Smurah R.A berkata: Rasulullah saw bersabda “Islam itu tetap berkuasa, sampai dua belas orang khalifah” kata Jabir “kemudian itu Nabi mengucapkan perkataan yang saya tidak mengerti maksudnya. Lalu saya menanya kepada bapa saya apakah yang di ucapkan oleh Nabi? Jawabnya “semua dari kaum Quraisy.” (sila lihat hadis ini dalam Sahih Muslim bab pemerintahan). Dan ada riwayat yang lain bunyinya sama, Rasulullah SAW Bersabda : Pemasalahan umat Islam tidak akan selesai tanpa 12 pemimpin. Jelas di sini penulis lebih cenderung kepada hadis-hadis di atas, namun mungkin juga Imam Mahdi itu keturunan Al Hasan yang bertembung dengan Al Husein di sebabkan beliau ada berkahwin salah seorang bekas isteri Al Hasan...walahualam. Apakah 12 khalifah yang di katakan Nabi itu bermula dengan Abu Bakar as Siddiq hingga Umar Ibnu Aziz, logikkah sedang dunia terus berjalan dengan menyaksikan penderitaan dan permasalahan umat Islam selepas mereka itu semuanya telah wafat beribu-ribu tahun. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Keghaiban dan kemunculan Imam Mahdi itu adalah berkaitan dengan takdir dan ketentuannya sepertimana kita beriman pada Qada dan Qadar. Kenapa kita meraguinya sedang Allah telah membuktikan kepada kita kekuasaannya dengan Ashabul Kafi kisah pemuda-pemuda yang di tidurkan dan di sembunyikan dari pemerintah yang zalim di dalam sebuah gua selama 309 tahun, lalu mereka di bangkitkan. Begitu juga dengan Khidir, siapakah beliau yang lebih tinggi ilmunya dari Nabi Musa alaisalam (sila rujuk Al Quran dalam Surah Al Kafi). Dan ingatlah kekuasaan Allah dalam firmannya: Sesungguhnya perintahnya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata Jadilah! Maka terjadilah ia (sila rujuk Al Quran dalam surah Yasin 36:82) Perbezaan pendapat tentang ghaib atau tidak Al Mahdi itu tidaklah harus berlaku di antara ulama kita yakni Ahlul Sunnah dengan ulama Ahlul Bait. Ustaz Hadi sebagai ulama yang mewakili mahzab Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah menjawab persoalan di timbulkan oleh orang seperti saya, kerana ini adalah masalah akidah. Jika tidak Ustaz Hadi telah mencipta lagi pepecahan umat Islam yang telah lama berlaku, dan di sinilah terletaknya kredibiliti beliau sebagai ulama yang di pandang hina oleh pemimpin Umno. Untuk menjawab tuduhan yang Firasinar adalah Syiah jawapnya ada dalam syair Imam Syafie ini. Aku syiah dalam agama,Asalku dari kota Mekah, Kampungku askalan bernama, Kelahiranku baik dan megah Mahzabku baik, aliranku indah, Memuncak naik ke angkasa Tidak sukar tetapi mudah, Mengatasi Alam manusia,” Syair di atas ini termuat dalam kitab (Manaqib Asy- Syafie) Karangan Al-Fakhrur Razi halaman 51. Kecaman yang menuduh Imam Syafie mewakili syiah berasal dari Yahya bin Muin yang membuat Al-mazani (murid Imam Syafie) suatu hari bertanya kepada Imam Syafie adakah engkau mewakili Ahli Bait? Lalu Imam Syafie bersyair: Telah lama kusembunyikan, Kini ku jawab pertanyaanmu, Yang bertanya seakan-akan, Orang ajam ialah kamu, Kusembunyikan kecintaanku, Dalam bentuk putih bersih, Agar supaya ia sejahtera, Selamat dari cela selisih.” Syair ini pun termuat dalam kitab (Manaqib Asy- Syafie) karangan Al- Fakrur Razi, halaman 50. Hendak tanya nie Fakhrur Razi itu syiah ke? Dan untuk tatapan semua siapalah Ustaz Hadi dan kita hendak di bandingkan dengan Imam Syafie yang pernah di penjara oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid kerana di tuduh sebagai syiah.. Nampak gayanya saya akan terus menunggu jawapan yang benar-benar bernas dan ilmiah daripada Ustaz Hadi atau sesiapa yang boleh mewakilinya untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah saya timbulkan sekiranya beliau tetap berkeras tidak mahu menjawabnya. Pasti ramai pengunjung laman web Tranung Kite dan UmmahOnline mahu melihat sendiri seorang pemimpin parti politik yang memperjuangkan Islam untuk memberi sedikit komentar atau jawapan yang paling jelas kepada Firasinar. Syaidina Ali Karahmahuwajhah pernah berkata: Lihat apa yang di kata bukan siapa yang berkata. Sekian dari sinar ahli firasat yang benar/Firasinar. firasinar@yahoo.com ___________________________ Terbitan : 10 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |