SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sudah tibakah nama meLAYU ditukar ?Tuan , Topik ini sebagai berkongsi pandangan dan mungkin sebagai pencetus perbincangan dalam usaha mencari cara meningkatkan lagi darjat bangsa kita dan tidak bermaksud nak memperlekehkan bangsa yang ku cintai ini. ______________________________ Apakah sudah sampai masanya nama meLAYU ini diubah memandangkan perkataan ini membawa makna yang negatif iaitu ibarat bunga yang "melayu" iaitu yang lemah atau hampir mati. Walaupun apa yang dicadangkan ini nampak remeh tanpa kajian menyeluruh tetapi saya terpanggil berbicara kerana merasakan perlu di ketengahkan agar mungkin cerdikpandai dalam bangsa 'meLAYU' ini dapat memberi pandangan yang berbeza.Kalau dulu MaMaK ( Mahathir anak Mohamad anak Kutty)menyatakan kemunduran orang meLAYU ada pada 'gene"nya maka di sini diberi pandangan alternatif bahawa kemungkinan perkara ini berlaku pada nama meLAYU itu sendiri. Kita semua tahu akan nasihat ustaz ustaz agar berhati hati memilih nama anak agar panggilan kepada anak itu tidak memberi kesan negatif kepada anak itu. Ramai anak milennium baru tidak diberi nama "Watie" lagi kerana ada yang menyatakan maknanya tidak baik maka ditakuti apabila dipanggil nama tersebut kepada sipenama maka dikhuatiri ianya merupakan doa pemanggil kepada si penerima. Adalah dikhuatiri panggilan "meLAYU" itu seakan mendoakan bangsa kita menjadi kumpulan bangsa yang 'melayu' atau lalok atau lemah kerana telah berabad-abad dipanggil begitu. Adakah mungkin PAS itu terus mekar kerana tiada perkataan 'meLAYU' dalam nama partinya dan mungkin juga um-no itu terus hidup walaupun dalam keadaan tertekan kerana tiada perkataan 'meLAYU' dalam sengkatan U.M-N.O itu sendiri. Mungkin orang meLAYU di luar negara atau yang merantau ke luar negeri berjaya kerana mereka di kenali sebagai 'malay' dan bukan meLAYU!!Mungkin juga meLAYU sebelum laporan Razak dulu agak mekar kerana pendidikan berteraskan bahasa Inggeris maka bangsa 'meLAYU' dirujukkan sebagai Malay dalam hampir kesemua syllabus perbelajaran. Di Sumatera, orang 'meLAYU' adalah rumpun yang dibezakan dari orang minangkabau/Jawa/Mendaling dan orang 'meLAYU' di sumatera juga dipandang sebagai bangsa yang melayukan. apakah pernyataan seperti " aku bangga dengan bangsa meLAYU" itu sebenarnya doa kita untuk terus menjadi 'melayu'. Kita tahu orang bangsa India tidak suka dipanggil Keling walaupun itulah panggilan semua orang kepada mereka di belakang mereka atau dalam keadaan marah terhadap mereka. Mereka berusaha untuk menentang panggilan tersebut demi maruah bangsa mereka.Apakah kita tak sepatutnya memikirkan maruah bangsa dari makna yang terbit dari nama bangsa kita itu sendiri ? Semua gelaran dan anggapan yang diberikan kepada bangsa kita meLAYU seperti malas, lalok( khayal), berpesta, amuk,lepak kearah membawa bangsa ini menjadi meLAYU dan longlai. Saya hanya mampu mencadangkan bangsa kita dikenali sebagai "Malay" sahaja selepas ini. Malaysia pun ada perkataan 'Malay' dan Malaya pun dulu menggunakan perkataan "Malay". Minta maaf sekali lagi dari : Lalu___________________________ Terbitan : 15 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |