SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PUSAT TARBIAH ISLAMIAH SAWA (PUTIS)PENGENALAN Pembudayaan cara hidup sihat mengikut lunas-lunas Islam didalam kehidupan masyarakat adalah diantara perkara-perkara yang perlu dipraktikkan bagi melahirkan insane-insan yang bertakwa dan berilmu terutama generasi-generasi sekarang yang bakal meneruskan dan mencorakkan dunia masa hadapan dengan kehidupan yang lebih baik dari segi keduniaan mahupun akhirat. Sehubungan dengan itu pihak jawatan kuasa PAS UPU Sawa telah terpanggil untuk membina sebuah pusat tarbiah di Kg. Sawa Pendang Kedah, yang dikenali dengan Pusat Tarbiah Islamiah Sawa (PUTIS). Bagi merialisasikan hasrat tersebut diatas untuk menjalankan program-program pentarbiahan bagi pemuda-pemudi dan masyarakat setempat. Alhamdulillah, hasil usaha gigih seluruh AJK PAS UPU Sawa, serta sokongan padu orang ramai, pihak UPU Sawa telah berjaya membeli sebidang tanah di Kg. Sawa yang mana kerja-kerja untuk membina PUTIS ini sedang giat dijalankan sekarang. STRUKTUR BANGUNAN PUTIS ini berkonsepkan dua dalam satu dimana sebuah bangunan dua tingkat akan dibina dengan bahagian atasnya menempatkan dewan sembahyang yang jugak berperanan sebagai pusat pentarbiahan serta sebuah kelas PASTI, mini perpustakaan serta pejabat pentadbiran UPU Sawa turut dibina. Manakala ditingkat bawahnya pula dibina empat lot kedai yang berperanan sebagai pusat pengembangan ekonomi bagi pemuda, muslimat dan dewan Ulamak UPU Sawa. ANGGARAN KOS Pihak AJK pembinaan PUTIS menganggarkan jumlah yang diperlukan untuk membina bangunan ini adalah sebanyak RM250 000.00 melalui sumbangan orang ramaidan kerja gotong royong masyarakat setempat. Derma dalam bentuk tenaga, barangan atau kewangan amat dialu-alukan. Sehubungan itu pihak AJK berharap akan mendapat sokongan dan dokongan dari semua pihak demi merealisasikan program ini dalam masa yang singkat. Sebagai memenuhi hasrat itu pihak AJK telah bermesyuarat pada 10 April 2003 dan telah membuka satu akaun BIMB cawangan Guaq cempedak KEDAH yang mana no. akaunnya 02084010015355 dengan tiga penama dan dua orang penandatangan seperti berikut: · En. Haji Awang Saat· En. Abdul Rahman Mohd · En. Mohd Yazid Salleh (penandatangan wajib) TATACARA PENGURUSAN Pihak AJK telah mengemukakan langkah dengan mengadakan mesyuarat pengurusan dan bersetuju dengan perkara berikut: 1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pertama. 2. Melantik jawatankuasa mengurus. 3. Membuka akaun di BIMB 4. Melantik firma Akitek. 5. Melantik firma Audit. 6. Pelancaran pungutan derma 7. Pelancaran system wakaf tanah sekaki RM5.00 8. Perasmian pembukaan. PENUTUP Insya’Allah dengan terbinanya Pusat Tarbiah ini pihak AJK berharap akan dapat menjalankan pelbagai program dan aktiviti, yang pastinya akan menjuruskan kepada perkayaan budaya ilmu dan tataurus kehidupan yang lebih teratur mengikut lunas-lunas Islam. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan buah fikiran dan pendapat dan juga nasihat yang menguatkan lagi azam kami untuk merealisasikan projek PUTIS ini. Insya’Allah dengan berkat doa dan sumbangan semua pihak hasrat murni ini akan menjadi kenyataan. JAWATAN KUASA PEMBINAAN Penaung Tn. Guru Hj. Ab. Rahim Abdul Rahman En. Sabri Hj. Awang Penasihat YB. Zulkifli Mamat (ADUN Pulai Chondong) Pengerusi Hj. Awang Saat Tim. Pengerusi Hj. Abd Aziz Mat Husin Setiausaha Abd. Rahman Muhamad Bendahari Md. Yazid Salleh AJK *Aziz Saad *Che Mamat Abdul *Ahmad Bakar *Mohd. Riduan Mahmood *Abd. Wahab Abdullah *Hamid Ahmad *Ismail Awang *Ali Mat *Rahimi Shafie *Ust. Sahabuddin Hj. Ibrahim *mohd. Zain Husin *Mohd. Yussof Yasin *Tajuddin Ibrahim Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Mohd. Yazid Salleh Tel: 04-7594612 Alamat: No. 145, Bt. 23 Kg. Sawa Kechil 06700 Pendang Kedah. P/s: segala sumbangan dan wakaf boleh di bank-in kan ke akaun BIMB atau di poskan Cek/money order/wang pos kepada bendahari. Semoga ALLAH merahmati akan pemberian anda …..AMINNN…. ANAKSAWA2004 ___________________________ Terbitan : 8 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |