SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Rompakan Senjata Al-Maunah - Hanya Satu Sandiwara SahajaSaya ingin mengupas balik semula isu ini dari sumber internet yang telah saya nyatakan di bawah. Antara peliknya sandiwara Al-maunah ni, macamana kes bunuh orang, boleh terlepas macam tu jer. Peristiwa yang berlaku pada Julai 2000, Mohd. Amin bin Mohd Razali & 18 rakannya. Kes ini walaupun nampak macam kes besar, perbicaraan kesalahan di mahkamah;Cuba untuk berperang dengan Yang Dipertua Agong dan kerajaan Malaysia. Cuba untuk mewujudkan kekacauan atau huru-hara (riot). Cuba untuk wujudkan Negara Islam. Merampas dan memiliki senjata tentera Post 2, Kuala Rhui Camp and at Batalion 304, Kem Grik. Mempunyai parang kembar Memiliki baju uniform tentera Membunuh 2 orang mangsa culik (kebetulan 2-2 bukan islam) Menyerang pegawai keselamatan Membuat kacau dibeberapa tempat seperti di Petaling Jaya, Shah Alam and Batu Caves, termasuk shooting of the cable tower and installations belonging to Tenaga Nasional Berhad (TNB) at Lata Kekabu. Dan selepas beberapa kali dibicarakan di mahkahmah tinggi dan membuat rayuan, pada 26 Jun 2003, mereka semua ini bebas begitu sahaja selepas mendapat pengampunan. Itu yang pelik tu. Antara fakta pelik yang lain; Mr.Sahadevan yang terbunuh itu dipanggil bertugas ketika sedang bercuti, kenapakah tidak ada pegawai polis yang lain untuk mengambil tempatnya? Bagaimanakah begitu mudah untuk menceroboh masuk gudang simpanan senjata? Kenapakah pegawai yang membenarkan militan Al-Maunah memasuki stor ataupun gudang senjata itu tidak pernah dihadapkan ke mahkamah tentera? Kenapakah tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab? Kenapakah kisah perbicaraan Al-Maunah diberikan liputan media yang berlebihan? Kenapakah Menteri Pertahanan enggan membenarkan sessi soal-jawab dengan PAS mengenai kisah memuatkan senjata rompakan itu? Kenapakah Kementerian Pertahanan terpaksa melakonkan semula kerja-kerja memuatkan senjata yang dicuri selepas berlakunya 'kecurian'? Jumlah senjata yang dilarikan TIDAK mungkin sebanyak yang dilaporkan. Yang peliknya bagaimana pihak media dengan pantasnya melaporkan kejadian mendahului kenyataan rasmi menteri pertahanan/ATM. Laporan dengan yakin mencatatkan bilangan dan jenis senjata. Ini bertentangan Perintah AM kakitangan kerajaan jika pegawai kem memaklumkan perkara ini kepada pihak media tanpa kebenaran dan melalui pegawai tertinggi jabatan. Rampasan Senjata Di Kem Tentera. Pencerobohan kem memang telah berlaku dan dilakukan oleh orang yang mahir dengan ilmu ketenteraan yang terlatih yang terdiri daripada pelbagai pangkat. Dengan jelas lagi adalah pasukan tugas khas ( dari Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Dalam Negeri ). Kementerian Pertahanan TIDAK terlibat dalam perancangan operasi ini.( mungkin Najib tidak tahu operasi ceroboh kem dan rampas senjata pada awalnya ) Semua persoalan ini masih tidak diberikan jawapan yang memuaskan rakyat, dan ini membuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa keseluruhan episod Al-Maunah adalah sengaja diada-adakan, dengan segala tipu muslihat, untuk memperbodohkan rakyat dan mencetuskan kesangsian antara orang Islam dan bukan Islam untuk menyerang PAS. Ekoran selepas peristiwa ini Mahathir telah membentangkan satu usul agar raja-raja meluluskan agar perkataan Islam tidak boleh digunakan oleh parti politik. Adakah ini sebabnya ??? Atau ada sebab lain mungkin hendak menyatakan kepada dunia di Malaysia ada puak pelampau islam atau penganas islam yang ingin mewujudkan negara islam ??? Atau mungkin untuk beritahu rakyat yang hukuman ISA masih relevan di Malaysia ??? Ataupun peristiwa ini juga adalah kayu pengukur kepada kesetiaan dan kesanggupan Abdullah Badawi berbuat apa sahaja apa yang diarahkan oleh PM sebelum dia boleh menjawat jawatan PM itu. Ataupun memang wujud perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi dengan tujuan mengaibkan ATM/Najib. Mengesahkan bahawa Kumpulan Islamik adalah sesat dan berbahaya kepada keselamatan negara dan masyarakat majmuk. Sebab itulah bukan melayu dimangsakan. Apakah sebabnya, rasa masih ragu2, apakah sebabnya, tak logik langsung lebih kurang 20 orang nak berperang dengan askar tentera Malaysia, tak logik langsung. Tak sabar hendak tunggu PAS memerintah, kita akan selongkar semua sandiwara2, drama2, cerita2 misteri ini. Lama-kelamaan nanti Islam pasti akan menang. Sumber; http://www.kehakiman.gov.my/Homepage%20FC/JUDGMENT/jment-alp_order.html http://lamankm2c.tripod.com/cgi-bin/m/KM2A1/6577.html http://www.tranungkite.net/c08/xumno5.htm http://www.apologeticsindex.org/a60.html Pemuda PAS Bkt Bendera http://www.pemudapasbbendera.org/ Jom Pakat Kalih Sekali ___________________________ Terbitan : 25 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |