Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Apa kejadahnya…60 000 orang Utusan Meloya kata 1000 orang saja

Assalumuallaikum,

Saya tergerak untuk menulis kejadian sebenar dari apa yang saya alami di Program Perhimpunan 100 000 di Charok Tok Kon pada 14.02.2004 tempoh hari. Ini adalah gara-gara saya membaca Utusan Meloya keluaran hari ini dimana yg bertajuk Keadilan dijangka berkubur tidak lama lagi.

Ini bukan apa, kita kan sudah tahu yang apa yang ditulis tu selalunya tak betul tapi jika tak betul tuu biar laa orang percaya sikit ini tak…yang pie tulis orang hadir kat program tu cuma 1000 orang apa kejadahnya…..nie saya nak habaq bagi semua rakyat Malaysia tau…pada hari tuu jumlah manusia yang datang adalah tak kurang daripada 60 000 orang , itu pun jika tak silap mata memandang laaa…..

Oklah pada semua ahli reformasi…teruskan perjuangan…usah peduli apa kata lawan….janji…lawan tetap lawan….Allah’huakbar…

P/s: kepada urusetia Program 100 000 rakyat lebih bagus sekiranya disertakan gambar-gambar pada hari itu…biaq BN tau apa yang sebenarnya dan satu lagi saya dapat tahu jika nak cerita sebenar pie cari akhbar cina…depa nie tulis yg betoi…..tahniah pada mereka….

Wassalam

Anak Reformasi
“Progresif Adil Sejahtera”
BA tawan Kedah 2004…..Insya’Allah

Petikan dari Utusan meloya…..

Keadilan dijangka berkubur tidak lama lagi

BUKIT MERTAJAM 15 Feb. - Program Perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang semalam memberi isyarat jelas bahawa parti itu akan berkubur tidak lama lagi ekoran ketiadaan sokongan rakyat.

Ketua Penaja UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, ini kerana rakyat kini telah menyedari bahawa parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat jelata sebaliknya membela kepentingan individu tertentu.

``Kegagalan Keadilan mendapat sambutan adalah isyarat jelas bahawa ia tidak lagi diperlukan oleh rakyat yang pada waktu ini telah merapatkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas program anjuran Keadilan di Kampung Cherok To'Kun, Permatang Pauh dekat sini semalam yang gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan yang hadir pada perhimpunan yang turut membabitkan siri ucapan pendek oleh beberapa pemimpin pakatan pembangkang itu bukan dari kalangan penduduk setempat, sebaliknya dari luar Pulau Pinang.

Antara pemimpin kanan yang kelihatan semasa perhimpunan tersebut ialah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail; Naib Presidennya, Tian Chua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.





___________________________
Terbitan : 17 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)