Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Rasuah: Dr.Yusof Cabar Khir Toyo dan Noh Omar

Kg.Ujong Permatang,Kuala Selangor 23 Februari – Timbalan Yang Di Pertua Pas Kawasan Tanjong Karang Dr.Mohd.Yusof Abd.Wahab sekali lagi mencabar Menteri Besar Selangor supaya menyaman beliau jika `isu rasuah Khir Toyo` yang diketengahkan oleh BA lebih dua tahun lalu berbentuk fitnah.

Dr.Yusof menegaskan beliau bersama-sama Ahmad Lutfi Othman dan beberapa orang rakan lain akan terus membongkar isu tersebut hingga keakar umbi.

Dalam masa yang sama Timb.YDP Pas Tanjong Karang itu juga menjelaskan bahawa beliau sedang mengumpul segala bukti salahlaku moral,penyelewengan dan rasuah yang melibatkan Dato Noh Omar SU Parlimen Jab.Perdana Menteri juga selaku Ketua Penaja Umno Bahagian Tg.Karang.

Antara lain Noh dikatakan memiliki ratusan ekar tanah di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang untuk tujuan projek ternakan udang harimau. Menurut Yusof projek tersebut diusahakan sepenuhnya oleh sebuah syarikat asing dari luar negara.

Selain Noh beberapa orang ketua kampong,termasuk orang kuat Noh, Manan Ariffin (pekerja Mardi) turut berkongsi nama sebagai pemilik tanah berkenaan.

“ Apa logiknya pekerja Mardi,beberapa orang ketua kampong dan Noh sendiri memiliki tanah untuk projek ternakan udang,sedangkan jenis-jenis udang pun mereka kurang kenal,sepatutnya projek begitu diberikan kepada nelayan.”

Seterusnya Dr Yusof turut mencabar Noh Omar supaya melaporkan dakwaan tersebut kepada polis,jika ianya dianggap sebagai fitnah.

“ Sudah dua tiga bulan Noh Omar kata dia nak saman saya,tapi sampai sekarang saya masih tertunggu-tunggu,saya cabar belaiu kalau berani samanlah saya.”demikian kata Dr.Yusof ketika berucap pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung empat cawangan Pas di Dun Permatang di Markas Pas Cawangan Kg.Ujong Permatang malam tadi.

Dr.Yusof juga mendedahkan menurut sumber yang boleh dipercayai bahawa Khir Toyo tersenarai didalam `18 kes rasuah berprofil tinggi` yang sedang hangat diperkatakan dewasa ini.

Dollah Dagang.





___________________________
Terbitan : 24 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)