SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kerana Engkau, Rasuah dibenteras – Tanniah Kepada Parti Pembangkang!17 Februari 2004 Menjelang pilihanraya ke-11, pemikir Umno dan BN sedang sibuk mencari akal untuk memperbetulkan imej pemimpin tertingginya, Perdana Menteri baru, DS Abdullah Badawi yang dianggap ramai sebagai “Lembik”, tidak berkarisma serta tidak berwawasan. Apapun yang cuba dilakukan oleh mereka akhirnya membuktikan bahawa parti pembangkang yang utama di negara ini telah berjaya mengubah sikap pemerintah yang selama ini sentiasa dengan angkuhnya menolak segala dakwaan salahlaku atau rasuah yang terang-terang berlaku dan dilakukan oleh kroni-kroni, ahli-ahli dan juga pemimpin-pemimpin dari parti-parti pemerintah. Dakwaan-Dakwaan Salahlaku dan Rasuah Disifatkan Sebagai Fitnah Terhadap Parti Pemerintah. Bekas Pm, Dr Mahathir dan menteri kabinetnya, sering kali memperkecilkan usaha-usaha parti pembangkang dalam membongkar penyelewengan yang berlaku dengan menyifatkannya sebagai fitnah parti pembangkang. Akan tetapi, keadaan kini telah berubah. PM baru terpaksa mengambil langkah drastic dengan tindakan diambil ke atas kroni serta ahli kabinet kerajaaan Pusat BN. “Paragdim shift” ini mungkin disebabkan oleh keghairahan PM baru yang mahu membentuk imejnya sebagai pemimpin yang berwibawa dan beliau cuba menjauhi dirinya daripada cara keras kepala Dr Mahathir. Ada juga yang mengatakan ia mungkin disebabkan oleh sifat “Lembik” PM baru yang tidak dapat menahan tekanan-tekanan pihak lawan dan untuk memacing pengundi di bandar kerana keadaan Umno tidak selesa terutama di kawasan luar bandar. Tindakan BN yang cuba menyerikan imej PM baru jika dilihat tanpa iklan-iklan dan propaganda-propaganda dalam media massa hanya menunjukkan ia memerlukan mandat yang lebih besar daripada rakyat dan pihak BN akan melakukan apa sahaja untuk memancing undi. Peranan Parti Pembangkang Apapun andaian orang ramai, peranan parti pembangkang seperti Parti keADILan Rakyat, PAS, dan DAP dalam membongkar isu-isu rasuah dan penyelewengan adalah sangat penting dalam system demokrasi yang kita amalkan. Jika bukan kerana pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang bertungkus-lumus menjelajahi seluruh negara membongkar kes rasuah Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin, Khalid Yaakup serta kes penyelewengan seperti Perwaja, MAS, dan RENONG, manakah kita sebagai rakyat dapat tahu akan sifat rakus pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan penyangak-penyangak wang rakyat seperti Eric Cheah, Tajuddin Ramli, Halim Saad dan lain-lain lagi. Surat khabar perdana tidak akan menyiarkan berita sebegini kerana ia akan menggugat kedudukan Umno dan BN. Selain daripada itu, Rakyat tidak boleh bergantung kepada BN untuk memantau pertadbirannya sendiri. Kita sedia maklum jika ada sesiapa dalam BN yang berani menyoal penyelewengan yang berlaku dalam gagasan tersebut ataupun setakat mengambil keputusan yang tidak menyebelahi mana-mana; pihak BN mahupun pembangkang, mereka-mereka ini akan dikenakan tindakan tatatertib ala BN. Tindakan Adun Dato Keramat dan Jawi dari Pulau Pinang yang tidak menyokong dasar kerajaan negeri BN yang membelakangkan kepentingan rakyat telah digantung selama lebih daripada 1 tahun. Ia menjadi bukti yang paling sahih bahawa BN tidak boleh bertoleransi terhadap perbezaan pendapat dalam gagasan tersebut. Oleh yang demikian, parti pembangkang sangat diperlukan untuk menjadi mata dan telinga rakyat untuk memantau tindak-tanduk kerajaan BN dalam pertadbiran negara. Dalam pilihanraya yang akan datang Rakyat harus peka dan membuat keputusan yang tepat. Suka atau tidak, parti pembangkang tetap diperlukan. Iklan serta propaganda BN dalam media massa yang mewarwarkan ketegasan PM baru dalam memerangi rasuah dan imej barunya hanya untuk mengaburi mata Rakyat menjelang pilihanraya. Jika benar PM baru hendak menghapuskan rasuah, beliau mesti mengubal akta rasuah pada sidang parlimen yang akan datang iaitu pada bulan Mar 2004, untuk memperketatkan dan menutup sebarang jalan-keluar atau “loophole” yang membolehkan perasuah terbebas dan BPR pula harus diletakkan di bawah kuasa Parlimen yakni satu pesuruhjaya bebas yang dianggotai oleh PM, Ketua Pembangkang, ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak secara sama rata. Jika tidak berbuat demikian, BN tetap sama jika diberi mandat baru. Rasuah tetap rasuah, penyanggak tetap penyanggak. “Nothing Less Nothing More”. CKChewLunas ___________________________ Terbitan : 17 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |