SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Re: Raya di Terengganu: isu pembangunan (Response to Temingat)Assalamualaikum, Kita mesti ingat bahawa pembangunan ekonomi bawah Kerajaan PAS Terengganu adalah lebih baik dari semasa UMNO dulu. A) Kadar Kemiskinan bawah UMNO dulu adalah tinggi. Terengganu adalah negeri KEDUA termiskin. Di bawah PAS/BA, Terengganu menjadi negeri KEEMPAT termiskin, naik dua tangga (Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8) Kadar kemiskinan di Terengganu adalah SAMA dengan Kadar kemiskinan di Kedah. B) Pertumbuhan ekonomi di Terengganu dalam tahun 2000-2003 adalah TERTINGGI di MALAYSIA. Malah lebih tinggi dari Selangor dan Penang. (Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8) C) Index Pembangunan di Terengganu dari tahun 2000-2003 adalah lebih TINGGI dari Selangor dan Penang. (Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-8) D) Tahun 2003, negeri yang paling banyak terima FDI ialah Terengganu berbanding dengan semua negeri dalam Malaysia. Jadi takda sebab nak kata Terengganu tidak membangun selepas PAS ambil alih kuasa. Yang marahnya ialah puak-puak kontraktor sebab diorang ni dah biasa dapat duit mudah masa zaman BN dulu. Tak payah buat apa-apa boleh dapat duit dan bagi kat sub con. Jadi puak-puak kontraktor yang takda pakai ni mestilah suka kat BN sebab BN boleh bagi diorang duit free tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Lima tahun adalah sangat pendek untuk menilai keupayaan kerajaan Terengganu dan PAS. Tapi PAS dapat membuat perubahan-perubahan lebih BAIK dan DIBANGGAKAN walaupun dalam jangkamasa yang sangat pendek. Yang marah kat PAS di Terengganu adalah kontraktor-kontraktor sahaja sebab: 1) Kontrak kurang : Kontrak kurang ni pun ada banyak sebab: A) Kerajaan dah berenti buat projek-projek membazir dan tak boleh pakai. Misalnya masa Ayah Wang dulu, di buat Gelanggang Silat Peringkat Asia yang berjumlah RM 4 Juta sempena Sukan SEA. Sekarang ni hanya tinggal kambing dan lembu aje yang bersilat B) Kontrak yang keluar dari Kerajaan Negeri dah tak boleh mark up macam dulu. Dulu kalau projek RM 50 ribu akan jadi RM 250 ribu. Biasala kan. Sekarang tak boleh. C) Projek-projek yang keluar semuanya menguntungkan rakyat dan bukannya kroni. Jadi sebab tu kontraktor-kontraktor semua marah sebab diorang payah nak jadi kaya. Tapi saya ada jumpa kontraktor2 yang sokong PAS sikit pun tak ambik projek dari Kerajaan Negeri. DIorang concentrate buat renovation rumah orang dan buat ni aje pun diorang jadi kaya sebab sekarang ni ramai rakyat Terengganu dah banyak duit. Last sekali, janganlah percaya sangat kelentong kontraktor kelas F UMNO ni. Di daerah Hulu Terengganu nak bagi kontrak banyak-banyak buat apa. Orang kampung nak benda-benda yang kecik macam jalan tar, jambatan dsbnya. Semua ni KErajaan Negeri banyak buat secara gotong royong orang kampung. Jadi tak payah nak pakai kontraktor. Sebab tu lah tak banyak kontrak keluar kat daerah-daerah yang terpencil ni. Wallahualam bissawab.___________________________ Terbitan : 14 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |