SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Helah dan Daleh Yang Dah KalehKita cukup kesian ngan paklah yang pi bawak gelembung biru ke Kelantan. Kena tipu hidup-hidup Paklah tu dengan pengampu-pengampu gelembung biru. Paklah konfiden rakyat Kelantan dah berubah ke arah gelembung biru sebab ramainya yang pi sambut dia. Adusss, betapa dia tidak tahu bagaimana pengampu-pengampu tu mengarahkan kakitangan kerajaan dan swasta supaya hantar orang pi sambut paklah. Inilah yang selalu depa buat. Dulu depa kutip dengan bas ke stadium, pastu huluq dua tiga RM dan nasi bungkus supaya stadium penuh. Baru ni kawan bagitau, 200+ kakitangan sebuah syarikat swasta diarah pi sambut paklah. Bagaimanapun buat pengetahuan SB-SB gelembung, dan sampaikan pada Paklah dan pengampu-pengampu, rakyat Kelantan tetap macam dulu jugak. Depa dah takleh terima gelembung biru ni, sebab bak kata Rod Steward, first cut is the deepest. Cara umno tekan orang-orang melayu Kelantan bilamana tak undi umno, cukup menyedarkan mereka. Diperkuatkan pula dengan tekanan pada rakyat Teganu bilamana depa tendang umno keluar PR dulu. Kelate dan Teganu tetap makmur tanpa umno. While Malaysia nak jadi negara maju, Kelate dan Teganu prefer jadi negara makmur. Maju ala gelombang biru, menjurus kepada kehancuran - sepertimana sekarang, makooiii AKU TAK NAK. Tu pun masih tak sedar - terus dok jaja nak jadi negara majuuu, negara majuuuuuu... negara maju, rakyat punah ranah!!! Ikan buntal, bilamana gelembung dia membesar, segala duri-duripun keluar. Begitulah dengan umno yang datang dengan gelembung biru sekarang. Ada pulak manifesto tambahan untuk 2 negeri itu. Gelembung-gelembung ni, terutama yang biru, banyak hot-air kat dalam dia. Kalau ada juak-juak depa datang promis tu promis ni, sila minta depa siapkan semuanya sebelum PR. Kalau jalan, minta tar sampai depan tangga. Kalau lampu, make sure menyala sebelum PR. Bila PR, cucuh gelembung biru tu biar berdesusss keluar angin panasnya. Jangan pangkah biru. Jalan, sekolah, lampu, air, sumer tu dah jadi tanggungjawab gomen sebab kita bayar cukai. Duit minyak orang Teganu mana pergi? Ada MRSM kat Teganu depa tutup. Kuota masuk MRSM menteri-menteri depa pegang. Anak-anak miskin orang Teganu dan Kelate yang cemerlang, tak gerenti buleh masuk kalau takdak cable. Tapi anak-anak orang kaya yang masuk dalam senarai menteri-menteri depa senang-senang masuk. Anak bangsa lain pun buleh masuk. Walhal depa-depa ni senang-senang buleh bayar tiusyen. Anak orang miskin usah nak tiusyen, nak sambung sekolah, nak bedah, kena minta belas ihsan... hiplah, hoplah,...lambat dapat duit, meninggal dulu. Duit negara melimpah ruah??? ke F1 lah, sukanlah, TLDL la, dsbnya. Pastu dok jaja seantero dunia, Malaysia nak jadi negara maju. Tak faham-faham lagi. Dah jelas depan mata, negara Malaysia punah ranah sekarang, masih nak ikut negara-negara maju dunia barat nu. Bukan negara majulah... sepatutnya "NEGARA MAKMUR YG DIREDHAI" Orang umno kata pembangkang tak ada isu dalam pilihanraya kali ini... betul ke? Macam mana dengan isu rasuah... isu pejuang bangsa umno yang sinonim dengan imej sopan santun dan budi bahasa sesuai dengan ciri-ciri orang melayu seperti Datuk NAZRI, isu kereta...menampakakan ke"cerdik"kan kerajaan dalam menangani isu AFTA ni...(teringat bila pak lah kata...harga kereta TAK SEPATUTNYA naik)... Agak-agaknyanya apa plak isu yang akan dibawa oleh UMNO??? ooo tu kita leh jawab... 1.undi PAS masuk syurga(dah ada pong la ni)2.amanat TG Haji Hadi 3.semayang 2 imam 4.kafir mengkafir 5.kalau pembangkang perintah...peristiwa 13 mei akan berulang 6. Isu keluar Parti...masuk parti Seperti: Selamat Tinggal PAS- Bendahari Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa sebilangan ahli PAS di Bachok telah mengunjunginya bagi memaklumkan bahawa mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang, walaupun masih berada dalam parti pembangkang itu. Seruan umno kepada ahli-ahli Keadilan "Wahai ahli-ahli keADILan, sesungguhnya riwayat parti kamu sudah hampir sampai ke penghujungnya. Parti keADILan akan maut dalam keadaan yang amat sadis da... barang siapa meninggalkan keadilan pada bulan ini ganjaran RM 3.00 digandakan sepuluh... Kalau boleh kita nak dengar isu "claim ahli parlimen yang melebihi RM 10 ribu" dulu... Kenapa sekarang senyap saja? Adakah kerana belum siap siasat atau memang tak ada kes? Perkara ini...perlu di'senyap'kan kerana ada ahli fikir tersohor yang tersilap 'fitnah'... Kalau tak ada kes kenapa dulu heboh sangat? Kalau boleh kita nak dengar juga isu tabung pesakit kronik kementerian kesihatan yang susah nak digunakan oleh pesakit kerana masalah karenah birokrasi... Ini juga masalah rakyat yang perlu difokaskan... Kalau nak tambah sikit boleh...isu mengenai biasiswa pelajar... kini makin sikit yang berpeluang biasiswa tapi yang banyak hanyalah pinjaman semata-mata...yang sakit tu...ada 'interest' pula tu...walaupun diambil dari dari poket "kerajaan" ( duit rakyat )...ini juga masalah rakyat yang perlu difokuskan... kalau lepas belajarpun kena bayar balik dengan jumlah banyak...sampai bila agaknya nak bantu keluarga... tambahan pula kerjapun susah nak dapat!!! Perbezaan antara BTN dan Khidmat Negara Seorang pelatih Khidmat Negara ni ditemubual...dipendekkan cite...pelatih ni jawab...salah satu tujuan khidmat negara dijalankan untuk memajukan BANGSA katanya... BTN: lagu tema: anak kecil main api KN: MalaysiaKu BTN:laungan semangat : HIDUP MELAYU!!!! KN : MALAYSIA BOLEH!!!! BTN: 100% ORANG KITA KN : campur-campur BTN: tajuk ceramah :bagaimana nak majukan bangsaku KN : Bagaimana nak majukan malaysia dipersada dunia BTN:diajar menangani MUSUH DALAM SELIMUT ORANG KITA KN: diajar menangai MUSUH NEGARA DARI DIJAJAH SEMULA umno...umno...parti talam dua muka Dari X-files umno... Pahang dan Selangor dijangka kekal dalam BN... Berita Hairan tapi benar... Satu ketumbukan besar tentera syaitan dan iblis dari kem terbesarnya di Genting Highland telah bersiap sedia untuk dikerahkan bagi mempertahankan BN di Pahang! Sementara itu, 2 ketumbukan tentera syaitan dan iblis yang amat besar juga dikatakan telah pun dipersiapkan dari 2 kem terbesarnya, carlsberg dan Anchor demi mempertahankan BN Selangor. Persiapan dan jentera p/raya BN dijangkakan lebih mantap apabila pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO totok serta parti-parti komponen mereka bergabung tenaga dengan ketumbukan tentera-tentera syaitan tersebut dalam waktu yang terdekat ini untuk mempertahankan BN di kedua-dua negeri di atas... Ade ke ustaz-ustaz umno totok nak nafikan berita hairan di atas? Duit-duit upah yang diberi kepada ustaz-ustaz amno masa pilihanraya nanti tu, don wolly...wa kasi belapa lu mauu...janji BN mesti minang... Lim goto Tong Taik Sungguh tak menghairankan.. kenapa Malaysia ketinggalan... You pay nuts you get monkeys. Tengok di mana-mana aje bidang IT ini dipraktikkan. IT experts kat syarikat-syarikat swasta ke, kerajaan ke, tak dak beza dengan personnel-personnel lain dept in term of salary and promotion. Kekadang HR personnel lagi laju naik pangkatnya. Kalau nak ganjaran lebih, depa join consulting firm. Masuk consulting firm pulak, timbul masalah lain. Top mgmt of companies bukan pandang sangat local experts ni walaupun depa memang experts. Depa lebih percaya cakap orang putih. Years of practical experience of local experts depa tak pandang. These local IT experts suffer in silence. Macam mana depa nak develop and expand creativity depa? Beginilah nasib Malaysia. Doktor pun sama. IT experts pun sama. Pakar nuklear pun sama. Sebab, kerajaan yang memerintah tak creative. Pemimpin-pemimpin lembab semacam dan masih ditakok lama. Asyik nak mengampu. Asyik kira apa depa dapat. Tak tahu nak maximise local resources to the maximum. Contoh terbaru, kes Al-Kauthar. Mati-matilah kumpulan tu mencipta kaedah belajar yang creative. Alih-alih kementerian ciplak. Kesian kat dia orang. Terpaksa wakil dia merayu-rayu kat depan TV. Kita harap kementerian selesai masalah ni dengan baik. Negaraku ni angan-angan aje lebih, negara majulah, visi 2020 la... All full of hot air filling up the gelembong biru. [19] (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang terjadi). [20] Dan (pada ketika itu) mereka berkata: “alahai celakanya kami, ini ialah hari pembalasan!” [21] (Lalu malaikat berkata kepada mereka): “Ini ialah hari penghukuman sebagai balasan atas apa yang kamu dustakan dahulu”. [22] (Allah berfirman kepada malaikat): “Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta bahan-bahan yang mereka sembah”. [23] “selain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke Neraka”. [24] “Dan galangi(hentikanlah) mereka, kerana sesungguhnya mereka akan disoalsiasat”. Tafsir surah As-Shaaffaat (Ayat 19 – 24) Ulasan maksud ayat 19-24 dalam surah As-Shaaffaat di atas, Allah swt menggambarkan kepada kita mengenai kebenaran tentang kebangkitan hidup semula manusia di hari akhirat. Dengan kuasa ketuhanan dan kehendaknya, amat mudah dan enteng bagi Allah swt untuk menghidupkan kembali manusia yang telah mati dan mereka akan menyaksikan sendiri kebenaran janji-janji Allah swt ini. Kepada orang-orang yang mengingkari ajaran ilahi semasa hidupnya di dunia dengan sendirinya menyesali tindakan mereka ketika itu. Tetapi, semuanya telah terlambat, kerana hari kebangkitan tersebut adalah merupakan hari perhitungan amal kita dan penghukuman terhadap orang-orang yang mendustakan, mengingkari, mempersenda atau menentang panggilan tauhid semasa hidupnya di dunia. Di hari kebangkitan inilah Allah swt akan menghimpunkan “pesalah-pesalah” mengikut kes-kes kemungkaran yang dilakukan bersama-sama dengan bahan-bahan buktinya (maksud asli ialah berhala) sekali. Digambarkan pula dalam ayat 23-24, gerombolan pesalah-pesalah tersebut akan disoalsiasat dan diadili dengan saksama oleh tuhan dalam perjalanan menuju ke neraka jahanam...nau zubillah! P/S Gangguan berterusan terhadap kegiatan dan majlis Barisan Alternatif (BA) termasuk ugutan ke atas pemimpinnya oleh pihak berkuasa polis menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak menjelang pilihan raya umum ke-11. Apasal laman web SPR ni asyik tak berfungsi aje. Tak stabillah. Sedang dikemaskinilah. Macam manalah nak jadi negara maju ni. MSC dah lama exist. Masalah sistem SPR slow ni pun tak selesai-selesai. Berapa juta SPR bayar bina sistem depa ni? Takkanlah tak dapat agak berapa average transaction rate during peak. Bagilah server yang besar sket. Network yang laju sket. Demi negara. Orang nak check tempat ngundi pun takleh. Depa risau nama depa muncul kat Sabah ke, Johor ke. Dengar khabar, nama dayak Borneo pun muncul di Jeli. Sanggup depa menipu noh. Takut kalah lagi kot. ___________________________ Terbitan : 25 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |