SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mustahilkah MCA bekerjasama dgn PAS?"Persoalannya, apakah MCA sanggup bergabung dengan menjunjung penubuhan negara Islam ala PAS yang tertera dalam dokumen negara Islam itu. Sudah pastilah jauh panggang dari api." Begitulah persoalan yang diutarakan oleh Azizi Aziz di Malaysiakini. Mak Cik tak mahu komen banyak-banyak tetapi setakat mahu berkongsi pengalaman. Beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, Mak Cik bersama-sama geng BA pergi ke sebuah kampung baru Cina untuk menghantar kad ucapan tahun baru. Kami berpecah mengikut kumpulan masing-masing. Ada satu pasukan telah pergi ke kelab mahjong. Di sana mereka menyerahkan kad-kad, buah tangan dan risalah. Yang di kedai itu pun membaca risalah-risalah yang diberikan. Apabila mereka tahu yang datang itu adalah anggota BA yang kebanyakannya orang PAS, mereka pun memberitahu yang kelab itu adalah kelab penyokong MCA. Yang mahal tu, komen mereka: 'Kita tak ada problem dengan PAS. Siapa boleh kasi kita senang, kita sokong itu orang.' Dalam sejarah hidup Mak Cik, itu adalah pertama kali Mak Cik membuat kerja-kerja on the ground seperti itu. As far as first experience go, ianya pengalaman yang manis especially apabila mengenangkan nyonya yang mengejar Mak Cik hingga ke luar pasar, semata-mata untuk bertanyakan tarikh pilihanraya. Jauh panggang dari api? Jika Allah swt mengizinkannya, mungkin tidak.___________________________ Terbitan : 6 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |