SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Persiapan awal Tranung Kite menghadapi pilihan rayaBeberapa hari lalu saya dihubungi oleh sdr webmaster satu laman WebBlog yang diberi nama sebagai "Isu Kini". Dalam email yang agak panjang, banyak perkara yang disarankan kepada saya untuk persiapan menghadapi pilihan raya. Ada cadangan yang sukar untuk dilaksanakan dan ada beberapa perkara insya-AlLah saya akan ambil tindakan. Terima kasih kepada sdr 'Isu Kini' semoga AlLah akan memberikan ganjarannya. Setelah saya berbincang dengan penasihat laman ini, akhirnya pihak Tranung Kite telah bersetuju; 1. Menjadikan laman webBlog "Isu Kini" sebagai satu web rantaian kami yang akan memberikan fokus kepada satu-satu isu terkini daripada pelbagai sudut pandangan. Pihak kami juga memberikan hak kebebasan kepada webmaster Isu Kini untuk mencorak bagaimana bentuk persembahan yang hendak dilakukan. 2. Menyediakan satu webBlog "Terkini" untuk menyebarkan artikel-artikel pengunjung secara terus. WebBlog ini diharapkan akan dapat mengatasi masalah terlewat siar bahan pengunjung akibat kelewatan proses kemas kini laman Tranung Kite. Harapan kami dengan ada dua webBlog ini, sumber berita akan menjadi lebih kemas dan tersusun. Berilah sokonngan saudara/i kepada usaha ini. Pihak kami juga mengalu-alukan jika ada mana-mana laman yang berhasrat untuk membentuk satu rantaian yang akan memberikan tekanan kepada musuh. Sekian
Cucu Bavoo
Diterbitkan oleh : |