Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

RUPA-RUPANYA ASTORA JABAT PEMIMPIN UMNO!

Oleh: Mandalaputra

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (Zam) bersedia menjadi saksi kerajaan demi membuktikan enam buah masjid menjadi sarang pembangkang dan khutbah Jumaatnya menjadi corong politik. Tiada sesiapa yang menghalang Zam berbuat demikian, buatlah asal membawa kebaikan kepada negara. Cuma penulis terdetak apabila Zam memberi bukti khatib telah mempersenda-senda pemimpin Umno-BN dalam khutab Jumaatnya. Bukti Zam ialah khatib itu telah mengkritik tulisan Astora Jabat dalam akhbar.

Dengan bukti besar oleh Zam (khatib mempersenda pemimpin Umno-BN) itu maka Zam telah mengangkat Astora Jabat sebagai pemimpin Umno yang sudah tercerca oleh khatib berkenaan. Penulis pasti jika sebelum khutbah itu Zam memaklumkan bahawa Astora jabat ialah pemimpin Umno-BN tentulah khatib berkenaan tidak akan mempersenda Astora jabat itu. Yang sebenarnya kisah khatib mencerca pemimpin Umno-BN hanya auta Zam sahaja. Dengan tidak fasal-fasal nama Astora Jabat pula diangkat!

Isu khatib mempersenda pemangsa rogol di Johor juga akan berakhir dengan begitu saja kerana tiada bukti. Pihak Umno hanya tahu menggembar-gemburkan isu tanpa bukti. Lantaran isu panasnya menuduh Pas, maka lakulah cerita itu di kalangan orang Umno. Dahulu, mana laporan pegawai Jakim yang menyiasat Tuan Guru Nik Aziz, dengan mengatakan Tuan Guru itu celupas besar menuduh tuhan mencarut?





___________________________
Terbitan : 11 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)