Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Nukilan buat Lokman

Gerakan mansuh ISA perlu diteruskan tanpa mengikut rentak UMNO yang memainkan lagu memerangi rasuah.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda bahawa undang-undang draconian ISA akan dimansuhkan dalam pemerintahan Pak Lah.Walaupun umum mengetahui Pak Lah bukanlah seorang superman yang mampu menyelesaikan semua masalah Negara dalam masa yang singkat , tetapi sekurang kurangnya memberi satu keyakinan rakyat agar ISA akan dimansuhkan.

Lokman Adam adalah satu contoh klasik manusia yang telah dihumban ke dalam ISA , menderita dan mengalami trauma yang amat dasyat.Apakah kaedah yang telah mereka gunakan sehingga dapat “turnover” perwatakan pemuda yang satu ketika dahulu dianggap hero dalam parti Keadilan. Akhirnya Lokman hanyalah persis politikus haprak tak bertujuan.Lokman kini mencari popularity dengan hanya mengecam dan memburukkan bekas partinya.

Pemuda ini kini tidak dapt membezakan yang mana satu keutamaan yang harus beliau berikan dalam politik dan perjuangannya.Lokman seharusnya anda terus bergerak memberi sumbangan pada rakyat dalam memperjuangkan

keadilan bukannya mebangkitkan perkara yang tidak begitu popular dan remeh.

Buktikan anda mampu memberi sumbangan kepada sistem pemerintahan yang sedia ada dengan memerangi elemen

yang menjadi musuh utama iaitu rasuah, kezaliman ISA, penyelewengan dan manusia-manusia yang menghina agama

Lokman teruskan perjuanganmu walau dibalik tabir

Abu Munzir





___________________________
Terbitan : 21 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)