SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun CERITA AURATTersebutlah cerita, dua sahabat yang lama tidak berjumpa, telah bertemu semula dengan tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah yang popular di Bandaraya A. Encik B : “ Assalamu’alaikum , apa khabar? Lamanya kita tak jumpa!” Encik C : “ Wa’alaikumussalam. Khabar baik. Memang lama betul. Agak-agak 10 tahun kot.”Encik B : “ Wah! Tengok badan kau. Memang patut la kau boleh menang pertandingan bina badan hari tu. Bukan main hebat tengok gambar kau terpampang di dada akhbar. Dulu, badan kau tak sehebat ni.” pEncik C : “ Untuk dapat badan camni, aku terpaksa la berkerja keras. Latih tak henti-henti dan makan pula bukan sembarangan. Nak harap gaji, tak cukup la. Nasib baik ada sponsor.” ncik B : “ Eh! Aku nak tanya kau soalan sensitif ni, boleh tak?” Encik C : “ Boleeeh, apa salahnya.” Encik B : “ Semasa kau atas pentas bergaya dengan seluar kecik kau tu, tak segan ke? Lagi pula bukan kau tak tau haram tunjuk aurat.” Encik C : “ Segan tu, mula-mula saja, bila dah biasa hilanglah segan tu. Bab haram dedah aurat tu aku risau jugak dulu, tetapi sekarang tak lagi sebab dah ada ‘fatwa’ kata tak haram.” Encik B : “ Betul ke? Kitab mana kau rujuk?” Encik C : “ Al Islam. Majalah yang membicarakan Islam Yang Sebenarnya.” Encik B : “ Eh, kau biar betul!” Encik C : “ Betuuuuul. Al Islam keluaran Februari 2004 dalam artikel bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat tulisan Ustaz Zainuddin Idris.” Encik B : “ Apa katanya?” Encik C : “ Katanya, Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii r.a telah menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah yang menetapkan kaum lelaki menutup dua kemaluan mereka sahaja dan begitu juga kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apatah lagi diluar sembahyang.” Encik B : “ Kan kita di Malaysia ni mengikut Mazhab Shafii?” Encik C : “ Aku taklik lah dengan Imam Malik, senang lah sikit kerja aku.” Encik B : “ Kau ni pandai-pandai saja. Orang rujuklah dulu alim ulama’. Kalau Al Islam tu nanti kata babi halal dimakan kalau disembelih oleh orang Islam, kau percaya ke?” Encik C : “ Mestilah! Kan majalah tu di lulus oleh KDN dan KDN pula di bawah Menteri Dalam Negeri yang kebetulan Perdana Menteri kita. Bukan dia tak tau halal haram pulak sebab dia berpendidikan ugama dan anak ulama’ pulak. Tambahan pulak Pengarang majalah tu ialah Astora Jabat, seorang yang mahir dalam soal Bicara Agama!” Encik B : “ Betul jugak cakap kau.” Melayu Asli – Isu anak zina boleh dibinkan kepada bapa, isu tiada azab kubur dan bermacam-macam isu kontraversi. Sampai bila nak dibiarkan si Astora Jabat ni nak menyesatkan orang? ___________________________ Terbitan : 9 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |