SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun TOP IT anjur Seminar dan Dialog Usahawan ICTKUALA TERENGGANU: TOP IT Industries, sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berjaya menganjurkan ‘Seminar on Business Opportunities and Assistance Schemes for ICT Entrepreneurs’ dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) baru-baru ini. Seminar yang pertama kali diadakan ini dihadiri oleh lebih 50 orang usahawan ICT dan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TOP IT Industries Sdn. Bhd, Encik Mohd Shuhaimi Embong. Beliau juga turut memberikan ucaptama bertajuk ‘Business Opportunities for ICT Entrepreneurs : Ideas for Today and Tomorrow". Sementara itu Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Tengku Khairi bin Abdul Rahman telah memberikan taklimat berhubung Skim-skim Bantuan kepada Usahawan-usahawan ICT. Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali turut mengambil bahagian dengan berdialog bersama-sama usahawan-usahawan yang terlibat dalam bidang ICT sebelum menutup seminar tersebut. Beliau menyarankan, "usahawan-usahawan Melayu perlu berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan ICT supaya tidak dimonopoli sepenuhnya oleh bangsa asing dan berharap mereka dapat berkerjasama antara satu sama lain supaya lebih berdaya maju dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik". TOP IT boleh mengambil peranan MIMOS dan Multimedia Development Corporation (MDC) di negeri Terengganu. Jika ini berjaya dilakukan pada tahun ini, beliau adalah orang pertama yang merasa gembira kerana hasrat kerajaan negeri membantu usahawan bumiputera melalui agensi-agensinya telah berjaya dilaksanakan lebih awal dari yang dijangkakannya sebelum ini. Beliau turut menyokong cadangan usahawan-usahawan ICT supaya TOP IT menjadi pemangkin kepada perkembangan ICT di negeri Terengganu dan seterusnya menjadi "syarikat payung" kepada syarikat-syarikat ICT pada masa hadapan. Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif TOP IT, Encik Mohd Shuhaimi Embong turut menjadi penceramah jemputan dalam seminar dan dialog usahawan yang dilaksanakan oleh berbagai pihak di negeri Terengganu seperti ceramah ‘motivasi usahawan melalui ICT’ yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan, dialog ‘Perniagaan ICT: Pengurusan dan Masa Hadapan Khidmat e-Universiti’ oleh pelajar-pelajar Sains Komputer Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan lain-lain.___________________________ Terbitan : 31 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |