Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kepimpinan Dr Khir tepati cita rasa rakyat Selangor - Ir Zin

SELANGOR DAILY ( Internet )

Kepimpinan Dr Khir tepati cita rasa rakyat Selangor - Ir Zin

OLEH SITI NIRMALA ISKANDAR

SHAH ALAM, Ahad 8 Feb - Selangor masih memerlukan pemimpin muda yang dinamik dan progresif sebagaimana ciri-ciri yang ada pada Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Ketua Penaja Bahagian Kota Raja, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed memberitahu, kira-kira 65 peratus rakyat daripada 4.6 juta rakyat negeri ini berusia 40 tahun ke bawah. Lantas, jelasnya, kepimpinan Dr Mohamad Khir memang menepati cita rasa rakyat Selangor dan wajar dikekalkan untuk tempoh yang lebih panjang bagi menjadikan Selangor sebagai negeri contoh.

ULASAN

Begitulah tabiat pemimpin UMNO yang sudah jadi ‘ darah daging ‘ mereka . Di depan pemimpin cakap mengampu semau-maunya, walaupun peringkat ahli akar umbi rasa meluat dan muak melihat gelagat mereka. Sebagai contoh, peringkat pemimpin UMNO Sabak Bernam bukan main puji dan puja ucapan Khir Toyo semasa Jamuan Rakyat di Sungai Besar yang dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor. Padahal ahli-ahli biasa ‘ cukup menyampah ‘ dengan ucapan yang tidak kena tempat majlisnya, selain mengambil masa berjam-jam mengutuk PAS .

Akibat terlampau lama ucapan Khir Toyo, banyak makanan disediakan basi dan ada ahli UMNO yang tak sabar ‘ curi-curi ‘ mengambil makanan sebelum sampai masa jamuan. Ada juga ahli yang merungut-rungut, “ MB kita ni pantang jumpa mekrofon . Dia bedal habis . Tak tau perut kita dah mula main keroncong ! “.

SELANGOR DAILY ( Internet )

Bukti Pas bersandiwara perintah Terengganu

SHAH ALAM Ahad, 8 Feb.-- Tindakan Kerajaan Terengganu menghalang sambutan perayaan Tahun Baru Cina di negeri itu baru-baru ini dianggap sebagai satu bukti jelas bahawa Pas yang memerintah negeri berkenaan selama ini hanya bersandiwara. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan itu juga telah mendedahkan sikap sebenar Pas selama ini yang dilihat sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri.

ULASAN

Jika Khir Toyo boleh menuduh Kerajaan PAS Terengganu sebagai ‘ sandiwara ‘ , beliau juga boleh dituduh oleh Hadi Awang sebagai ‘ kaki putar belit ‘ . Kerana banyak kenyataan diputar dan dibelit, hingga rakyat Selangor keliru mana yang betul dan salah. Contoh, pemimpin UMNO tuduh rakyat Terengganu dan Kelantan hidup miskin. Tapi, apabila rakyatnya melawat negeri tersebut, didapati ramai yang jadi taukeh . Wanita-wanitanya pula ramai pakai gelang emas sampai ‘ siku ‘. Makanan pun murah harganya…..

Sebab itu kempen jangan melawat Kelantan dan Terengganu ‘ tak jalan ‘ . Rakyat Selangor terus juga datang melawat. Sambil nak bandingkan rumah Nik Aziz dan Hadi Awang dengan rumah Khir Toyo di Simpang Lima, Sungai Besar. Siapa punya lebih cantik dan mahal !.

Siri: 27 / 2004 -Diterbitkan: Lajnah Penerangan dan Teknologi Maklumat, PAS kawasan Sungai Besar





___________________________
Terbitan : 12 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)