Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kisah lembu korban Khir Toyo

Oleh : Hantu Raya SS

Sejak Hari Raya Haji tahun lalu, Khir Toyo yang digelar orang ramai sebagai pengamal rasuah Selangor , menggunakan majlis-majlis penyerahan lembu korban sebagai minyak cinuai mendampingi rakyat. Sebab itu setiap perjumpaannya kena sebut MESRA RAKYAT. Padahal sebenarnya majlis itu cuma jadi MESRA UMNO. Sebab hanya orang-orang UMNO jadi pengampunya saja yang datang macam ikan lundu jumpa bangkai kucing dalam parit sawah.

Tahun lalu berita lembu korban Khir Toyo heboh seluruh negara sebab banyak lembu korban hilang dicuri orang. Tahun ini banyak juga cerita didengar tentang lembu yang berharga RM 1 juta itu. Sila ikuti ceritanya di bawah ini :-

CERITA (1) :
Dalam sebuah cawangan berlaku pertengkaran dingin antara ketua cawangan dengan nazir masjid - orang UMNO jugalah . Nazir masjid hendakkan lembu disembelih di kawasan masjid bersama peruntukan korban masjid. Ketua cawangan pula hendak diasingkan dan disembelih di balairaya. Akhirnya, nazir terpaksa mengalah sebab ketua UMNO lebih berkuasa !. ( Ketua UMNO pun kembang hidung sebab orang lain tak berani lawan cakap dia. )

CERITA (2) :
Sebab setiap sembelihan korban kena sebut nama orang yang berkorban, ada ketua cawangan bolot nama ketujuh-tujuh untuk lembu korban terdiri daripada keluarganya sahaja. AJK cawangan lain melopong dan cuma berbisik-bisik sesama sendiri saja. ( Ada yang cakap, tahun depan biar dia sahaja makan semua daging lembu tu. Lagi baik kalau cepat naik darah tingginya dan cepat mam….s ! )

CERITA (3) :
Satu cawangan lain pula, AJK cawangan dapat bahagian daging korban lebih daripada ahli UMNO biasa. Alasannya AJK banyak membantu parti dan layak terima lebih daging korban berbanding ahli lain. ( Kemaruk betul ! . Tak sedar diri awak dah ramai yang ada darah, tinggi makan banyak daging lembu lagi . Eloklah tu yoep..… )

CERITA (4) :
Agaknya sebab tak rela untuk dijadikan korban , ada seekor lembu sebuah cawangan terlepas dan cabut lari. Tak dapat ditangkap. Akhirnya terpaksa ditembak dulu baru disembelih !. ( Ramai yang cakap lawak-lawak, lembu tu cukup ganas macam orang yang menyerahkannya jugak ! ).

CERITA (5) :
Ini betul-betul pelik tapi benar. Di sebuah cawangan ada lembu yang siap disembelih tiba-tiba bangun dan hidup lagi !. Maka terpaksa kena sembelih sekali lagi. ( Mana orang UMNO yang tau sikit agama tak mau ambil daging korban tu sebab kata mereka rasa was-was pula halal haramnya. Mbohlah wak aku orak reti ….)

CERITA (6) :
Kebanyakan orang UMNO yang sudah masuk umur warga emas dan di kebanyakan cawangan UMNO apabila ditanya siapa punya lembu yang dikorbankan , tak payah fikir-fikir lagi mereka terus jawab, MB Khir Toyo yang bagi ! ( Pada hal yang sebenar Khir Toyo cuma tukang serah saja. Lembu tu PNSB punya dan terpaksa keluar duit sampai RM 1 juta. Nampak gaya macam kata orang tua-tua lembu punya susu tapi sapi pulak yang dapat nama )

Bila tenguk cerita-cerita di atas nampaknya korban lembu sempena Hari Raya Haji tahun ini sekadar untuk bagi daging lembu kepada orang ramai saja . Bukannya atas nama daging korban yang macam orang kampung biasa buat dan kena keluar duit sampai RM 300 untuk satu nama / bahagian .

Ada pula pihak lain tertanya-tanya sama ada penyerahan lembu itu sah akadnya kepada tukang sembelih dan nama orang yang disebut semasa menyembelih korban dilakukan. Tapi kebanyakannya berkata kita bantai sajalah daging lembu tu. Tak kira daging korban ke, daging saja-saja bagi ke. Asalkan lembu tu sah dise





___________________________
Terbitan : 6 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)