SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PENGKIANATAN UMNO TERHADAP ORANG-ORANG MELAYUOLEH: MELI Assalamu’alaikum wrt.wbh Pada hari Sabtu 21.2.2004, Harakahdaily.net telah menyiarkan tiga peristewa penting yang mengecewakan sebahagian besar rakyat terhadap amalan demokrasi di Malaysia . Pertama, dilaporkan program Ijtimak Tahun 2004 di negeri Kelantan yang dijadual diadakan di Kampung Nibung, Jeli pada 21.2.2004 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah dibatalkan kerana pihak polis tidak membenarkan program tersebut berlangsung. Keputusan ini amat mengecewakan sebagaian besar ahli dan penyokong PAS termasuk YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membuat persiapan rapi untuk menjayakannya dan terpaksa ditunda kepada 27.2.2004 di Stadium Sultan Mohammad ke IV. Kedua, pihak polis juga telah bertindak secara melampau menghalang dan menganggu perjalanan Majlis Taklimat Pilihan raya di PASTI Berakah, Maran, Pahang pada 17.2.2004. Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya pada jarak 500 meter bagi menghalang orang ramai menghadiri majlis tersebut. Ketua Penerangan PAS Temerloh, Abdul Ghafar Jalil telah membuat laporan polis pada 20.2.2004 di Balai Polis Daerah Maran pada pukul 5.45 petang. Ketiga, satu pasokan polis telah menceroboh masuk tanpa waran ke dalam bilik hotel no.821 Hotel Crystal, Klang tempat penginapan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim pada pukuk 2.30 pagi pada 20.2.2004. Lihat ketiga-tiga peristewa tersebut. Siapakah dalangnya di sebalik tindakan kurang ajar pasokan polis itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah arahan dari pemimpin UMNO yang penakut dan dayus untuk berhujah secara anak jantan. Mereka berlindung disebalik kuasa polis untuk melindungi semua kerja-kerja buruk yang telah mereka lakukan selama ini mengkianati orang-orang Melayu. Sebelum 1.7.2001, di mana pengharaman ceramah dikuatkuasakan, pihak pasokan polis tidak pernah melakukan perkara seumpama itu. Mereka memberi kerjasama yang amat baik apabila pihak PAS atau pihak Keadilan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh Negara. Mereka mengawal lalulintas dan menolong membantu menguruskan sesuatu ceramah yang diadakan itu mengikut peraturan keselamatan seperti yang ditetapkan. Tidak ada pun satu kes kekecuhan yang berlaku disebabkan ceramah. Kekecuhan mula berlaku apabila pasokan polis mulai menganggu dan menceroboh masuk ke markas-markas PAS serta menghalang setiap program yang dianjurkan oleh PAS. Sekarang ini trend menceroboh ke dalam markas dan merampas peralatan ceramah tidak berlaku lagi. Ini kerana pihak polis telah sedar bahawa tindakan mereka selama ini telah melanggar undang-undang seperti yang ditetapkan. Oleh sebab itu, selama ini berbakul-bakul laporan polis yang dibuat tidak pernah disiasat atau diambil tindakan dan dibakulsampahkan sahaja kerana mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka itu melanggar undang-undang. Sekarang mereka telah mengubah tindakan, mereka tidak lagi menceroboh dan tidak merampas peralatan yang digunakan ketika berceramah, kerana mengadakan perhimpunan dan aktiviti di premis sendiri dibenarkan oleh undang-undang tanpa perlu mendapatkan permit polis. Mereka mula mengguna tektik dengan mengadakan sekatan jalan raya dari semua arah dan menghalang orang ramai dari menghadiri majlis atau program-program yang dianjurkan oleh PAS atau Keadilan. Trend ini sangat bahaya bagi masa depan Negara. Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas pembangkang untuk mengamalkan demokrasi seperti mana yang dijanjikan oleh Pak Lah dalam ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap bekas PM ke 4 di Parlimen pada 4.11.2003 dulu akan terancam dan pada masa yang sama pihak pasokan polis memberi kerjasama sepenuhnya terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UMNO. Ini merupakan satu ketidakadilan telah berlaku dan pihak pasokan polis tidak menjalankan peranannya secara professional. Hal ini seumpama ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza dengan UMNO. Sekiranya perbezaan pendapat ini tidak dibenarkan dicurahkan, kita amat bimbang, mereka akan mengambil jalan lain yang tidak menikut undang-undang iaitu melalui jalan raya bukan lagi melalui pilihan raya. UMNO perlu ingat, bukan semua rakyat seramai 23 juta sekarang ini yang bersetuju dengan tindak tanduk UMNO selama ini. Ada golongan yang menentang UMNO dari segi pendekatan mengurus Negara. Perbezaan pendapat wajib ini dibenarkan. Inilah lambang Negara demokrasi yang menjadi alat check and balance mengawal UMNO dari tergelincir dari rel. Negara akan menjadi kacau bilau dan tidak stabil yang boleh mengundang pelbagai ancaman terhadap politik, ekonomi, campor tangan dari luar dan sebagainya. Kita harus mendengar nasihat bekas Pengerusi SUHAKAM dan bekas TPM, Tan Sri Musa Hitam yang mahu kerajaan [ dibaca UMNO ] memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan secara teratur dan mengikut undang-undang, jangan sekat naluri rakyat untuk menyuarakan pendapat, nanti rakyat akan tetap jua mencari jalan lain untuk menyuarakan naluri itu. Jangan disekat air yang sedang deras turun dari bukit, nanti pecah ampangannya. Ini nasihat Nik Aziz, MB Kelantan. UMNO jangan kembali ke zaman jahiliah[ sekarang zaman digital ICT, bukan zaman batu ]. Zaman di mana Abu Jahal menguasai semua aspek kehidupan baik politik, ekonomi, kebudayaan dan social orang-orang Quarish di Kota Mekah. Pergerakkan dakwah Nabi s.a.w untuk mengajak orang-orang Quarish di Kota Mekah untuk kembali kepada Allah dan RasulNya, ditentang habis-habisan oleh Abu Jahal dan orang-orangnya. Nabi s.a.w dihina, diperlecehkan, dikepong, disiksa, diancam dengan pelbagai tekanan mental dan fizikal. Abu Jahal dan orang-orangnya telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Nabi s.a.w dan pengikut-pengikutnya sehinggakan barangan keperluan telah habis kontang dan mereka kelaparan. Ada yang jatuh sakit dan meninggal dunia akibat perbuatan jahat Abu Jahal itu. Walaupun begitu, dakwah Nabi s.a.w tetap berjalan seperti biasa dan berjaya melepasi tembok kepongan Abu Jahal. Dan akhirnya, apabila pelbagai usaha dilakukan oleh Abu Jahal untuk mematahkan perjuangan Nabi s.a.w tidak berjaya, maka ketua-ketua kaum Quarish telah mengambi keputusan untuk membunuh Nabi s.a.w. Dengan pertolongan Allah SWT, Nabi s.a.w, sahabat-sahabat baginda dan pengikut-pengikutnya selamat berhijrah ke Madinah untuk memulakan satu system kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Selama 46 tahun UMNO memerintah, banyak perkara yang dilakukannya mengkianati orang-orang Melayu. Di sini saya akan menyebut beberapa perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan kianat terhadap orang-orang Melayu : MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA SEBUAH SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD UMNO apabila bercakap dengan rakyat terutama ketika berhadapan dengan pilihan raya, lembut gigi dari lidah. Kata-kata penuh bermadah. Kalau dulu, rakyat banyak disediakan dengan kemudahan awam yang tidak berbayar, kini semuanya kena berbayar. Malaysia telah dijadikan sebuah syarikat sendirian berhad. Kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana apatah lagi kehidupan orang-orang kampong yang mencari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang telah mengalami kehidupan yang sengsara terutama yang mempunyai keluarga besar. Pada umumnya, golongan inilah yang mempunyai keluarga yang besar berbanding dengan golongan berpendidikan dan berpendapatan tinggi. Dan golongan ini juga yang tetap akan memberi undi kepada UMNO setiap kali pilihan raya kerana mereka dijanji macam-macam sebagai umpan mengundi mereka. Selepas pilihan raya, calon yang dipilih itu akan menghilangkan diri kerana asyik menghitung projek dan tender untuk memperkayakan diri dan keluarga dan pilihan raya lambat lagi. Gaya hidup sudah berubah. Golongan ini terus tertekan dengan kenaikkan taraf hidup yang meningkat akibat perbuatan UMNO. Kos belanja hidup harian semakin meningkat dari hari ke hari. Barangan keperluan harian tinggi di pasaran tidak standing dengan pendapatan yang diterima. Ini kerana dasar UMNO ialah pro kepada peniaga-peniaga besar-besar [ korperat ] bukan peniaga-peniga kecil [ seperti menjual goreng pisang di tepi-tepi, penjual makanan di warung-warung, membuka kedai memperbaiki kenderaan dan sebagainya ] jalan yang mencari keuntungan cara mudah dengan menaikkan harga barangan tersebut dengan alasan yang cukup mudah iaitu kos pengeluaran meningkat dan kerajaan pimpinan UMNO akan tunduk dengan kehendak tokoh-tokoh korperat ini yang biasanya adalah kenalan rapat atau anak saudara pemerintah. Rakyat marhaen menerima seksaannya. Semua perkhidmatan kerajaan terpaksa dibayar, termasuk mahu merima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Kerajaan tidak pernah prihatin terhadap rakyat miskin yang memerlukan rawatan perubatan sehingga mangsa-mangsa ini meninggal dunia tunggu bantuan kerajaan [ baca UMNO ], berbanding dengan pesakit yang kaya-raya contohnya Ras Adiba Radhi mendapat bantuan melebihi dari peruntukan yang diperlukannya untuk rawatan di Austrilia. Inilah nilai antara dua darjat yang ditunjukan oleh UMNO, seperti kata Anwar, yang kaya bertambah kaya raya, yang miskin terus miskin papa kedana. Kerajaan pimpinan UMNO tidak menyediakan keperluan asas [ basic needs ] untuk semua rakyatnya. Sekiranya UMNO merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, mereka mesti menyediakan kemudahan perumahan yang sesuai dan selesa untuk golongan ini [ bukan membina rumah seperti yang dibuat oleh KEDA luas sekangkang kera sebuah bilik ]. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan letrik, air bersih, perhubungan telefon, jalan-jalan raya tanpa tol di sana sini secara percuma atau gatal juga hendak mengenakan caj, kenakanlah dengan caj yang paling minima dan sebahagian kos lagi ditanggung oleh kerajaan. Kemudahan-kemudahan ini kadarnya senantiasa naik bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang boros, bermegah dengan projek-projek mewah yang tidak menguntungkan rakyat terbanyak [ yang untung hanya mereka yang berdampingan dengan pemimpin atasan ] dan setengah pengerusinya yang dilantik seperti Awang Adik Hussein gila politik. Kalau dulu, Negara miskin, kerajaan boleh memberi bantuan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dalam dan luar negeri, tetapi sekarang Negara kaya, bantuan dan biasiswa ditarik balik dan digantikan dengan pinjaman. Begitu cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNO ini berfikir. Apabila pelajar-pelajar ini tamat pengajian masing-masing dan mendapat pekerjaan, mereka terpaksa membayar balik pinjaman tersebut, disamping menanggung kos hidup sendiri dan keluarga miskin di kampong-kampung. Jadi, mereka terus berada dalam kemiskinan sepanjang masa. Maafkanlah pada saya kali ini yang menghina orang-orang Melayu seperti saya meludah ke langit yang akhirnya air ludah itu jatuh terkena di batang hidung saya sendiri, tetapi saya patut memperkatakan sesuatu walaupun ianya pahit untuk ditelan. Orang Melayu bodoh berpolitik kecuali orang-orang Melayu di Kelantan dan di Terangganu, mereka berpolitik memilih orang yang tidak berpelajaran, memilih pemimpin yang rasuah, memilih pemimpin yang menyalahguna kuasa, memilih pemimpin yang opporturnist walaupun PAS menawarkan pemimpin yang berwibawa, bermoral , berakhlak mulia, beramanah dan berpendidikan tinggi. Memilih parti bukan orangnya. Orang Melayu takut susah, takut Negara tidak stabil, senang diperalatkan, sikap ambil lewa, biarkan, tak apalah, tolak ansur secara melampau, short memory [ sebab itu Mahathir kata Melayu mudah lupa ], boss all time right. Orang Melayu mengamalkan konsep hal politik berikan kepada orang politik uruskan. Kita tidak mahu dan lagi pun tentulah pemimpin di atas tahu apa yang sewajarnya dilakukan, Apa guna sakit kepala memikirkannya yang mana masalah akhirnya tidak boleh diselesaikan oleh kita. Wahai orang-orang Melayu sekalian, insaflah. UMNO hanya memperkudakan anda semua. Anda semua hanya menjadi perkakas dan platform bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk mencari kekayaan duniawi dan kebajikan anda semua tidak akan dipedulikan sehinggalah tiba pula pilihan raya ke 12 nanti. Mereka akan datang menemui anda dan menabur janji-janji lagi . POLITIK Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal kemerdekaan mempunyai peratus pengudi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan Melayu dengan tujuan menghalang PAS memenangi pilihan raya. Malangnya bila setengah kawasan ramai pengundi bukan Melayu, maka ia menyulitkan pula calon-calon bukan Melayu BN untuk menang kerana bukan Melayu khususnya orang-orang cina menyokong DAP. Untuk menyelamatkan keadaan bagi memastikan ada wakil bukan Melayu ada di Parlimen dan ada dalam karbinet, maka kawasan majority Melayu pula diserahkan kepada calon-calon bukan Melayu MCA dan MIC. Melayu-melayu haprak ini terus memilih calon-calon bukan Melayu dan tidak memangkan calon PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam. Mereka lupa terus [ memang tidak mengaji pun, guru mereka hanyalah ialah tv dan kitab mereka ialah akhbar UM dan BH ] firman Allah surah Ali Imran : 28, al-Maidah : 138-139, dan al-Mujadah : 21 melarang orang Islam berkompromi dengan orang-orang bukan Islam kerana ia boleh mendedahkan kemurkaan Allah SWT dan merebaknya gejala murtad di kalangan umat Islam seperti yang kita alami sekarang ini. Langkah UMNO meramaikan pengundi bukan Melayu bukan kerana sifat kemanusiaan UMNO tinggi atau politiknya yang terbuka, tetapi ia takut PAS berkuasa di Malaysia . Apabila UMNO merasa taburan pengundi mengancam pengaruhnya, maka ia membuat peraturan bagi mengubah persempadanan kawasan pilihan raya 10 setahun sekali [ tetapi sebenarnya [ dibolehkan ] 8 tahun sahaja tidak mengikut Perlembagaan] UMNO sekali lagi mengadakan strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi menghalang pengaruh PAS. Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini baru sahaja diluluskan oleh parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan semula itu, negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat seperti di Terangganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi parlimen langsung. Bagi negeri-negeri UMNO kuat, pertambahan kerusi berlipat ganda tidak mengikuti formula yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Sekali lagi SPR diperkudakan oleh UMNO untuk mengukuh dan mengekalkan kuasanya. Untuk makluman semua pembaca bagaimana UMNO memperkudakan SPR dalam hal persempadanan kawasan pilihan raya ini tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. UMNO akan mengarahkan SPR mencadangkan persempadanan bagi kawasan-kawasan tertentu, itu langkah pertama. Langkah kedua, cadangan persempadanan semula itu akan diterima balik oleh Perdana Menteri [ PM ]. Beliau akan meneliti dan mengkaji secara mendalam dengan Biro Politik UMNO bagi memasti kan pengaruh pembangkang terutama PAS dapat dilemahkan dan memastikan kepentingan dan pengaruh UMNO akan bertambah kuat melalui pertambahan kerusi parlimen dan DUN tersebut. Apabila UMNO berpuas hati bahawa kepentingannya tidak terjejas malah semakin bertambah kuat [ sekiranya cadangan itu tidak mendatangkan banyak faedah kepada UMNO, UMNO akan menolak cadangan tersebut dan UMNO akan membuat cadangan balas kepada SPR ] akan dikembalikan kepada SPR. Langkah ketiga, sekali lagi lagi SPR akan menghantar cadangan tersebut kepada PM, bila PM berpusat hati balik kepada SPR. Langkah keempat, SPR akan menyemak semula semula cadangan tersebut dan mengubah sedikit-sedikit [ tidak akan mengugatkan UMNO ] untuk menunjuk-nunjuk ia sebuah badan bebas bertindak mengikut Perlembagan. Langkah kelima, dibentangkan di Parlimen [ bersetuju atau tidak dengan ada kuasa 2/3 ] cadangan itu akan diluluskan. Langkah keenam, mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan langkah ketujuh persempadanan semula itu akan diwartakan dan kelapan rakyat akan menerimanya. Begitulah cara kerja SPR sebagai sebuah badan bebas. Cuba semua pembaca kaji balik persempadanan semula yang baru diluluskan itu dan akan digunapakai pada pilihan raya ke 11 ini, kelihatan jelas persempadanan semula itu ialah untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO. Negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS seperti Kelantan dan Terangganu tidak ditambah sebarang kerusi parlimen dan DUN, kecuali negeri Kelantan mendapat tambahan dua kerusi DUN di Gua Musang dan di Jeli. Di negeri- negeri lain yang pengaruh PAS kuat seperti di Kedah dan Perlis tidak mendapat sebarang tambahan kerusi baik parliman atau kerusi DUN. Persempadanan semula itu membabitkan pertambahan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi, dari 194 menjadi 219 kerusi, manakala DUN bertambah sebanyak 63 kerusi, dari 442 kerusi sekarang menjadi 505 kerusi. Negeri-negeri yang UMNO kuat pertambahan kerusi sangat banyak seperti di Johor 6 parlimen dan 14 DUN, Selangor 5 parlimen dan 6 DUN, Sabah 5 parlimen dan 12 DUN, Pahang 3 parlimen dan 4 DUN, Pulau Pinang 2 parlimen dan 5 DUN, Perak 1 parlimen 7 DUN, Negeri Sembilan 1 parlimen 4 DUN, Melaka 1 parlimen 3 DUN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mendapat 1 parlimen baru dan di Sarawak kekal tidak berubah 28 parlimen dan 62 DUN. Dalam pada itu, di Kedah yang tidak mendapat pertambahan kerusi, pengundi-pengudi pula diubahsesuai seperti yang berlaku di Parlimen Pokok Sena dan Parlimen Kuala Kedah. Persempadanan ini menjadi bukti bahawa SPR menjalankan tugas atas arahan UMNO, suara melayu dikurangkan [kerana banyak pengaruh PAS) dan tingkatkan suara orang bukan melayu yang akan menyokong UMNO. Maka, dengan itu harapan UMNO dapat mengekalkan kuasa dengan undi orang bukan melayu seperti yang terjadi pada tahun 1999. Dalam setiap kali pilihan raya umum dan kecil, UMNO tidak pernah sunyi dari melakukan penipuan dan menyalagunakan hak-hak awam. Penipuan UMNO dalam pilihan raya adalah seperti berikut: Melalui teknik penipuan seperti yang dilaporkan oleh BUDI sebuah NGO yang membuat pemantauan pilihan raya tersebut pada tahun 1999, BUDI mendapati: i. Laman web SPR terdapat No. KP palsu bersiri 1600001 hingga 1602000 [2000 orang membuang undi di SK Dato’ Wan Kemara, Changloon, Kedah di Parlimen Kubang Pasu dan Tunjang. ii. 680,000 lebih tidak ada di dalam daftar pengundi [pengundi baru], tetapi sesetengahnya dari jumlah ini di Wilayah Persekutuan KL ke pusat pengundian, nama mereka disenaraikan dan mereka boleh mengundi. iii. Setengah nama pengundi hilang dan pengundi berkeras dan membuat bantahan, baru dikeluarkan disimpan di bawah meja. iv. Mengundi bagi pihak orang lain. v. Mengundi lebih dari sekali. vi. Rasuah tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum. Rasuah politik sudah menjadi darah daging UMNO. vii. Undi pos pun tidak perlu dihuraikan kerana memang strategi UMNO untuk menang. viii. Peti undi dibuka lebih awal sebelum kedua-dua belah pihak bersedia untuk membuat perkiraan. ix. 25,875 orang yang sudah mati masih lagi ada di daftar pemilih. x. Tidak ada rekod tarikh lahir sebanyak 4.9 juta pengundi. xi. Pada bulan Mac 1999, terdapat seramai 100,000 orang pengundi mempunyai No. KP bertindih. xii. Orang yang berdaftar tidak ada nama dalam daftar pemilih, tetapi orang yang tidak mendaftar ada dalam daftar pemilih. xiii. Pendaftaran berganda yang berlaku di kalangan anggota tentera lebih dari satu unit atau base seperti yang terdapat di Lumut, Perak, di KL dan di Labuan . xiv. Tentera bersara masih lagi ada nama dan mengundi secara pos. xv. Alamat tidak wujud seperti yang berlaku di Shah Alam, diberi alamat tanah perkuburan. xvi. No. KP dimiliki oleh lebih seorang. xvii. Nama yang terdapat di dalam daftar pemilih tidak munasabah terlalu asing nama-nama itu dalam budaya kita. xviii. Pemindahan pengundi dibuat sesuka hati. xix. Guna alamat orang lain. xx. Isteri dan keluarga anggota tentera mengundi secara pos. Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-11, UMNO mempunyai strategi lain pula untuk menang iaitu mempergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi ke satu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan memenangkan calon berkenaan. Perkara ini didedahkan oleh Harakah cetak keluaran 1 – 15 Januari 2004 di mana ribuan rakyat Kedah yang umurnya dalam lingkungan 50-an hingga 60-an dibawa ke Daerah Pekan dengan alasan untuk meneroka tanah baru dan bersawah [ bahan tulisan ini pernah disiarkan dalam Laman ini yang bertajuk : Imbasan Kembali- UMNO Satu Kekalutan, saya petikan balik untuk renungan saudara pembaca ]. Harakah edisi cetakan keluaran 16 – 31 Januari 2004 turut memuatkan berita beribu-ribu orang [berumur di antara 21 hingga 30 tahun] telah menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal mereka ke negeri Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kebanyakan mereka menukarkan alamat ke tiga kawasan Parlimen di Kelantan, iaitu di Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Operasi ini berakhir menjelang 31.12.2003. Harakahdaily.net pada 21 Jan 2004 melaporkan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Ramzi Abdul Rahman dikenalpasti antara mereka yang terbabit memindahkan daerah mengundi dari Kubang Batang, Wakaf Bharu ke Pergau di DUN Dabong. Sedangkan penama tersebut yang juga Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Krai dikesan bermestautin di DUN Wakaf Bharu. Selain itu, seramai 124 pemilih baru yang berasal dari luar Kelantan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan di Daerah Mengundi Batu Hitam, DUN Bukit Panau, Tanah Merah. Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat tindakan pihak tertentu yang mendaftar dan memindahkan pemilih secara salah iaitu berlawanan dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. "Ia juga tidak menepati kehendak Bahagian IV: Pendaftaran Pemilih Akta Pilihan Raya 1958 dan dengan nyata berlaku tindakan kesalahan-kesalahan pilihan raya mengikut Subseksyen 3(1)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta tidak memenuhi peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut, di Balai Polis Daerah Kota Bharu, kira-kira jam 11.50 pagi tadi. Hadir sama Timbalan Pengarah JPN, Mohd Nasir Che Daud dan setiausaha JPN, Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah, wakil-wakil rakyat dan penyokong PAS. Wan Abdul Rahim kemudian menemui pegawai penyiasat DSP Razali Taib dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk diambil kenyataan. Baru-baru ini, Harakah keluaran 16 - 31 Januari lalu mendedahkan beribu-ribu orang menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal ke Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Kerja-kerja tersebut dikatakan mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dilakukan di beberapa tempat di Selangor beberapa hari menjelang 31 Disember lalu. Wan Abdul Rahim berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak keselamatan menyiasat secara menyeluruh bagi membuktikan ada pihak yang telah menipu JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nama-nama pemilih tersebut dimasukkan ke dalam senarai pemilih terutamanya di kawasan DUN Bukit Panau, Gual Ipoh, Kuala Balah, Bukit Bunga dan Dabong. "Laporan ini dibuat berasaskan keyakinan PAS berhubung taktik kotor politik Machiavelli pemimpin Umno dalam usaha menawan Kelantan secara tidak demokratik. "Pada 1994 kegiatan memindah secara 'gonggong' pengundi dari bahagian Pengkalan Chepa ke Parlimen Peringat telah memberi kemenangan kepada Dato' Annuar Musa pada pilihan raya 1995," katanya. PAS juga mendapati Dato' Alias Hussin pernah memindahkan pengundi dari daerah mengundi di Kandis (DUN Perupok) ke daerah mengundi Beris Lalang (DUN Jelawat) di Bachok pada 1998 sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya 1999. Bagaimanapun disebabkan percaturan politik di bahagian berkenaan, bekas Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Shahibudin Mohd Noor pula yang bertanding di DUN tersebut sehingga mengecewakan Alias. Wan Abdul Rahim yang juga Speaker DUN Kelantan berkata, jumlah pengundi baru yang mendaftar bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu seramai 17,167 orang dan 6,637 pemilih tukar alamat. "Sedangkan dalam tempoh pendaftaran tiga bulan sebelum itu, iaitu Julai hingga September hanya 10,510 pemilih baru yang mendaftar dan tukar alamat. "Dalam tempoh tiga bulan terakhir ternyata beberapa DUN menjadi fokus melonggokkan pengundi baru dan tukar alamat. Misalnya DUN Bukit Panau seramai 1,902 pengundi baru dan tukar alamat, sedangkan dalam tempoh sama sebelumnya hanya 380 pemilih baru dan tukar alamat," katanya. Begitu juga DUN Gual Ipoh seramai 612 pemilih baru dan 364 tukar alamat berbanding 299 pemilih baru dan tukar alamat bagi tempoh tiga bulan sebelum itu. Wan Abdul Rahim juga berkata, laporan polis yang serupa akan dibuat di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. MELUCUTKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU Menjadikan Raja-raja Melayu sebagai budak suruhan UMNO. Perkara ini dibangkitan oleh Rais Yatim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden parti SM46 [ Ahmad Lutfi Othman, Mahathir Khianat Melayu, 1994, ms: 67 – 72 ]. Menurut beliau lagi, UMNO pimpinan mantan PM ke 4 langkah jahat untuk memecahkan dan menghapuskan kuasa raja bermula pada 1983 bilamana perkara 66 Perlembagan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budibicara tidak menandatangani sesuatu rang undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budibicara tidak menandatangani sebarang rang undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh mengubal dan meminda apa sahaja rang undang-undang yang dikehendakkinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis perlembagaan pada tahun 1993. Sultan Pahang merupakan Raja Melayu yang pertama yang dibicarakan di Mahkamah Khas ditubuhkan khas mengikut Perlembagaan yang dipinda itu oleh seorang wanita warga Negara Singgapura berkaitan dengan isu pembalakan di Pahang, tetapi Mahkamah tersebut menolakkaan kerana wanita itu didapati tidak mempunyai prima facei kerana beliau bukan warga Negara Malaysia . Disamping itu, undang-undang draconian seperti undang-undang ISA, OSA, Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan lain-lainya yang seangkatan dengan undang-undang ini dipinda dan diperketatkan untuk kepentingan UMNO. Simbol ketuanan Melayu telah hancur akibat UMNO membuat pindaan terhadap Perlembagaan perkara-perkara 38 yang berkaitan dengan kedudukan Majlis Raja-raja, perkara 153 berkaitan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, perkara 159[5] berkaitan dengan sebarang pindaan terhadap kedaulatan dan institusi Raja-raja mestilah terlebih dahulu mendapat perkenan oleh Raja-raja Melayu telah menjadi tidak bernilai lagi, perkara 160 mengenai kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan terakhir perkara 181 berkaitan kedaulatan Raja-raja telah dihapuskan. Bahasa Melayu telah dipinggirkan. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke 4 menyatakan bahawa karbinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.4. PENDIDIKAN Dalam bulan Disember 1995 hingga Januari 1996, Parlimen telah meluluskan 4 akta baru berkenaan dengan pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dibuat pada bulan Disember 1995 dan dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1995. Keempat-empat akta pendidikan ini memberi kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti. Fasal 17 dalam Akta Pendidikan 1995 dan Fasal 41 dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memberi ruang yang luas kepada universiti dan kolej swasta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajian masing-masing. Kebanyakan IPTS ini mempunyai program berkembar dengan universiti-universiti luar negeri seperti di Amerika Syarikat , Britain dan Australia . Berapai ramaikah orang Melayu dan bumiputra yang mampu menuntut di ITPS-ITPS ini. Mengikut statistic tahun 2000 [ MM , 2.6.2002, ms: 6 ], bilangan pelajar bukan bumiputra yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dianggarkan berjumlah 112,000 orang berbanding dengan pelajar bumiputra yang ditaja hanya berjumlah 5,800 orang sahaja. Begitu juga bilangan mereka di kolej-kolej swasta bilangan mereka menjangkau 170,000 orang dan lebih 22,000 di universiti swasta. Di Kolej Tunku Abdul Rahmad [ dan kini sudah dinaikkan taraf sebagai universiti ] bilangan pelajar bukan bumiputra menghampiri 15,000 orang, manakala di peringkat ijazah di universiti awam pula mereka mencecah 80,000 orang. Jika angka-angka ini dicampur, bilangan pelajar bukan bumiputra yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ialah seramai 399,000 orang berbanding jumlah keseluruhan enrolmen pelajar ke institusi pengajian tinggi seramai 753,000 orang. Amat jelas bilangan pelajar bukan bumiputra lebih tinggi berbanding pelajar bumiputra, walaupun jumlah penduduk bumiputra pada tahun 2000 ialah 65.1% berbanding cina 26.0% dan India 7.7%. MCA umpamanya sangat mengambil berat betapa pentingnya pelajaran di kalangan masyarakat Cina. Mantan Presiden MCA, Dr. Ling Liong Sik pernah melafazkan : “ Pendidikan adalah masa depan kita dan ia adalah segala-segalanya “. Beliau berucap demikian dalam satu majlis menyerahkan derma untuk sebuah kolej swasta bernama New Era College . MCA terlibat khusus dalam mewujudkan bebrapa institusi pengajian seperti New Era College, Southern College, Kolej Jayadiri, KTAR dan Projek langkawi. Kolej Tunku Abadul Rahman [ kini bertaraf universiti ] yang ditubuhkan pada tahun 1969 mengeluarkan beribu professional dalam pelbagai bidang. KTAR telah mengembangkan lagi beberapa buah kampus cawangannya di Kampar, Pulau Pinang, Segamat dan Perak. Betapa seriusnaya MCA terhadap pendidikan boleh dilihat melalui sumbangan yang diterima dari anggota-anggotanya. Pada tahun 1997, Perhubungan MCA Pahang berjaya mengumpul RM10,888,888.88 hanya dalam satu majlis makan malam. Untuk membiayai pembinaan kampus cawangan yang keempat di Kampar, seorang YB bernama Hew See Tong telah menderma RM5 juta di samping menderma sebuah tapak di Bandar Baru Kampar seluas 20 hektar. Kalau dikaji senarai mereka yang menerima faedah daripada projek-projek kerajaan, pembahagian saham, lesen, permit dan sebagainya yang lebih 90 peratusnya ialah Melayu dan pastinya 99 peratus adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Sewajarnya kita memiliki lebih dari MCA miliki. Kita menjadi lebih sedih apabila MIC sebuah parti yang lebih kecil mempunyai sayap pendidikan yang dinamakan Maju Institut of Education Development yang telah pun mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membantu kaum India yang mempunyai masalah kewangan untuk ke universiti dan kini telah menubuhkan beberapa buah universiti dan kolej. Kewujudan IPTA-IPTA sudah dikira sebagai agenda UMNO dan dianggap telah selesai dalam mengharongi era dunia ITC. Agenda itu dianggap sebagai agenda kerajaan. Amat malang , UMNO tidak tahu membezakan atau memisahkan apakah itu kerajaan dan apakah itu UMNO. Mulai tahun 2002, kemasukkan ke ITPA adalah berdasarkan kepada system kuota dan meritokrasi dan mulai tahun 2003 juga ruang 10% telah diberikan kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM dan program mattrikulasi, Dalam pada itu, akibat perbezaan politik dua MRSM di Terangganu telah ditutup. K uota pengambilan pelajar bukan bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan depan[Febuari 2004] akan dinaikkan daripada 10 kepada 30 peratus. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz berkata, lima MRSM yang terbabit dalam pengambilan pelajar bukan bumiputera itu ialah di Pontian, Muar, Kuala Kubu Baru, Kulim dan Kuala Lipis. Menurut beliau, tindakan menambah kuota 30 peratus pelajar bukan bumiputera di lima daripada 17 buah MRSM di negara ini berikutan kebimbangan ibu bapa kaum terbabit jika bilangannya hanya 10 peratus sahaja. ``Dan pengambilan pelajar bukan bumiputera di MRSM ini tidak hanya kepada lulusan daripada aliran sekolah kebangsaan tetapi juga murid dari aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,'' [ BH, 6.1 2004]. Bukankah ini satu bentok tindakan kianat terhadap orang Melayu khususnya dalam pendidikan. 5. MEMUSNAHKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT Dalam pada itu juga, UMNO telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [ SAR ] dengan memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah ini dan pada masa yang sama kerajaan pimpinan UMNO terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga ditawarkan untuk diserapkan ke dalam sekolah-sekolah kerajaan. Tindakan ini merupakan satu pengkianatan terhadap umat Islam yang mahu mendalami pengajian Islam dalam era keruntuhan moral yang dashat yang melanda masyarakat sekarang ini. SAR memberi sumbangan yang amat besar dalam menyediakan peluang-peluang pendidikan yang tidak mampu ditampung oleh pendidikan biasa. SAR juga banyak memberi sumbangan melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai bidang termasuk Hamid Othman dan Zainal Abidin Abdul Kadir yang belajar di sekolah ini. Alasan yang diberikan oleh UMNO yang mengatakan sekolah-sekolah ini tidak mengajar Islam yang sebenar dan menjadi sarang membiak pengganas adalah tidak betul. Sebaliknya sekolah-sekolah berasrama penuh yang ternama seperti MCKK, MMJB dan SM Alam Shah dan sekolah-sekolah [ kebangsan dan menengah ] bantuan penuh kerajaan telah dilaporkan oleh media bahawa terdapat segelintir pelajar-pelajarnya bergaduh ala samseng, memukul guru, merogol, mencuri, menipu, menjalankan aktiviti vandelisma dan pelbagai lagi aktitivi negative dan jenayah. Tujuan UMNO sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu. 6. MERAMPAS TANAH RAKYAT Dalam mengejar arus pembangunan, UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan. Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital. Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di Johor pula UMNO merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. Di Melaka, UMNO mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terangganu, UMNO menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar. Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi menganti tanah yang dijual itu. Di Langkawai pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan. Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020. Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985. Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ¼ hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Pemimpin-pemimpin UMNO ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit. Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNO. 7. EKONOMI Dasar Ekonomi Baru [ DEB ] yang banyak menguntungkan bangsa Melayu telah ditukar kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menekankan kepada persaingan untuk mendapat projek, lesen, permit dan sebagainya. Hanya orang-orang Melayu UMNO sahaja yang mendapat faedah kerana mereka berdampingan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama Negara. Banyak syaraikat-syarikat dan agensi kerajaan yang untung sebelum diswastakan telah mengalami kerugian dan terpaksa kerajaan ambilalih semula seperti MAS, Syarikat Perkapalan Berhad, IWK, STAR, TNB, Renong, DRB-HICOM, RHB, UEM dan sebagainya. Ini disebabkan orang-orang yang diberi peluang ini tidak mempunyai kepakaran hanya pandai bodek pemimpin. Orang-orang bukan Melayu menjadi bertambah kaya raya kerana mereka pandai dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin. Mereka mendapat pelbagai projek. Mereka seperti Ananda Krishnan, Arumugam, Jeffry Cheah, Ting Pek Khiing, Yeoh YTL, Vincen Tan, Lim Goh Tong, Erik Chia, Quek Lian Chan, Loy Hean Heong dan lain-lain lagi. Mana pergi nama-nama Melayu tersohor satu ketika dulu seperti Rashid Hussain, Tajudin Ramli, Halim Saad, Wan Azmi Wan Hamzah, Omar Shah dan lain-lain yang ternama hilang tanpa berkubur dalam arena korperat. Dalam temuramah yang sama Dr. Ahmad Fawzi Basri sekali lagi menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu masih lagi jauh ke belakang berbanding dengan orang bukan Melayu. Ini adalah satu kegagalan UMNO dalam memerintah Negara selama 46 tahun. Mohd.Noor Azam dalam BM, 11.3.2001 menyatakan milik bumiputra dalam projek penswastaan kerjaan hanya RM8.57 billion [ atau 25.6% ] dan bukan bumiputra RM25 billion [ atau 75% ]. Manakala kontrak yang dapat oleh bumiputra pula berjumlah RM24.48 billion sebanyak 1,401 buah syarikat dari 4,987 buah syarikat, selebihnya adalah syarikat milik bukan bumiputra. Pada tahun 1963, orang-orang Melayu mengadakan satu kongres membincangkan masalah ekonomi yang mereka hadapi iaitu masalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan. Hasil dari kongres tersebut lahirlah Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk membantu orang-orang Melayu dalam perniagaan. Professional Melayu telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan bank ini, tetapi disebabkan perasaan tamak dan haloba telah berlaku skandal BMF yang merugikan orang-orang Melayu dan negera sebanyak RM2.5 billion pada tahun 80an. Dua kali bank ini diselamatkan oleh kerajaan disebabkan salahurus dan pecah amanah, pada tahun 1984 disuntik modal sebanyak RM2.3 billion dan sekali pada tahun 1989 sebanyak RM982 juta. Pada tahun 1997-1998, bank ini sekali ladi menghadapi masalah kerana memberi pinjaman mudah tanpa mengikut procedure bank sehingga bank ini rugi berjumlah RM6.2 billion. BBMB memberi pinjaman besar kepada tajudin Ramli [ MAS dan Celcom ], Halim Saad [ Renong dan UEM ], Azman Hashim [ Arab Malaysia Berhad, Vincen Tan [ Berjaya Group ], Francis Yeoh [ Lion Group ] dan KUB. Akhirnya, untuk menyelamatkannya, ia diarah bergabung dengan Bank of Commerce dan kini dikenali sebagai Bumiputra Commerce Bank Berhad. 8. MENGHALANG PERLAKSANAAN ISLAM SEBENAR Tindakan Zahid Ibrahim, Timbalan Perhubungan UMNO Kelantan membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah [ hudud dan qias ] telah diluluskan oleh DUN Terangganu pada 8 Julai 2002 dan telah diperkenan oleh Sultan Mizan pada 2 September 2002 serta pun telah diwartakan untuk dilaksanakan pada 27 Oktober 2003 bersamaan 1 Ramadhan 1424 ke Mahkamah Persekutuan merupakan satu tindakan pengkianat terhadap oarng yang ingin mengamalkan ajaran Islam sebenar. Hanya orang-orang yang tidak beriman dan berfahaman secular sahaja yang sanggup mengambil jalan sebegini untuk menghalang Islam memerintah bukan Islam diperintah. Mereka menjadikan dunia dan akhirat tidak ada hubungan. Bagi mereka politik hendaklah dipisahkan dari agama. Politik lain. Agama lain. Perkara ini pernah di suarakan oleh Zainudin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan ketika mengulas Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi penekanan agama dalam mentadbir negeri, beliau pernah mengatakan agama sebagai candu dalam usahanya menuduh Kerajaan Kelantan mengabaikan pembangunan berbentuk fizikal untuk rakyatnya yang banyak merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki. Mereka boleh terima apabila Islam dihina dan diperlecehkan oleh mantan pemimpin utama Negara dan oleh penulis-penulis seperti Astora Jabat, Aris Noor, Sister In Islam dan sebagainya. Sedangkan dalam Islam, menjadi satu kewajiban bagi setiap orang muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Nabi Mohamad SAW menentang sebarang kemungkaran yang berlaku mengikut kemampuan masing-masing. Melalui tindakan sekiranya ia mempunyai kuasa, dengan lidah berdakwah dan selemah-lemah iman ialah penentangan dalam hati yang tidak redha sebarang kemungkaran yang berlaku. Setiap muslim juga tidak mengira pangkat dan keturunan wajib mengamalkan amal makrof dan nahi mungkar mengikut kemampuan masing-masing. Mereka hanya pandai berhujah mengatakan ini adalah hudud PAS yang bertentangan dengan Islam sebenar. Mana dia hudud UMNO yang dikatakan mengikut Islam sebenar. Telah 46 kita merdeka tidak sebarang habuk pun mereka buat untuk menegakkan hokum Allah ini, melainkan mereka menekan kepada aspek syiar semata-semata bukan syariat. Kenapa perlu ada sekatan terhadap sebahagian orang Islam yang lain yang mahu beramalkan dengan hukum Allah. Kenapa memberi alasan kepada Perlembagaan negara yang menghalang pelaksanan hukum Allah ini, sedangkan pindaan Perlembagaan dilakukan acap kali untuk kepentingan UMNO. Mana-mana Undang-undang yang menghalang pelaksanaan hukum Allah boleh dibuat pindaan. Semenjak Merdeka sebanyak 42 kali Perlembagaan negara dipinda, ISA paling banyak mengalami pindaan sebanyak 20 kali. Ini semua adalah auta UMNO semata-mata. Sering kali juga UMNO memberi alasan ini adalah Hudud PAS yang tidak mengikut Islam yang sebenar. Mana dia Hudud UMNO yang mengikut Islam yang sebenar? Kalau begitu, apa sebab UMNO tentang, UMNO TENTANG KERANA: 1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan, kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan hukum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90-an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah. Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik , 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat. 2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah, rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat. Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja, rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah, menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa. Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini, maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi dari pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini. Oleh itu, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia. 3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun baik halal atau haram tidak diambil pusing. Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri, kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [sejak ditubuhan pada awal tahun 70-an tidak pernah bayar sesen pun zakat untuk membantu orang-orang miskin, tetapi sebaliknya membantu orang-orang kaya dan tokoh-tokoh korperat terkenal yang dekat dengan pemimpin no.1] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak disesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah, malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas. Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin Hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti ini diamalkan tanpa asuhan aqidah. 4. Budaya rasuah, penyalah-gunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging selama 46 tahun UMNO memerintah, mana mungkin Undang-undang Hudud dibenarkan. Membenarkan Hudud dilaksanakan, bermakna mereka akan menerima nasib yang amat malang dan akan menderita sepanjang hayat. Umpama penagih rokok, mana mungkin mereka merelakan rokok diharamkan. 5. Arak, judi, perzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong [termasuk juga pembohongan dalam urusan pilihan raya], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara, melarikan anak seorang Raja menikah di Selatan Thailand pada tahun 1994, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan, masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah [Hudud dan Qisas]. Pelaksanaannya akan menyebabkan industri hiburan ini akan runtuh dan orang akan kembali beriman kepada Allah dan RasulNya. 6. Kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya tahun 1999 yang lalu. Pada pilihan raya tersebut UMNO kalah, BN menang. Oleh itu, UMNO akan terus mengunakan isu ini menakut-nakutkan pengundi bukan bukan Islam untuk terus menyokong UMNO/BN pada pilihan raya ke 11 nanti. UMNO MELAKSANAKAN DASAR MALAYSIAN MALAYSIA DAN MALAYAN UNION Ketika Lee Kuan Yew menyuarakan dasar Malaysian Malaysia dan Malayan Union, UMNO menentangnya, tetapi kini UMNO telah menunaikanya secara tanpa disedari oleh rakyat. Raja-raja Melayu telah hilang kedaulatannya seperti yang dikehendaki oleh Malayan Union. Equal citizenship [ taraf sama rata bagi semua rakyat tanpa keturunan ] telah ditunaikan oleh UMNO. Orang bukan Melayu sekarang boleh menjawat pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam seperti orang Melayu menikmati. Mereka boleh mengundi dan boleh diundi. Boleh jadi PM [ dan pernah Presiden MCA Dr . Ling Leong Sik memangku sekejab jawatan Pengerusi BN dan jawatan PM ketika krisis UMNO pada tahun 1987 ]. Bukan Melayu telah pernah menjadi Gabenor Melaka dan pernah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja [ buka balik buku sejarah ] yang mereka tidak boleh menjadi Sultan sahaja. Hak-hak Istemewa Orang Melayu pun sedikit demi sedikit telah dihapuskan oleh UMNO seperti dalam pendidikan [ dulu ada kuota, sekarang ikut meritrokasi, MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh kini telah diisi dengan pelajar bukan Melayu, biasiswa telah dihapuskan dan sebagainya. Hak orang Melayu memegang ekuiti dalam syarikat-syarikat awam yang diperbadankan dan diswastakan juga telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk memperkayakan diri dan keluarga. Malah Mahathir sendiri telah mengencam hak-hak ini sebagai orang Red Indian di Amerika [ orang Melayu dalam UMNO boleh mendiamkan diri apabila bangsanya dihina begitu rupa oleh seorang berketurunan Mamak ] dan Mahathir membuat ugutan akan menarik balik tongkat ini supaya orang Melayu boleh maju tanpa sokongan kononnya, tetapi kenapa pada masa yang sama beliau membail outkan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh tokok-tokoh korperat ternama termasuk anaknya sendiri yang hampir muflis dengan mengunakan wang Negara wang rakyat. PENUTUP Begitulah serba sedikit yang saya boleh tuliskan untuk kita sama-sama berfikir mengenai pengkianatan UMNO terhadap orang-orang Melayu. UMNO akan menggunakan apa saja cara melalui cara halal atau haram untuk mengekalkan kuasanya. Kehilangan kuasa bagi UMNO bagaikan orang buta kehilangan tongkat. Kuasa bagi UMNO sebagai tongkat sakti untuk meminta apa saja yang dihajati di dunia ini. Kekayaan, kedudukan dan kekuasaan. Oleh itu jangan haraplah UMNO akan bersetuju dengan cadangan SPR untuk memperkenalkan Kod Etika Pilihan raya kerana kod memberi peluang bermain di padang yang sama rata dan merugikan UMNO. Mantan PM ke 4 pada 19 September 2003, awal-awal lagi telah menolak cadangan SPR untuk membenarkan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya nanti untuk mengadakan rapat umum dengan alasan penyokong parti PAS belum matang lagi. Ahli dan penyokong UMNO sahaja yang matang, orang lain semua bodoh. Kita juga jangan menaruh harapan terlalu tinggi terhadap SPR untuk membuat pemantauan supaya pilihan raya yang akan diadakan nanti secara fair play. Itu hanyanya impian semata-mata selagi UMNO berkuasa. UMNO masih lagi memimpin, tetapi sejauh mana harapan rakyat Melayu terus bergantung kepada UMNO sebagai wadah perjuangan ketuanan Melayu belum dapat dipastikan. UMNO kini semakin jauh dari rakyat. Pemimpin elit tidak lagi dipotretkan sebagai kepimpinan yang memperjuangkan rakyat malah dilihat sebagai tuan rakyat. Kalau dulu 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, kini sudah terbalik 99 untuk pemimpin 1 untuk rakyat. Bagi negeri-negeri yang pengaruh PAS tidak kuat seperti di negeri Johor, NS, Melaka dan negeri-negeri lain kawalan dilonggarkan, ini memberi peluang kepada UMNO untuk membuat penipuan dalam pengundian dan pengiraan undi kelak kerana di negeri-negeri ini PAS mempunyai ahli dan penyokong yang tidak ramai dan mereka pula tidak ada kemahiran dalam pengendalian urusan pilihan raya. Satu lagi yang amat membimbangkan saya ialah takut-takut SPR akan melantik semua orang yang terlibat dalam urusan pengundian kelak seperti pemerhati di bilik pengundian dan di bilik perkiraan undi hanya melibatkan orang-orang UMNO sahaja seperti yang berlaku pengambilan Pembantu Tadbir Sambilan. Sekarang ini kaedah yang digunakan ialah SPR ialah wakil-wakil parti yang bertanding dibenarkan sebagai pemerhati agar segala urusan pengundian berjalan lancar. Mudah-mudahan dijauhi oleh malaikat 44. Insaflah UMNO. Berlawanlah secara anak jantan. Jangan jadi betina. Janganlah berlawan seorang dan jauh-jauh. Hujah lawan hujah barulah anak jantan namanya. Jangan gunakan media massa membuat orang tidak boleh menjawab balik. Jangan sekat ceramah. Mari sama-sama menegakkan hujah masing-masing. Biarkan rakyat tentu, siapa benar dan siapa salah. Kita perlu mengingatkan UMNO, bila bertindak perlulah berlaku adil tanpa memilih bulu. Yang salah tetap bersalah. Rakyat Malaysia kini bukan lagi rakyat 50an, 60an atau 80an, tetapi rakyat kini terdedah dengan pelbagai maklumat dan rakyat semakin hari semakin celik. Rakyat yang berpendidikan semakin bertambah sebab itu walaubagaimana hebat pun media-media membuat propaganda siang malam dan pelbagai langkah diambil untuk melemahkan pembangkang, namun usaha-usaha tersebut gagal dan belum menyakinkan UMNO untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini. Sekali lagi kita merayu kepada UMNO yang memerintah supaya berlaku adillah kepada semua pihak. Kita takut teori politik akan berlaku seperti berikut,: “ Apabila ahli-ahli sesebuah pertubuhan itu dikawal terlalu ketat dan ada tindakan-tindakan yang dianggap tidak adil berlaku,maka mereka merasa kebebasan mereka untuk bersuara pun sudah dirampas, akan lahir di kalangan mereka orang yang akan memberontak. Ini satu fenomina yang biasa terjadi dalam sejarah ketamadunan manusia “ dan kita berharap perkara ini tidak berlaku di Malaysia yang kita sama-sama cintai ini. Sekali lagi saya menyebut amaran yang di beri oleh Musa Hitam dalam MM, 11.3.2001 yang berbunyi,: “ ……..kalau ada saluran untuk meluahkan pendapat, tetapi undang-undang digunakan untuk menyekat saluran tersebut, maka orang mungkin mencari saluran lain “. Sekian, untuk kali ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dilain bicara. Terima kasih. ___________________________ Terbitan : 24 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |