Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Perlis ker atau Kedah

Assalamualikum,

Sebenarnya jika di congak dari kacamata BN , senario politik semasa memang menyebelahi mereka .

Pak Lah sedikit sebanyak telah menambat hati para pengundi Melayu dengan mainan watak seorang ulamak yang besesuaian dengan sikap Melayu yang mudah lupa. Ditambah dengan kempen memerangi rasuahnya dengan mengkambinghitam kan beberapa pemuka BN yang dikategorikan ‘aged inventory” yang telah tamat tempoh hayatnya dan wajar untuk di “scrap” kan , secara tidak langsung membuatkan rakyat tergoda dengan permainannya.

Kelibat 12 orang musibat yang menikam dari belakang gabungan BA dilihat sebagai saat-saat cemas yang terpaksa dilalui oleh pakatan BA walaupun ianya tidaklah memberi impak yang keterlaluan. Hanya satu yang menghalang Pak Lah untuk mengumumkan pilihanraya pada hari esok ataupun lusa……jawapannya kerana mu Kedah. Umum mengetahui bahwa keputusan pilihanraya di dua buah negeri di pantai timur tidaklah memberi apa-apa kejutan yang drastik. Namun BN hanya dijangkakan menambahkah beberapa kerusi yang dianggap strategik di kedua-dua buat negeri ini. Tetapi kedudukan BN di Kedah dikira amat kritikal dan membolehkan BA membuat jaringan gol ke tiga dalam pilihnaraya ke 11 ini. Oleh itu negeri-negeri bersebelahan dengan Kedah akan mengatur strategi yang amat rapi untuk mengagalkan hasrat BA menawan Kedah. Antara rancagan yang pastinya sedang diatur ialah projek 2 in 1 , iaitu seorang pengundi boleh mengundi di dua buah negeri pada satu pilihanraya. Ini adalah amalan BN sejak zaman berzaman namaun persoalannya mengapa BA masih tidak dapat mengambil tindakan yang lebih effisien. Dalam pilihanraya di Pendang memperlihatkan bagaimana liciknya BN membawa pengundi dari Perlis .Selangor dan Kedah untuk melaksanakan hajat mereka.Shahidan Kasim adalah hero dalam pilihanraya Pendang kerana berjaya membolosi barisan pertahan BA untuk membawa pengundinya mengundi di Pendang.Apakah peranannya dalam pilihanraya ini untuk mempertahankan Kedah dari hilang dari carta pujaan BN ?? Di saat negerinya sedang juga menghadapi ketumbukkan dari serangan BA , mampukah Shahidan mempertahankkan negeri Perlis dan Dalam masa yang sama menyarang Kedah ketika tentera BA sedang alpa (sekitar pukul 4-5.30 petang) Saksikanya !!!!!!

Penganalis Tanjung





___________________________
Terbitan : 20 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)