Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mana insentif kami

Assalamualaikum

Saudara pengarang

BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN

Saya adalah seorang dari ribuan guru di Negeri Kedah Darul Aman yang terlibat dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik (dalam Bahsa Inggeris) malah saya adalah sorang optionist Bahasa Inggeris. Saya menyambut baik ehsan kerajaan memberikan inseftif kepada kami. Bebanan tugas amat berat kerana bilangan guru bahasa Inggeris terlatih amat kurang terutama di daerah saya mengajar. 25 waktu seminggu adalah lumrah kami berbanding dengan rakan-rakan kami yang lain.

Tapi apa yang menyedihkan ialah sehingga kini, bayaran insentif tersebut hanya menjadi satu igauan buat kami. Entah kemana perginya.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2002
BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIDANG SAINS, MATEMATIK DAN BAHASA INGGERIS
di http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil15/pp1502.pdf

Sehingga kini kami guru-guru terlibat di negeri Kedah amat bernasib malang berbanding dengan rakan-rakan sejawat yang telah lama menikmati insentif tersebut.

Kini tahun bertukar ganti. Berbagai alasan telah diberikan olh JPN Kedah. Dan alasan yang paling 'glamer' sekali digunakan ialah "duit peruntukan belum ada" Aneh bagi negeri lain guru-guru terlibat sudah pun menikmati elaun tersebut - dah jadi taik - kata seorang guru dari Perlis yang sama-sama berkursus. Dan kami sentiasa menjadi bahan ketawa guru-guru dari negeri lain. Bagaimana dengan negeri lain yang ada peruntukan sedangkan Kedah tiada peruntukan ...?????? Pelik bin ajaib!!

Janji demi janji yang ditaburkan oleh JPN Kedah..: "sebelum raya puasa... , sebelum raya haji...., sebelum buka sekolah...., masuk bersama gaji bulan Januari..., ...???? Kini semua itu dah berlalu... tak tahulah raya tahun bila yang dimaksudkan oleh JPN Kedah.

Adalah diharapkan pihak JPN Kedah mengambil berat dalam hal ini. Terima kasih.

Menanti Buah Yang Tak Gugur

English Teacher
SMKTP, Langkawi





___________________________
Terbitan : 16 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)